Pelaburan membawa maksud yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang cakap melabur tidak sama dengan menyimpan wang. Melabur kena ada element diri sendiri selaku penentu pulangan. Berikut adalah definasi saya:
Melabur: Letak duit dalam instrument yang ada potensi untuk memberi pulangan yang baik yang membolehkan nilai duit itu berkembang dan meningkat lepas satu masa yang tertentu. Tetapi, ia juga terdapat risiko di mana duit yang anda berlabur itu boleh mengalami kerugian jika pilih instrument yang salah.
Menyimpan duit: Jika anda dapatkan semua duit dan lepas tu cuma simpan duit di bawah bantal, ini sudah pasti tidak akan berkembang nilainya biarpun lepas berpuluh-puluh tahun.
Jangan sesekali simpan di bawah bantal, duit anda tidak akan kembang tetapi akan jadi semakin susut untuk nilainya yang disebabkan oleh inflasi dari tahun demi tahun. Lagi anda akan mempunyai risiko di mana wang kertas itu boleh digigit oleh kuman-kuman atau semut putih.
Jika nak simpan, lebih baik buka satu akaun simpanan di mana-mana bank dan simpan semua wang di dalam bank itu dan bukan di bawah bantal. Dengan simpan duit dalam bank, keselamatan wang anda adalah terjamin dan nilai wang anda juga boleh semakin meningkat sebab bank ada beri kadar faedah setiap tahun kepada wang yang anda simpan dalam bank.
Definasi Orang Lain
Definasi saya sangat longgar, sesetengah orang mendefinasikan begini:
Melabur: Letak duit dalam instrument yang kita ada control dengan keuntungan yang kita buat. Sebagai contoh melabur dalam beli rumah dan pasaran saham atau perniagaan, kalau pandai dan lebih berilmu, lebih banyak lebih buat untung dari instrument tersebut.
Pelaburan adalah instrumen jangka sederhana dan panjang serta agak susah proses utk digunakan/dikeluarkan. Dan pulangannya boleh dari kecil ke sederhana sampai ke besar. Jika anda ingin dapat keuntungan yang besar dengan cepat, ini merupakan sesuatu yang agak mustahil.
Sekiranya ada kawan-kawan yang mengajak anda untuk membuat pelaburan yang boleh jana keuntungan banyak dalam masa yang singkat, anda perlu berhati-hati sebab ada kemungkinan ini adalah skim cepat kaya yang merupakan satu skim penipuan.
Menyimpan: Letak duit dan biar orang lain yang uruskan duit kita. Nilai komoditi naik, tak perlu buat apa-apa, cukup masa dapat dividen, contohnya ASB, Unit Trust dan akaun emas Emas.
Ada juga orang yang menganggap simpanan sebagai satu instrumen jangka pendek dan mudah untuk digunakan/dikeluarkan. Oleh sebab itu, pulangannya adalah kecil seperti simpan dalam islamic saving account.
Pelaburan yg bukan-bukan – Kadang-kadang ada orang yang suka katakan apa yang mereka beli sebagai pelaburan tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. contohnya:
Beli kamera DSLR, kononnya untuk buat kerja sebagai jurugambar dan ingin nak buat bisnes dengan ambil gambar kahwin. Tetapi lepas beli kamera DSLR yang dekat RM 4,000 tu, baru 1 event kahwin yang dia uruskan dalam masa 6 bulan. Macam ni memang sudah rugi, sampai bila baru boleh dia dapat balik duit yang dia belanja atas kamera itu?
Beli laptop dan internet line. Konon nak jadi usahawan internet, tapi ebook tak buat, buat website pun orang tak masuk, blog pun jarang update, kan rugi saja.
Walaubagaimanapun, ini memang terpulanglah kepada anda semua yang nak kata sama ada simpan atau labur. Janji duit yang ada itu jangan buat/beli benda tak ketahuan sudah cukup. Apa yang penting ialah kita tahu implikasi tentang setiap benda yang kita buat. Jangan buat dengan sesuka hati tanpa sebarang niat dan tidak tahu perbelanjaan anda adalah untuk apa pun.
Melabur Dalam Ilmu Pengetahuan
Terdapat juga orang yang melabur dalam buku dan kursus untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dulu. Bagi mereka, ilmu pengetahuan merupakan senjata yang paling bagi mereka untuk menang di mana-mana bidang pelaburan pun.
Sekiranya mereka mempunyai ilmu tentang sesuatu pelaburan, mereka akan kutip maklumat yang mencukupi, membuat kajian dan anlisis yang mendalaman. Lepas dapat semua data-data yang diperlukan, baru mereka masukkan duit untuk labur.
Dengan mengambil kesemuaan langkah-langkah yang teliti ini, peluang untuk mereka berjaya dalam bidang pelaburan yang mereka pilih akan meningkat dengan lebih banyak. Memang mereka akan jana pendapatan dan keuntungan yang banyak dengan cara ini.
Duit dan masa merupakan sumber yang terhad, sekiranya kita tahu macam mana menggunakan mereka dengan berkesan, baru kita boleh kawal mereka dengan baik.
Sekiranya anda tak reti nak kategerikan simpanan atau pelaburan, mungkin anda boleh simpan duit di ASB (sijil ) dan ciput dengan syer bank rakyat. Selepas dapat dividen maka anda boleh masuk semua ke dalam tabung haji. Dengan cara ini, senang untuk anda keluarkan duit bila anda nak gunakan.
Baca juga: