Terdapat ramai orang yang suka bertanya bilakah adalah masa yang terbaik untuk mereka membeli kereta, awal ataupun tengah ataupun hujung tahun? Apa pendapat anda?
Umumnya ramai orang yang berpendapat ialah pada awal tahun yang paling sesuai untuk beli kereta. Alasannya ialah resale value akan diambil berdasarkan tahun kenderaan itu dibuat.
Jadi sama ada kereta dibeli awal tahun ataupun tengah tahun atau hujung tahun, apabila nak jualkan kereta, jumlah tahun kereta itu digunakan, bukan jumlah bulan.
Ramai Yang Suka Beli Pada Hujung Tahun
Ini jelas ketara kenapa terdapat lebih kurangnya pembelian kereta di hujung tahun. Sebab itu kita selalu dengar banyak syarikat kereta yang menawarkan banyak discount, special rate mahupun maintenance percuma untuk melariskan jualan kereta mereka pada bulan-bulan di penghujung tahun. Ada juga syarikat kenderaan yang melancarkan kereta baru pada hujung tahun untuk tujuan ini.
Bila syarikat pengeluar buat macam ini, ianya adalah bagus untuk pengguna. Kenalah mereka ambil kesempatan ini dari situasi yg ada, adakah berbaloi tawaran semasa hujung tahun, berbaloikah dibandingkan dengan harga second hand value. Ada orang cakap beli kereta ikut kepuasan kehendak pada ketika itu, jangan fikir pasal second hand value kerana seolah-0lah kita beli kereta untuk pembeli kedua.
Jawapan bagi saya untuk masa yang terbaik untuk beli kereta ialah, hanya apabila anda betul-betul perlu nak gunakan kereta. Kalau anda saja-saja gatal tangan tu baik tangguhkan dulu walaupun ada duit.
Kalau anda masih bujang tanpa ada awek, awal-awal ni bawa sajalah motor sudah cukup. Tak rugi pun beli kereta dengan lambat, makin lama kereta makin cantik dan harga masih kekal competitive.
Jangan juga pertimbangkan untuk beli kereta sebab sudah nak sampai musim raya, maka perlu beli atau tukar kereta baru supaya dapat pandu balik kampung dan tunjuk kepada saudara mara di kampung. Ini memang bukan satu perkara yang perlu anda rasa bangga sangat.
Tiada Masa Yang Baik Untuk Beli Kereta
Bagi sesetengah orang, memang tidak ada masa yang terbaik bagi mereka untuk beli kereta. Sebab sebaik saja beli kereta mereka sudah tahu ini memang satu perbelanjaan yang akan rugikan duit mereka.
Selepas beli kereta, terdapat banyak kos yang mula perlu tanggung. Antara kos-kos termasuk minyak, instalment, insurans, maintenance, road tax, cuci kereta dan sebagainya. Semua ni boleh makan sebahagian besar daripada gaji seseorang setiap bulan.
Pertimbangkan Resale Value Untuk Kereta Itu
Saya rasa kalau nak juga beli kereta, memang kena pertimbangkan harga resale value untuk kereta itu. Sebab, nilai bersih kereta itu adalah berdasarkan pada asset nilai pasaran yang kita ada. Sesuatu yang boleh pasti adalah kalau kita pakai kereta Honda atau Toyota, harga kereta itu akan jadi lebih tinggi daripada Chevrolet atau Kia lepas beberapa tahun selepas beli.
Kereta Jenis Apa Lebih Sesuai?
Sekarang ramai orang yang suka beli kereta SUV, MPV dan Pick-up truck. Mereka suka beli kereta jenis ini sebab mereka rasa kereta ini lagi berbaloi dari beli kereta biasa. Sebab dari pemerhatian, bentuk pick-up tak banyak berubah sejak dari zaman citer “the fall guy” lagi.
Tapi bagi kereta, pada zaman ini sudah banyak berubah dan selalu ada face lift. Kalau masa boleh di-reverse ke masa saya masih bujang pada masa dulu, saya akan angkat Isuzu D-Max. Sebab nak angkat awek pun boleh guna, nak angkat barang pindah rumah pun boleh guna, nak masuk hutan pun boleh, pendek kata serba boleh dan yang penting ialah minyak kereta pun jimat sangat.
Remaja pada masa kini memang suka pandu kereta sebaik saja mereka ambil peperiksaan, lulus dan dapat lesen memandu mereka. Mereka akan merengek ibu bapa mereka untuk beli kereta bagi mereka pandu. Permintaan ini memang ada sikit melampau bila mereka masih tidak tahu macam mana jana pendapatan untuk sokong keluarga tapi nak keluarga habiskan duit yang banyak untuk dapatkan kereta impian mereka.
Bagi saya, saya tidak akan beli walaupun anak saya pujuk saya untuk beli. Cuma motor yang akan saya pertimbangkan untuk beli kepadanya sebab tunggang motor memang lebih banyak jimat daripada pandu kereta. Kalau kereta mainan tak apalah, boleh pergi ke kedai mainan beli dan biar dia main seluruh hari.
Baca juga: