Web Analytics

Berapa Kos Diperlukan Untuk Ubahsuai Rumah di Malaysia?

Ramai orang ingat pengubahsuaian rumah mereka akan perlu habiskan duit yang banyak. Namun, jika anda rancang dengan baik, semua ni memang dapat dikawal dalam bajet anda.

ubahsuai rumah

Sebelum kita memulakan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat semasa merancang pengubahsuaian rumah anda:

  • Sediakan pelan rumah. Ketahui ukuran rumah anda, termasuk perincian setiap bilik dalam rumah.
  • Apa tujuan anda untuk mengubahsuai rumah? Adakah anda akan duduk sendiri atau disewakan?
  • Tentukan bilik mana yang paling penting bagi anda. Adakah ia ruang tamu, dapur, atau bilik tidur?
  • Senaraikan apa yang anda mahukan untuk setiap bilik. Contohnya, adakah anda mahukan meja makan untuk 4 atau 6 orang?
  • Nak katil single atau double di bilik tidur?
  • Apa jenis pancuran mandian yang anda mahukan di bilik mandi?

Sediakan beberapa contoh gambar idea reka bentuk dalaman supaya kontraktor dapat memperoleh gambaran yang jelas mengenai reka bentuk yang anda mahukan.

Tentukan bajet wang yang anda rasa selesa untuk dibelanjakan untuk pengubahsuaian rumah anda. Bincang dengan ahli keluarga, rakan-rakan, atau cari informasi yang berkenaan dalam talian untuk mengetahui berapa banyak wang yang harus anda sediakan.

Perlu diingat bahawa pengubahsuaian untuk pangsapuri akan sangat berbeza dengan pengubahsuaian untuk rumah dua tingkat;

Namun, di sini kami akan cuba untuk senaraikan kos purata.

Memang tidak ada jumlah wang yang tepat untuk dibelanjakan ketika melakukan pengubahsuaian. Ia boleh menjadi amaun yang rendah atau tinggi mengikut kemahuan anda. Ia adalah selamat untuk mengandaikan bahawa jumlahnya akan mencapai sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah.

Jadi, boleh anda menganggap bahawa jumlah untuk pengubahsuaian akan mencapai sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah.

Contohnya, jika anda membeli sebuah rumah bernilai RM400,000, bersiaplah untuk mengetepikan sekurang-kurangnya RM40,000 untuk pengubahsuaian rumah. Sudah tentu, amaun yang disediakan boleh berubah bergantung pada keadaan rumah, tujuan pengubahsuaian, dan sebagainya.

Ada sesetengah pemaju akan menawarkan kembali wang tunai kepada anda semasa membeli rumah, jadi anda boleh menggunakan wang tunai itu untuk pengubahsuaian dan tidak perlu mengeluarkan wang tambahan. Tetapi ini hanya berlaku untuk rumah baru sahaja.

Jadi, biar kita lihat sekarang tentang anggaran kasar kos untuk mengubahsuai rumah di Malaysia.

Ruang tamu – RM10,000 hingga RM30,000

ruang tamu

Reka bentuk ruang tamu adalah sangat penting. Sebab ia adalah bilik pertama yang anda lihat ketika anda pulang ke rumah. Ia perlu memberi selesa dan mesra kepada anda.

Beberapa barang penting untuk ruang tamu adalah kabinet, dinding, lampu, kipas, penyaman udara, dan pendawaian.

Untuk unit pangsapuri bersaiz purata, biasanya perlu anda buat bajet RM1,500 hingga RM2,000 untuk semua kerja pendawaian. Ini termasuk kerja elektrik di dapur dan bilik mandi juga.

Kabinet TV bermula dari RM200 dan boleh mencecah beberapa ribu; ia adalah bergantung pada gaya dan pilihan anda.

Pemasangan penghawa dingin adalah antara RM300 hingga RM700, bergantung pada saiz dan kuasa yang anda pilih.

Terdapat banyak pilihan untuk jubin. Untuk ruang tamu, rekomen untuk menggunakan jubin yang lebih besar yang berharga antara RM1.80 hingga RM50 setiap jubin. Jubin premium akan lebih mahal. Kos pemasangan jubin juga berbeza mengikut ukuran jubin.

Untuk lampu, julat harganya antara RM35 hingga RM400. Sekali lagi, ini bergantung pada gaya dan pilihan anda. Semakin menarik, semakin mahal harganya.

