Web Analytics

Biar Papa Asalkan Bergaya

Saya tak pasti perkataan yang ditaruh dalam topik ini yang bertajuk ‘biar papa asal bergaya’ adalah sejenis peribahasa tapi itulah yang merupakan apa yang saya nak tulis buat kali ini.

Dulu apa yang saya faham adalah perkataan ‘Papa’ cuma membawa maksud ayah. Lepas saya semakin bertumbuh besar, saya tidak sangka pula perkataan ‘papa’ ini juga turut membawa maksud miskin. Jadi maksud pepatah ini ialah, seseorang itu sanggup berhabis duit semua yang dia ada sehingga masuk ke tahap miskin semata-mata untuk bergaya.

papa gaya

Tak tumbuh tak melata, tidak sungguh, orang tak akan buat peribahasa. Boleh anda lihat di sekitar anda, memang ada orang yang miskin atau bukan kaya sangat tetapi semata-mata untuk bergaya. Contohnya seawal kerja sudah nak pakai kereta Toyota Camry, apa kelas pakai kereta Perodua Axia macam yang saya pakai ni.

Pakcik Saya Yang Sangat Berlagak Tu

Saya ada seorang pakcik yang memang menepati dengan peribahasa ini. Dia banyak suka nak bergaya dengan memakai baju berjenama, jam yang mewah dan suka selalu tukar-tukar kereta.

Kesudahannya mungkin sudah boleh anda agakkan. Pakcik saya ini papa sampai ke tahap perlu meminjam duit dari orang dan menyusahkan orang. Nak kata ada ‘peer pressure’ pun tak jadi juga sebab cuma satu pakcik saya yang berkelakuan macam ni. Pakcik-pakcik yang lain semuanya tidak suka menunjuk dan bergaya pun.

Seawal dapat gaji pakcik saya ni sudah mula guna duit untuk bergaya. Dia suka pergi beli baju dan kasut berjenama, beli telefon pintar yang terkini dan makan di tempat makan yang mahal.

Berlagak di Media Sosial Juga

Dengan wujudnya Facebook dan Instagram, pakcik saya sekarang ni pula bukan saja bergaya di depan orang, tapi hebat bergaya dalam media sosial juga.

Kesemua perkara yang digayakan olehnya boleh dimasukkan ke dalam gambar Facebook dan Instagram. Bila datang kepada kereta, pakcik saya ini lihat rendah dengan kereta tempatan dan dia tak pernah nak pakai kereta keluaran tempatan.

Walaupun dia pernah tukar ke kereta Honda dan Toyota, tapi macam ni masih tak cukup bagi dia bergaya lagi, sport rim dan sound system untuk kereta pun kena tukar juga barulah dia cakap ‘outstanding’.

Baca juga: Bilakah Masa Terbaik Untuk Beli Kereta?

Mana datang semua duit tu? Mungkin dari gaji kerja bulan-bulan, tapi apa yang jadi lagi teruk, tak mustahil dibeli dengan kad kredit.

Bila benda ni berlaku, duit yang sepatutnya dirancang seawal mula bekerja telah tiada. Memang tiada dana untuk masa depan khususnya untuk berkahwin, berkeluarga dan membeli rumah. Paling ditakuti ialah menjadi muflis dan disenarai hitam oleh kerajaan.

Puncanya, sama ada memang jenis suka nak bergaya atau nak menunjuk-nunjuk ataupun tak tahan dengan peer pressure. Contohnya dalam perkahwinan, sedar duit tak berapa ada tapi disebabkan nak mengejar dengan standard orang lain atau above standard, mereka sanggup berhabiskan semua wang yang ada untuk menjadikan diri nampak kaya dan bergaya tetapi sebenarnya di belakang sudah berhutang dengan banyak.

Apa yang saya ingin berkatakan adalah seseorang bukan tak boleh bergaya, boleh saja jika mampu tapi jangan jadi papa. kadang-kadang yang nampak sempoi masih pakai Proton Saga berusia 15 tahun tu tetapi sebenarnya beliau adalah berstatus jutawan tapi tidak nak bergaya dan sentiasa hidup dengan low profile.

Jutawan boleh jadi jutawan bukan mereka lahir sudah demikian. Walaupun memang ada juga situasi macam ni, tetapi kebanyakan orang yang akhirnya menjadi jutawan adalah sebab mereka mempunyai hasrat yang tinggi dan mereka berusaha dengan kuat untuk mencapai hasrat mereka.

Apa yang penting adalah mereka tidak akan habiskan wang yang tidak patut seperti beli saja semua barangan mewah dengan tujuan untuk bergaya di depan kawan-kawan sahaja. Mereka berbelanja ikut kemampuan dan bukannya ikut nafsu. Dan akhirnya mereka boleh berjaya menjadi jutawan dan hidup dengan selesa.

Desakan Dari Kehidupan

Dalam dunia ni kadang-kadang berbagai perasaan pelik yang boleh kita jumpa. Seseorang yang saya kenali menjaja cerita sedih untuk meminjam-minjam. Ramai juga kenalan yang terserempak dia meminta sedekah dari orang ramai kononya untuk membeli ubat-ubatan. Tapi apa yang hairan adalah bila ada duit dia boleh ubah suai rumah, keliling rumah siap pasang CCTV lagi.

Mungkin desakan dari hidup dan kerja yang membuatkan seseorang terlupa sekejap dan kehilangan arah. Terutamanya bagi mereka yang baru mulakan hidup atau nak kahwin. Kehendak macam boleh melebihi segalanya.

Perlu kita ingat bahawa bergaya tak semestinya kena pakai barang-barang yang kelas dan berjenama, asalkan pandai membuat pilihan dan survey pasti dapat yang setimpal dengan harganya.

Yang penting, anda perlu hidup dalam kehidupan yang anda mampu hidup. Jangan terlebih belanja dan akhir susahkan diri saja. Lepas menyesal pun sudah terlalu lambat.

Baca juga: Hukum Faraid Jika Ayah Atau Ibu Meninggal

Leave a Comment

error: Content is protected !!