Web Analytics

Bolehkah Buat Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayar Hutang Kereta?

Terdapat ramai orang yang belum membeli rumah dan ingin membeli kereta sering bertanya: “Bolehkah saya keluarkan wang yang saya ada di akaun 2 di KWSP untuk selesaikan pinjaman atau hutang kereta?”

Bagi saya, bukan saja ada kawan-kawan yang beritahu saya boleh keluarkan wang ari KWSP untuk selesai hutang kereta, malah boleh keluarkan wang untuk beli kereta baru juga. Betulkah ini?

Soalan ini sebenarnya sangat mudah dijawab. Jawapannya adalah: TIDAK! KWSP adalah wang simpanan yang dipotong dari gaji ahli-ahli setiap bulan untuk tujuan perbelanjaan mereka selepas bersara.

KWSP akaun 2

Tujuan Simpan Wang Dalam KWSP

Ia merupakan simpanan yang ditetapkan oleh negara dan dibayar oleh pekerja semasa mereka masih mempunyai pekerjaan yang diupah oleh sesebuah syarikat.

Simpanan dalam KWSP mempunyai sifat wajib, kebajikan dan keselamatan. Wang ini dimiliki secara peribadi oleh pekerja, dan tidak ada orang lain yang berhak menggunakannya.

Tujuan utama dana simpanan KWSP adalah untuk pembelian, pembinaan, pengubahsuaian, baik pulih perumahan yang diduduki sendiri, pembayaran balik pokok dan faedah pinjaman pembelian. Semua perbelanjaan ini adalah atas aset yang akan meningkat nilai dari masa ke masa dan bukan sesuatu yang akan hilang nilainya.

Mengapa Keluaran Wang Seperti Ini Tidak Dibenarkan?

Buat apa pihak KWSP nak benarkan anda membuat pengeluaran wang dari akaun untuk membayar aset yang akan susut nilai dari tahun ke tahun? Jika keluaran wang dibenarkan, maka wang yang anda simpan dalam KWSP akan jadi kurang. Mungkin sampai masa anda bersara ia akan tidak cukup untuk menyokong kehidupan anda untuk masa yang panjang.

Jika ada orang cakap dia boleh bantu anda untuk dapatkan pengeluaran wang dari akaun KWSP anda, anda perlu mempunayi kesedaran dan berhati-hati dengan orang ini. Memang perlu anda tahu bahawa ini merupakan satu ketipuan atau maklumat yang tidak sah. Jika ia merupakan satu ketipuan dan anda percaya padanya, anda akan ditipu wang dan hutang kereta anda masih perlu anda bayarkan sendiri.

Banyak tahun dulu memang pihak KWSP membenarkan ahli-ahli mereka untuk membuat pengeluaran wang dari akaun 2 untuk bayar hutang kereta. Tetapi ramai daripada ahli-ahli yang menyalahgunakan kemudahan ini dan banyak scam yang berlaku. Jadi KWSP sudah batalkan pengeluaran ini untuk berhentikan semua tipu helah yang berlaku pada ahli-ahlinya.

Kalau anda mahu mengeluarkan wang dari akaun 2 untuk membeli rumah, ini masih boleh dibenarkan. Anda boleh menggunakan wang tersebut untuk membuat bayar pendahuluan untuk rumah anda. Tapi bukan untuk beli kereta. Jika nak beli kereta tetapi duit tak cukup, boleh dapatkan pinjaman dari bank.

Dapat Pinjaman Kereta

Sekiranya wang yang anda ada untuk membeli kereta memang tidak mencukupi, anda boleh mendapatkan pinjaman melalui saluran berikut:

bergantung pada seberapa cekap penjual kereta (salesman) itu.

Tentang pengalaman saya, saya menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada penjual kereta pada hari Sabtu. Dia menyerahkannya ke bank pada hari Isnin waktu pagi. Pada hari yang sama di waktu petang pihak bank sudah buat panggilan ke telefon saya untuk mengesahkan maklumat saya. Kelulusan pinjaman mengambil masa 2 hari lagi. Jadi kesemuaan 3 hari yang diambil untuk dapatkan kelulusan pinjaman kereta saya. Ini adalah umum di mana biasanya semua bank akan ambil masa 2-3 hari.

Dengan ini, anda cuma hutang pada bank. Anda perlu buat bayaran balik setiap bulan kepada bank dan tempoh pinjaman yang boleh anda dapat biasanya dalam, 5, 7, atau 9 tahun.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!