Lebih baik untuk pilih lampu yang jimat elektrik yang guna kurang elektrik tetapi mempunyai intensiti yang sama dengan lampu biasa. Jangan pakai lampu halogen kerana mereka boleh jadi sangat panas.

Pemasangan kipas berharga kira-kira RM150 hingga RM250 seunit.

Petua yang diberikan adalah jangan cari kipas mewah, Sebab dari pengalaman, semakin mewah, semakin kurang berkesan kipas tu.

Ubahsuai ruang tamu dengan cat segar berharga kira-kira RM800. Perlu anda peruntukkan RM2,500 hingga RM3,000 untuk seluruh rumah, termasuk dapur, bilik tidur, dan bilik mandi.

Dapur – RM20,000 hingga RM40,000

Dapur adalah salah satu kawasan penting di rumah.

Ia adalah tempat untuk anda mendapatkan kopi pagi dan menyediakan semua makanan. Apabila ada tetamu di rumah, para tetamu juga akan masuk dan keluar dari dapur anda. Pasti anda mahu ia berfungsi sempurna.

Inilah sebabnya mengapa pengubahsuaian dapur cenderung menghabiskan sebahagian besar anggaran bajet anda.

Sekiranya anda mengubahsuai rumah anda untuk disewakan, maka anda mungkin boleh keluarkan anggaran bajet yang rendah di antara RM20,000 hingga RM25,000. Apa yang anda perlukan adalah barang keperluan seperti dapur gas, kompor, laci simpanan yang banyak, ketuhar asas, dan singki.

Mengubah suai untuk penginapan anda sendiri akan perlu anda buat anggaran bajet yang lebih tinggi.

Usah anda risau sebab ada cara untuk dapatkan dapur impian tanpa habiskan semua wang anda.

Sebagai contoh, anda boleh memilih meja kuarza dan bukannya batu semula jadi seperti granit atau marmar. Ini adalah pilihan yang lebih murah dan juga boleh tahan lama.

Kabinet melamin asas bermula dari RM3,000 dan boleh mencecah hingga RM10,000 jika digabungkan dengan kuarza atau granit.

Memasang ketuhar terbina dalam dengan kompor boleh cecah perbelanjaan sehingga RM10,000. Untuk menjimatkan wang, anda boleh meletakkan dapur dekat dengan tingkap untuk mendapatkan pengudaraan semula jadi.

Anda tidak semestinya memerlukan ketuhar terbina dalam. Ketuhar berjenama seperti Electrolux dan Elba cuma berharga antara RM2,000 hingga RM2,500 sahaja.

Jangan lupa untuk masukkan anggaran untuk penapis air di dapur anda juga.

Bilik tidur – RM15,000 hingga RM30,000

bilik tidur

Biasanya, kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai kira-kira 3 bilik tidur – satu bilik tidur utama, satu bilik tidur tengah, dan satu bilik tidur kecil.

Reka bentuk asas yang diperlukan bilik tidur adalah jubin, lapisan cat segar, dan kerja elektrik.

Rangka tempat tidur, almari pakaian, dan almari disediakan dalam tawaran pakej supaya mereka sangat mesra bajet. Rangka tempat tidur, almari pakaian, dan set ganti pakaian bermula dari RM800. Jika nak jimat, boleh saja anda beli dalam talian juga.

Bergantung pada saiz dan bahan yang digunakan, almari pakaian terbina dalam mungkin perlu anda belanja RM2,500 hingga RM10,000.

Bilik Air – RM10,000 hingga RM30,000

bilik air

Sekiranya bilik mandi anda sudah berfungsi dan hanya memerlukan kemudahan tambahan, anda cuma perlu sediakan RM8,000 atau amaun yang lebih kurang. Ubahsuai kecil yang diperlukan termasuk singki baru, pancuran mandi, dan mungkin mengubah suai tandas.

Namun, jika anda perlu menanggalkan jubin yang sedia ada dan memasang yang baru, ia mungkin memerlukan kos lebih tinggi.

Kerja-kerja bilik mandi yang biasa merangkumi pemasangan ubin, pemasangan paip, kelengkapan tandas, singki, kabinet, rel tuala.

Pemasangan kabinet singki dan aluminium berharga di antara RM1,500 hingga RM2,000. Kelengkapan tandas boleh mencecah RM1,200.

Untuk kos pengubahsuaian bilik mandi di Malaysia, adalah baik untuk memperuntukkan kira-kira RM30,000 untuk ketiga-tiga bilik mandi. Ini bermaksud RM15,000 untuk bilik mandi utama dan RM6,000 hingga RM7,000 untuk bilik mandi tetamu.

Sekiranya anda ingin menambah tab mandi, ia akan dikenakan bayaran tambahan RM3,000 hingga RM6,500.

Jadi, jika anda sudah teruja untuk memulakan pengubahsuaian anda …

Tunggu!!!

Petua Semasa Mengubahsuai Rumah di Malaysia

Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum anda memulakan:

1. Mempunyai anggaran terlebih dahulu dan mengawasi aliran tunai anda

Anda mesti membuat anggaran sebelum memulakan. Anggaran yang dibuat mesti dalam senarai yang nyata dan tepat, bukan hanya di kepala anda saja.

Dalam sesetegah kes, anda tidak akan mengupah seorang untuk melakukan semua kerja. Misalnya, anda mungkin mendapatkan satu kontraktor untuk buat dapur, satu lagi untuk memasang paip dan satu lagi untuk mengecat. Dan mungkin anda akan dapatkan sesetengah perabot dan perkakas sendiri.

Oleh itu, rekod semua wang yang dihabiskan adalah mustahak. Ingat untuk catatkan semua perbelanjaan sama ada perbelanjaan yang besar atau kecil.

2. Sentiasa dapatkan sebut harga dari kontraktor sebelum mulakan kerja

Dapatkan sebut harga yang tepat dari kontraktor sebelum memulakan pengubahsuaian. Dapatkan sebut harga yang rasmi, dan bukan hanya dalam bentuk WhatsApp atau perjanjian lisan. Ini akan mengelakkan berlakunya perselisihan atau masalah kelak hari.

Dapatkan kontraktor anda untuk menentukan bahan apa yang akan disediakan, ukuran, skema warna, sejauh mana perkhidmatan mereka, garis masa, dan lain-lain. Ini adalah supaya anda dapat memastikan bahawa mereka memberikan apa yang mereka janjikan.

3. Sentiasa muncul untuk memeriksa perjalanan pekerjaan

Walaupun kita semua ingin mempercayai kontraktor kita dan membiarkan mereka melakukan pekerjaan mereka tanpa gangguan, tetapi satu kesalahan kecil boleh menelan banyak perbelanjaan untuk membetulkannya. Jadi ia adalah penting untuk anda selalu muncul di tempat kerja, terutamanya semasa membuat pemasangan penting.

Awasi dan tunjukkan perkara yang anda tidak suka atau tidak seperti apa yang telah dipersetujui sehingga dapat diselesaikan.

Sekiranya pengubahsuaian melibatkan penarik pendawaian atau paip air baru, ambil gambar penempatannya. Ini penting kerana ketika anda buat pembaikian pada masa depan, akan lebih mudah untuk anda menentukan kawasannya.

4. Luangkan masa anda untuk mengumpul informasi

Apabila kontraktor anda mencadangkan sesuatu, jangan hanya mempercayai perkataannya. Lakukan kajian sendiri mengenai bahan-bahan tersebut dan pelajari tentangnya. Pastikan anda mengemukakan soalan susulan.

Apa yang lebih baik adalah pergi dapatkan pendapat lain dari rakan atau kontraktor lain sebelum meneruskan.

Contohnya, jika kontraktor anda mencadangkan penggunaan papan serpai melamin untuk perabot di rumah anda, tanyakan sebabnya. Ketahui setiap kekuatan dan kelemahan bahan itu. Periksa semula dengan rakan dan cari di internet, buat bandingan dan juga kebaikan dan keburukan tentangnya.

Perlu anda tahu bahawa anda menghabiskan banyak wang untuk pengubahsuaian dan anda berhak mendapat semua jawapan sebelum membuat perbelanjaan.

Kesimpulan

Memang tidak ada kos tetap untuk pengubahsuaian rumah di Malaysia. Sebaliknya, lebih baik anda mulakan dengan anggaran yang dapat anda belanjakan, kemudian semak balik untuk melihat apa yang dapat anda tambah atau kurang dalam anggaran pengubahsuaian anda.

Dengan adanya rancangan anggaran yang tepat, pengubahsuaian rumah dapat menjadi kurang stres dan anda akan dapat duduk dalam rumah yang anda impikan.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!