Web Analytics

Bijak Belanja – Kalau Murah Patut Beli Banyak Kah?

Kalau sesuatu barang tu bila kita pergi shopping, ada masa ada tawaran harganya lebih murah sikit daripada biasa, maka kita akan teruja untuk beli. Bukan itu saja, kita teruja untuk beli dalam kuantiti yang banyak.

Biasanya saya pergi shopping sebulan sekali, mana yang ada lagi aku beli sikit. Yang tak ada memang kenalah belikan. Tetapi stok senang sikit, manalah tahu bulan-bulan yang akan datang mungkin tak ada masa dan tak sempat nak shoppingkan. Jadi stok sikit supaya selalu ada stok walaupun tidak ada masa untuk pergi shopping.

bijak belanja

Pertama dalam senarai, saya punya kryptonite iaitu JAJAN, potato chip, rota, cheezel, twisties, roller coaster dan yang sewaktu dengannya. Bayangkan kalau beli 2 pek twistes berbanding 1 pek, kalau 2 pun hujung minggu habis, kalau 1 pun hujung minggu habis. Walau pun murah sikit , instead of you pay for 1, anda sebenarnya beli 2 dan habis makan 2 (tambah kalori juga jika makan macam ni).

Tissue Dapur dan sewaktu denganya

Kalau beli dengan kuantiti yang banyak, pasti kalau rasa basah sikit, kotor sikit pun nak pakai tisu dapur dan bukan kain basuh. Bila tahu tisu ada banyak, memang dengan lavishnya tisu itu digunakan dengan banyak.

Shower Cream, shampoo

Kalau botol besar, sampai 2-3 kali tekan. Kalau beli pek kecil tu, tahu pulk tekan separuh saja.

Minuman

Contohnya minuman yogurt dan cultured milk, beli banyak-banyak pun sampai hujung minggu habis juga. Kalau sudah ada dalam peti sejuk tu, memang senang sangat terasa tekak kering.

Penggosok Pinggan

Kalau tahu sudah beli dengan banyak, cepat saja penggosok pinggan tu dirasakan haus, boleh pakai yang baru.

Makanan

Ni bagi contoh kalau beli 4 dapat percuma 1. Kalau beli 1 pun sebenarnya sudah cukup tapi sebab beli 4 percuma 1, anda membelanjakan duit untuk beli sampai empat. Ahaks kalori on 4 kali ganda.

Barang-barang yang anda memang tidak perlukan pada mulanya

Eh, cantik laa baju ni, biasa harga dia RM 100, sekarang ada diskaun 15%, ini sudah boleh saya jimat RM 15, eh belilah.

Padahal baju lain pun sudah banyak. Anda jimat RM 15, tapi RM 85 tu pula keluar dari poket anda.

Rasanya semua orang suka beli barang dengan harga yang murah. Kalau kicap kipas udang di Giant jual dengan harga RM 3, dan Tesco cuma jual RM 2.50, keramaian orang akan pergi beli di Tesco.

Sekarang saya nak senaraikan beberapa item, kalau kita beli banyak pun kita mungkin tidak akan gunakannya secara berlebihan:

Beras

Kalau harga murah angkat dengan banyak pun tak apa sebab beras boleh tahan dengan lama. Tak payah masak nasi yang berlebih-lebihan kalau tahu stok beras ada banyak mana pun.

Susu Anak

Tak pernah dengar anak nak minum susu banyak-banyak kalau pun tahu ibu bapanya ada stok 10 tong susu.

Diapers

Tak pernah juga dengar ada anak nak minta tukar selalu diapers mereka kalau ada stok yang banyak pun. Saya biasa buat stok diapers Huggies untuk anak bila masa ada promosi dan ia dijual dengan harga murah.

Sebab bagi diapers, kalau beli pada masa yang biasa, memang harganya lebih mahal. Maka bagi saya, bukan saja perlu bijak berbelanja, tetap kena bijak membuat pilihan juga.

Sabun Basuh

Biasa belinya ikut sukatan saja. Tak ada nak letak sabun basuh lebih-lebih kalau ada banyak pun.

Minyak Masak

Bagi mereka yang ada memasak setiap hari, biasaya guna macam biasa saja. Memang lebih baik beli minyak yang dalam kandungan 5 kg satu pek punya lebih jimat.

Kicap dan segala macam sos

Kalau masak tu ikut sukatan, tak lebih tak kurang, jadi tiada isu untuk guna banyak kicap kalau tahu kicap ada banyak stok.

Pencuci pinggan mangkuk

Biasa guna berdasarkan jumlah pinggan yang perlu dibasuh.

Beli Handbag 1 pada 1 masa

Dengan kata lain, beli 1 handbag, sudah pakai sampai tak elok dan rosak, baru beli lagi satu. Sebabnya mudah, melainkan designer handbag yang betul-betul kulit yang berharga RM 3,000 ke RM 4,000, kebanyakan handbag yang berharga bawah RM 200 adalah tidak tahan lama, material akan senang mengelupas dan pecah-pecah.

Jadi katakan beli 2, selepas 1 tahun 1/2 pun, dua-dua akan rosak.

Macam mana saya tahu? Sebab sudah banyak kali berlaku pada handbag yang saya pakai.

Lagi satu ialah beli terus pakai, jangan simpan lama konon sayang lepas tu baru nak pakai. Material handbang murah memang akan degrade selepas satu waktu. simpan lama-lama cepat saja jadi rosak.

Sekian sesi bijak belanja. Pada aku lagi kerap pegi pasaraya/pasar malam, maka lagi keraplah beli benda-benda yang tak penting.

Sila tambah contoh-contoh barang-barang yang kalau murah pun tak semestinya beli dalam kuantiti yang banyak dalam ruangan comment. Mungkin anda ada lagi yang boleh dikongsikan tentang topik ni.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!