Web Analytics

Beli Kereta Baru atau Kereta Second Hand – Mana Lebih Baik?

Adakah anda sedang mencari sebuah kereta untuk jadi pengangkutan?

Bagi sesetengah orang, setelah mula bekerja untuk beberapa tahun, idea membeli kereta akan terpancar di fikiran mereka.

Tidak lama dulu, ada seorang kawan saya juga memutuskan untuk membeli kereta, dan dia sungguh rajin untuk cari maklumat tentang semua jenis kereta online. Dia juga pergi mengunjungi beberapa pusat jualan kereta untuk mengetahui dengan lanjutnya tentang kereta yang dia minat.

mercedes proton

Namun, setelah membuat kajian kereta selama 3 bulan, kawan saya ini masih tidak dapat memutuskan untuk beli apa jenis kereta. dan sama ada dia patut beli kereta terpakai atau kereta baru.

Jadi, di sini saya ingin bincang bersama anda tentang kebaikan untuk beli kereta baru atau second hand.

Kebaikan Beli Kereta Baru

Secara umum, kita semua pun tahu kebaikan untuk membeli kereta baru.

Antaranya termasuk:

  1. Kereta baru ada warranty, jadi bila buat maintenance boleh dapat free tanpa perlu bayar sebarang duit.
  2. Kereta baru akan mempunyai teknologi yang paling baru. Anda akan dapat banyak gajet dan aksesori yang canggih. Anda juga akan dapat sebuah kereta yang jimat minyak dengan pelepasan yang lebih rendah.
  3. Kereta baru semua part pun baru, maka tidak perlu risau ia akan rosak dalam masa yang singkat.

Kebaikan Beli Kereta Second Hand

Jadi, apa kebaikan pula untuk beli kereta second hand?

1. Lebih Murah Berbanding Dengan Beli Kereta Baru

Kereta cuma satu alat pengangkutan. Sama ada anda mempunyai sebuah Perodua Myvi terpakai atau kereta mewah BMW yang baru, kedua-dua pun boleh hantar anda sampai ke destinasi yang anda ingin pergi.

Dengan membeli kereta second hand, harga yang ditawarkan mesti lebih murah dari kereta baru. Asalkan anda dapatkan kereta yang dijaga dengan baik oleh pemilik sebelum itu, anda akan dapat sebuah kereta dengan harga yang murah dan juga masih dalam keadaan yang baik.

2. Tidak Mampu Membeli Kereta Baru

Walaupun beli kereta baru akan ketepikan semua bimbang dan risau anda tentang masalah yang mungkin muncul pada kereta second hand, tetapi harga kereta baru adalah lebih mahal. Bukan semua orang mampu membeli kereta baru.

Katakan kita membeli kereta Perodua Myvi baru dengan pinjaman RM50,000 dari bank. Menurut pembayaran pinjaman 7 tahun, kita perlu membayar RM550 setiap bulan, yang telah melebihi anggaran perbelanjaan 20% seorang pekerja pejabat dengan gaji RM2,500.

Menurut cadangan ahli ekonomi, perbelanjaan yang dibuat oleh orang untuk membeli kereta tidak boleh melebihi 20% daripada gaji mereka, jika tidak, ia akan meningkatkan risiko ekonomi peribadi.

Oleh itu, kita harus membeli kereta baru mengikut kemampuan kita sendiri.

Jika pembelian kereta baru akan menyebabkan tekanan pada anda, anda sebenarnya boleh memilih kereta terpakai yang lebih berpatutan dan lebih banyak pilihan.

3. Jarang Pandu Kereta

Walaupun sistem pengangkutan awam negara kita bukan maju sangat, tetapi masih ada ramai pekerja yang pakai bas dan LRT untuk pergi ke tempat kerja.

Untuk pekerja pejabat jenis ini, kereta cuma merupakan satu alat pengangkutan yang mereka hanya akan pandu pada hujung minggu dan hari cuti sahaja. Sebahagian besar masa kereta hanya diparkir di tempat letak kereta, nampaknya agak membazir jika membeli kereta baru.

4. Tidak Menghiraukan Kesenangan Material

Setiap orang mempunyai pengejaran kehidupan yang berlainan. Sebilangan orang suka membeli beg jenama, kasut jenama, dan gajet terkini.

Tetapi ada juga ramai yang lebih praktikal dan lebih suka menjimatkan wang untuk membeli harta tanah.

Mereka tidak pentingan kesenangan material dan mereka rasa asalkan ada satu alat pengangkutan untuk pandu sudah okay. Maka mereka biasanya akan beli kereta second hand.

Di samping itu, kegembiraan dan kesegaran kereta baru hanya dapat bertahan sekitar 6 bulan hingga 1 tahun sahaja. Apabila kedua-dua pemilik kereta telah melewati “tempoh bulan madu”, sama ada kereta baru atau kereta terpakai, ia hanya akan jadi satu alat pengangkutan bagi mereka sahaja.

5. Kereta baru Meningkatkan Perbelanjaan Harian

Setelah membeli kereta baru, kita sering menumpukan perhatian kepada penyelenggaraan kereta, termasuk kembali ke kilang asal untuk baiki jaminan, mencuci kereta setiap minggu, menggilap dan mengeringkan kereta setiap bulan, menyewa tempat letak kereta tambahan, membeli penjagaan kereta, dan lain-lain.

