Kali ni aku nak kesah pasal penjimatan yang boleh dilakukan bila kita melakukannya sendiri ataupun DO IT YOURSELF.
Aku bagi contoh dalam bentuk point bagaimana yang dikatakan anda berbelanja bijak jika anda melakukannya sendiri.
1. Pasang lampu dan kipas sendiri
Biasanya kalau upah orang pasang lampu, wireman akan caj RM15 untuk lampu dan RM10 untuk upah pasang. Padahal kalau beli sendiri kat kedai RM10 dan pasang sendiri memang kita tidak akan kena sebarang caj pun.
Jadi, instead kena bayar RM25, anda cuma perlu bayar RM10. Dengan ini anda sudah dapat jimat sebanyak RM15. Kalau 12 lampu, maka sudah dapat jimat RM180.
Kalau nak pasang kipas lagi tinggi cajnya. Kadang-kadang upah orang untuk pasang 1 kipas kena caj RM50. Kalau 3 kipas sudah perlu bayar RM150. Cuba bayangkan harap kat wireman yang belikan kipas, sah-sah dah mark up sekurang-kurangnya RM10 untuk harga sebiji kipas. Kalau nak tahu, pelabur tegar hartanah, masing-masing pasang sendiri peralatan lampu dan kipas.
2. Baiki lampu
Kalau lampu rosak, biasanya tukar lampu pendaflour dengan starter sudah ok. Kalau tak boleh tu, sudah mula nak panggil wireman. Kalau sudah panggil tu, sekurang-kurangnya kena caj RM20 kalau naik motor. Caj RM30 kalau naik kereta.
Itu masih belum mereka caj kepakaran dan juga harga barang rosak yang diganti. Kalau ada ilmu lebih, boleh settle la semua isu lampu ni. Tak payah nak belanja lebih.
3. Railing rumah
Tentang ini saya nak kongsi saya punya pengalaman apabila masuk rumah baru. Pada masa itu bila nak pasang railing ingat nak upah orang, alih bila tanya harga sama macam harga railing dalam RM200.
Fikir-fikir macam lebih baik untuk saya pasang sendiri. Maka saya pergi beli drill dengan harga tak sampai RM120, lepas tu beli mata drill. Kosnya tak sampai RM150. Lagi saya boleh guna drill tu untuk tebuk lubang untuk gantung perhiasan. Memang jimat dan bijaklah rasa saya ni.
4. Kerosakan minor yang mellibatkan simen
Di sini saya cuma nak bagi contoh saya punya tiang pagar yang rosak sikit tu. Jadi memang struktur untuk autogate pada tiang tu habis rosak dan autogate tidak dapat berjalan dengan baik.
Saya panggil kontraktor dan dia nak caj RM120. Lepas tawar-menawar dapat RM80. Tapi bagi saya masih rasa mahal juga. Saya rasa since kerja dia perbetulkan struktur dan tebuk semula lubang dan pasang semula autogate tu.
Dia bagi alasan kos transport 2 kali datang. Bila aku fikir-fikir balik, kalau aku buat sendiri, kos pasang dan simen sikit saja, kene beli skru dan mata gerudi untuk tebuk konkrit, mungkin perbelanjaan tak cecah RM20 pun.
5. Masak Sendiri
Secara umumnya, masak sendiri lagi jimat dari bagi orang lain masak. Ini adalah sama untuk menjahit, dobi, kemas rumah, dan banyak lagi yang boleh kita jimat.
Bijak Belanja: Berjimat di Pasar Malam
Sebut saja pasar malam semua mesti suka. Siapa tak suka memang bukan orang Malaysia. Kelebihan pasar malam ialah barang-barang dan makanan yang dijual memang tak ada di tempat lain dan setempat. Macam-macam ada jual, tilam la, bantal la, baju laa. Sesi bijak belanja kali ini nak sembang pasal penjimatan yang boleh dilakukan di pasar malam.
Kalau anda perhatikan, makanan ataupun bahan mentah agak murah berbanding kedai biasa. Mari layan senarai berikut:
Semua jenis makanan lebih murah dari biasa
Contoh Murtabak di pasar malam cuma jual RM2, kalau beli mamak perlu RM5 pula. Nasi biriyani cuma RM4.50 kalau kedai biasa jual dengan RM6.
Jadi kalau nak jimat untuk makan memang boleh kita selalu kunjung ke pasar malam. Teringat bila saya masih belajar di MMU Melaka, saya beli mee goreng RM1 dan itulah yang selalu saya jadikan makan malam saya.
Makan seperti ini memang jimat, duit scholar aku memang cukup untuk perbelanjaan makan saya. Pasal kualiti boleh anda rasa sendiri. Di pasar malam memang ada makanan yang dijual dengan harga murah tapi rasa juga dapat memuaskan.
Bahan mentah seperti daging memang murah, biasa di pasar akan jual sekilo RM18. Tapi beli di pasar malam cuma RM16. Kalau sudah lewat malam, 1.1 kg pun penjual boleh bagi RM16 lagi.
Ikan longgok pun murah juga. Ini boleh anda perlu mengalami sendiri. Kalau rasa mahal tak payah beli, kalau tak elok tak payah beli. Saya perasan memang bahan mentah yang dijual di pasar malam tak kira lauk atau sayur, rata-rata segar lagi baru.
T-shirt, tali pinggang, selipar, jersey bola semua ni boleh didapat dengan harga yang memang murah juga. Saya pun kalau pekenan design, belek-belek kualiti memang chun dan memang tak ada hal yang saya nak angkat.
Bantal, tilam, cadar, sarung bantal, semua ni lagi murah dari Jenama Akemi. Sendiri belek kualiti. Pada saya memang boleh jimat. Datang beli benda makan dan balik makan. Ini merupakan satu peringatan untuk kita bersama.
Inilah merupakan contoh yang saya nak bagi. Kadang-kadang kena batang hidung aku sendiri, maklumlah duit pun tak sesak macam zaman di menara gading dulu:
Main course memang satu, tapi yang side order tu banyak, tengok otak-otak beli, tengok satay beli 6 cucuk, tengok roti john beli untuk supper, tengok air tembikai susu, beli. Beli banyak makanan dengan belanja lebih daripada RM10. Masih murah bagi saya.
Kalau bawa anak, anak nampak belon nak, anak nampak selipar BEN 10 nak, anak nampak t-shirt Mr Bean nak, anak nampak pistol bubble nak, nampak Nemo nak, nampak train nak, nampak topeng Spidermen nak. Jika tak beli anak akan terus nangis. Alih-alih kita kena keluar duit untuk beli.
Baca juga: