Web Analytics

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni?

Hobi saya daripada dulu lagi adalah di mana saya suka memerhatikan tingkah laku orang yang berada di sekeliling saya.

Kadang-kadang, saya boleh duduk berejam dekat sesuatu tempat tanpa berbuat apa-apa kecuali fokus untuk memerhatikannya! Ya, memang itu  merupakan hobi saya. Mungkin ada ramai orang yang ingat tidakkah ini satu hobi yang tidak bermanfaat langsung dan buang masa saja? Bagi saya tidak juga.

tabung

Untuk pengetahuan anda, saya bukan perhati atas sesuatu dengan kosong. Saya memang hangat untuk belajar tentang hidup. Bila saya berada di negeri kelahiran saya, iaitu Johor Bahru ni di mana tempat lepak saya adalah di pasar raya kelas pertengahan.

Johor Premium Outlet tu saya jarang pergi dan saya tidak suka sangat nak pergi kecuali ada kawan-kawan yang ajak saya untuk pergi shopping ke sana barulah saya teman mereka pergi.

Saya memang teman kawan-kawan pergi ke sana saja tanpa ada niat nak beli apa-apa sangat pun. Antara satu sebabnya adalah barang-barang yang dijual di shopping mall ini bagi saya adalah terlampau mahal.

Handbag yang tahap kucing-kucing saya, kalau nampak mereka buat alas tidur pun sudah harga kemain tinggi berbelas-belas ribu. Kalau kelihatan cantik tak apa, masalahnya adalah kebanyakan handbag yang dipaparkan di sini tak cantik langsung. hahahahaha! Kosser nak beli.

Ok, berbalik pada cerita tempat lepak saya tadi.

Seronok sebenarnya kalau pergi pasar raya biasa-biasa ni. Ia boleh memberikan saya rasa yang tenang walaupun saya boleh dengar suara pakcik-pakcik jual ikan terpekik terlolong.

Tetapi saya rasa amat seronok untuk tengok gelagat masing-masing. Pada saya, walaupun hidup mereka mungkin bukan kaya dan mungkin mereka tak berharta sangat tapi saya rasa mereka hidup dengan bahagia.

Mereka sering bergelak sakan dengan kawan-kawan yang mereka jumpai. Mereka bergurau senda dengan kucing jalanan, mereka makan seadanya saja yang ada pada depan mata mereka.

Kalau saya pergi ke Kuala Lumpur pula, biasanya kami cuma akan lepak dekat shopping mall KLCC ataupun Pavillion. Kedua-dua shopping mall ini merupakan tempat yang biasan dikunjungi oleh orang-orang kaya agaknya.

Siapa entah yang cop macam tu agaknya. Saya pernah masuk ke dalam Pavillion dengan cuma ada RM2 saja dalam poket saya sebab lupa cucuk duit. hahahahaha!! Saya tak kaya pun boleh  masuk jalan-jalan dalam shopping mall ini.

Kedua-dua shopping mall ini pun seronok juga untuk dijadikan sebagai tempat belajar saya tentang hidup. Ada yang baik dan ada yang kurang baik.

Dekat tempat sini boleh kita tengok anak-anak orang Islam (mak bapak pun sama) pakai baju yang  moden macam tak cukup kain dan bawa handbag berjenama yang mungkin berharga berpuluh ribu. Ada yang bertudung tapi baju ketat, bila Maghrib ramai anak-anak Islam yang masih lagi tengok movie, eh macam-macam suasana yang boleh saya terjumpa di dalam tempat ni.

Saya tak kata saya bencikan individu tu ya. Kan saya cakap, saya cuma memerhatikan semua ni untuk belajar tentang hidup. Sikit pun saya tidak rasa benci tentang mereka yang berhabiskan banyak duit pergi shopping sakan pada benda-benda dunia.

Cuma, saya berdoa saja supaya Allah pelihara orang-orang kaya ni yang diberikan Allah rezeki melimpah ruah ni daripada menggunakan duit tu pada perkara-perkara keduniaan semata-mata.

Kita bersangka baik saja. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dengan baik termasuk sudah berzakat dan sedekah.

Semua orang nak kaya termasuk saya tapi kaya dalam Islam bukanlah maksudnya kita kaya dengan adalah duit yang banyak, pandu kereta yang mewah, dan tinggal dalam rumah yang besar saja.

Definisi kaya dalam Islam, lebih terperinci rasanya. Orang kata, kalau nak kaya kenalah menabung. Maka, kita pun kenalah menabung. kan?

Cuma, saya ada cara saya sendiri bila menabung. Saya ada 3 tabung. Pertama, tabung peribadi untuk saya gunakan duit tu buat beli barang keperluan saya sendiri. Kedua, tabung bisnes untuk saya simpan modal perniagaan bila diperlukan nanti dan tabung ketiga ialah tabung akhirat. Saya tak tetapkan berapa jumlah yang saya perlu masukkan dalam tabung ketiga tu. Kalau dekat tangan saya ada duit dan saya nampak tabung “akhirat” saya ada depan mata, saya masukkan saja. Duit tu nanti saya gunakan bila perlu (tak perlu sebut untuk apa)

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni? Wallahualam. Saya tak kaya lagi dengan wang ringgit tapi yang pasti dengan cara menabung macam ni, hidup saya macam lebih tenang dan santai betul rasanya. Hidup rasa CUKUP. Allah lah kot yang masukkan perasaan merasa cukup ni dalam hati saya.

Leave a Comment

error: Content is protected !!