Sekiranya anda membeli kereta second hand, memang perlu anda menyelenggara, mencuci dan mengeringkan kereta secara berkala, tetapi kekerapan penyelenggaraan pasti tidak setinggi berbanding dengan kereta baru.

Kereta Baru vs Kereta Second Hand – Mana Satu Cepat Susut Nilai?

Ramai orang mungkin berfikir bahawa jika kemampuan mereka mengizinkan, tentu lebih baik membeli kereta baru. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, tentu saja memilih kereta second hand.

Saya juga pernah berfikir begitu. Tetapi baru-baru ini, ada seorang kawan saya yang memang pandai mengira memberi saya satu fikiran yang berlainan.

Dia kata tidak kira kereta apa yang hendak dibeli, kita mesti terlebih dahulu memahami kadar susut nilai kereta itu.

Sekiranya ia menyusut dengan cepat, seperti BMW atau Mercedes, harga jualan adalah di sekitar RM350,000, tetapi harga kereta second hand akan turun ke sekitar 100,000 dalam hanya 5 tahun, dalam 10 tahun ia akan turun sampai ke sekitar RM40,000 pula.

Susut Nilai Kereta Baru

Pada asasnya, jika anda membeli kereta baru, walaupun ada warranty untuk pembaikan dalam jangka masa 5 tahun, susut nilai tahunan adalah RM50,000.

Sekiranya masa dilanjutkan hingga 10 tahun, dengan tidak ada warranty lagi bagi kereta itu setelah 5 tahun.

Jadi dalam 5 tahun akan datang, kos penyelenggaraan dijangka akan perlukan RM100,000.

Jadi setelah 10 tahun, kerugian tahunan RM40,000 pada dasarnya adalah kerugian besar.

Susut Nilai Kereta Second Hand

Tetapi jika anda membeli kereta second hand yang sudah berusia 5 tahun, dan anda membeli sedikit lebih mahal dengan harga RM120,000, kos penyelenggaraan untuk 5 tahun yang akan datang juga sama di mana ia perlukan RM100,000.

Dengan ini, berbanding dengan beli kereta baru, kerugian tahunan untuk kereta second hand ini hanya RM34,000, walaupun masih merupakan satu perbelanjaan yang besar, tetapi dibandingkan dengan beli kereta baru, kadar susut nilainya adalah jauh lebih kecil.

Beli Kereta Premium dan Bukan Terlalu Mewah

Jika kereta baru yang anda beli adalah jenama Jepun seperti HONDA, TOYOTA atau kereta popular tempatan, seperti Proton atau PERODUA, ia akan lebih baik berbaloi untuk anda membeli kereta baru.

Sebab harga untuk kereta baru bukan terlalu tinggi, dan kereta masih akan mempunyai harga dalam jangka masa panjang.

honda civic

Sebagai contoh, harga asal HONDA CIVIC saya adalah RM118,000. Setelah pandu lebih dari 13 tahun, ia masih boleh dijual dengan harga lebih daripada RM20,000. Kerugian tahunan purata ialah RM7,500 sahaja.

Dari segi kos penyelenggaraan, purata pembaikan tahunan adalah kurang dari RM3,000. Jadi kerugian tahunan cuma kurang dari RM10,000, lain kata saya hanya rugi RM800 sebulan.

Seperti MYVI yang saya pandu sekarang yang saya beli dua tahun dulu, saya ada pergi buat bandingan harga dengan kereta second hand 1.3 MYVI yang sudah berusia 5 tahun.

Perodua Myvi

Dari harga pasaran, kereta ini masih dijual dengan harga RM30,000, dan ada juga yang menaikkan harga sehingga RM35,000.

Bagi harga sebuah kereta baru Myvi 1.3 hanya berada di sekitar RM45,000.

Jadi, purata susut nilai hanya RM3,000 setahun. Ditambah dengan kos penyelenggaraan tahunan di sekitar RM2,500, susut niai sebenarnya hanya RM5,500 setiap tahun.

Sekiranya anda tidak hantar kereta pergi ke kilang kereta rasmi untuk pembaikan kecil tetapi pergi bagi bengkel lain buat, mungkin kos penyelenggaraan tahunan cuma perlu RM1,500 sahaja.

Oleh itu, secara umum, jika harga kereta second hand jatuh lebih cepat dari kereta baru, maka dari segi pengiraan, ia tidak sesuai untuk anda beli kereta baru, kecuali anda orang kaya dan tidak risau tentnag duilt, jadi tiada masalah langsung bagi anda.

Pengiraan yang ditunjukkan tadi hanya boleh jadi satu panduan saja yang bukan 100% tepat. Lagipun, membeli kereta bukan sekadar buat pengiraan.

Kualiti kereta juga sangat penting. Sekiranya anda membeli kereta second hand yang dijaga dengan baik, maka memang membaloi untuk anda belinya.

Sebaliknya, jika kualiti kereta second hand yang anda beli adalah buruk, dan anda seorang yang tidak tahu jaga kereta, maka kos penyelenggaraan mungkin akan jadi tinggi.

Kesimpulan

Jadi kesimpulannya, lebih baik membeli kereta mengikut kemampuan anda. Jangan beli kereta yang anda tidak mampu yang akan menjadi satu beban besar untuk anda. Lagipun, kereta memang bukan satu harta benda yang boleh meningkat nilai pada masa depan.

2 thoughts on “Beli Kereta Baru atau Kereta Second Hand – Mana Lebih Baik?”

Leave a Comment

error: Content is protected !!