Terdapat ramai orang di Malaysia yang suka beli rumah sebab pada pendapat mereka, harga rumah tidak pernah turun buat seumur hidup mereka. Adakah ini betul? Jawapannya adalah secara umumnya, harga rumah akan naik. Tapi, ada masa juga di mana harga rumah akan turun.
Sebab-sebab yang boleh menyebabkan harga rumah turun termasuk:
1. Lokasi ‘kureng’/oversupply:
Sebab yang ni agat senang faham. Boleh anda cuba tengok di area Rawang. Penduduk di tempat ini bukan banyak sangat, tetapi rumah-rumah yang dibina di sana memang banyak sampai boleh kejutkan anda. Ini merupakan pembekalan rumah yang terlalu lebih dari orang yang nak beli rumah.
Keadaan ini juga sama di sekitar Bukit Beruntung dan Nilai. Senang kata, Rawang tak ada wang, Bukit Beruntung tak ada untung, dan Nilai tak ada nilai. Hehe.. memang guraulah ni. Terdapat satu tempat yang saya rasa pelik, iaitu area Manjalara pun ada apartment yang mengalami harga rumah turun. Ini memang satu kawasan yang sibuk dan ia mempunyai lokasi yang baik. Tapi pelik bagi saya kenapa harga rumah di kawasan ini boleh turun?
2. Maintenance teruk/tak ada maintenance langsung
Contohnya adalah Sri Angsana Hilir di Ampang untuk blok C atau Apartment Bukit Mas Taman Melawati. Lif tak maintain, kolam renang hijau, tempat parking semua rosa. Ada siapa nak duduk di area macam tu? Rasa-rasanya kalau jual balik ada orang nak beli ke?
3. Hasil pekerjaan yang teruk
Terdapat pemaju yang ingin bina rumah dengan cepat tanpa pertimbangkan kualitinya. Lepas bina, bangunan jadi senget, lantai pecah, paip bocor, dan sebagainya. Boleh anda cuba google dan tengok masalah untuk Sri Angsana Hilir lagi.
4. Developer bankrap
Belum dapat strata setelah sekian lama dan proses tukar nama untuk penjualan/pembelian pun tak dapat buat. Contoh seperti Heritage Condo di Setapak. Rasanya agak sayang sebab bangunan cantik dan lokasi juga cantik.
5. Bencana alam (Natural disaster)
Seperti apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada tahun 2008 di mana tanah runtuh akibat dari pengaliran air di bawah tanah. Ada sesiapa nak beli lagi lepas bencana yang terkejut ini berlaku? Memang terdapat banyak condo di area sini. Sekarang ni rata-rata orang letak iklan condo di Bukit Antarabangsa tapi bukan guna nama tempat ini. Mereka biasanya akan guna nama Ampang. Jika anda beli rumah dengan area sini, perlu anda berhati-hati.
6. Finance climate yang tak berapa best
Contoh ni macam tahun lepas, harga hartanah kat area KLCC turun. Kebanyakan bangunan yang terjejas merupakan super-high-end condo. Alhamdulillah ia tidak jejas rumah-rumah yang lebih murah.
7. Sistem kewangan runtuh
Boleh anda tengok kesan krisis sub-prima di Amerika selepas ia berlaku. Kalau nak faham dengan lebih lanjut tentang apa itu sub-prima, boleh anda tengok di Wikipedia tentang subprime crisis ini.
Harap-harapnya sistem kewangan di negara kita ni tidak kena manipulative macam di Amerika Syarikat tu.
Nilai Pasaran (Market Value) Untuk rumah anda
Terdapat 3 kaedah yang saya tahu tentang membuat pernilaian atas satu perumahan:
- Kaedah kos-kos pembinaan hartanah semasa.
- Kaedah potensi pendapatan hartanah.
- Kaedah perbandingan harga-ini yang selalu guna. Dengan cara analisa harga jualan kini dan mengambil kira saiz hartanah yang sama dekat kawasan tu.
Berita yang saya terima dari seorang guru hartanah bahawa area Kelang pun ada certain area yang ditawarkan dengan harga yang murah sangat juga. Walaupun tak sampai 1 km dengan Giant. Terutamanya apartment lot kedai. Mungkin sebab kawasan di sekitar area ini sudah jadi terlalu kotor dengan debu dan sebagainya.
Jadi kalau harga rumah turun, boleh anda buat apa atas rumah yang anda labur tu? Teruskan disewa? jual rumah anda? Atau buat refinance. Refinance pada masa tu agak rugi rasanya.
Macam mana pula dengan harga rumah yang naik? Memang banyak yang boleh kita cari. Area seperti Bangi, Kajang, Shah Alam, KL pun naik lagi. Di sinilah kita nampak kepentingan nak buat survey.
Ada jugak taman tertentu yang di ‘conquer’ oleh certain kaum yang mnyebabkan tidak ramai orang luar yang berminat untuk tinggal di sana.
Tambahan: Ni saya bercakap pasal harga semasa rumah tu saja. Lebih bila untuk membeli/menjual. Tak semestinya sewaan tempat-tempat di atas tak untung.
Baca juga: