Web Analytics

Beli dan Kira Margin Emas

Cara kira margin spread Emas

Tahu tak anda tentang cara untuk kira margin atau spread untuk emas? Selain kenal pasti perniagaan emas itu menipu atau betul-betul buat perniagaan emas, perkara paling penting ialah berapakah Margin atau Spread emas yang dikira oleh perniagaan emas itu sendiri. Lain kedai/bank/perniagaan lain spread nya. Margin dinilai dalam bentuk peratus (%) dan lebih rendah lebih bagus.

gold bar

Harus diingatkan dalam emas, kita ada Selling Price dan Buying Price.

Selling Price – Berapa harga bank jual dekat kita kalau kita nak beli.

Buying Price – Berapa harga bank akan beli dekat kita kalau kita jual.

Untuk Kita Margin atau Spread Emas = (selling price – buying price)/ buying price x100%

Jadi untuk contoh yang ditunjukkan di atas, spread emas GIA = (rm143.21 – rm137.71)/rm137.71 x100%
= 3.994%

Inilah merupakan cara yang mura untuk membuat kiraan. Bagi mereka yang belum tahu macam mana buat kiraan, boleh jadikan ini sebagai satu rujukan. Jadi, buatlah survey untuk dapat emas yang lebih rendah spreadnya. lagi satu faktor, how convenient utk kita beli dan jual emas tu.

Kekurangan Beli Emas Fizikal Perhiasan

Beli emas perhiasan boleh dikira pelaburan, tapi kalau atas niat hendak laburkan untuk maksimakan keuntungan atas kenaikan harga emas, ia adalah tindakan yang kurang bijak. Saya akan beri anda 5 sebab kenapa.

1. Kena bayar upah tukang emas

Bila beli emas kena bayar upah, lagi berat emas, lagi mahal, lagi komplex design, lagi mahal. Bila nak jual, upah emas yang kita bayar ni sudah pasti tidak dapat dah.

2. Bila jual, harga emas kurang dari harga semasa

Biasanya kedai emas akan tolak 20%, hingga ke 45% dari harga pasaran untuk emas yang anda hendak jual itu. Katakan pada masa anda nak jual emas itu, harga pasaran untuk 1 gram emas adalah RM 100, kalau jual kedai akan ambil RM 80 sahaja untuk 1 gram.

3. Kalau nak jual, kena dengan kedai yang sama

Kena pergi ke kedai yang sama dan tunjuk surat emas kalau nak jual emas. Kedai lain pun boleh tapi harga 1 gram akan ditolak lebih dari yang biasa dia caj.

Contohnya kalau sebelum ni 20%, kalau bukan pelanggan kedai tu mungkin tolak 25%. Kalau tak ada surat, dan nampak desperate, lagi lah dia ‘ketuk’ nak beli 50% saja pada harga pasaran (ikut suka kedai laa).

4. Dapatkan tukar emas dengan emas saja

Biasanya tukar emas dengan emas dan bukan dengan wang tunai, jadi proses beli dan jual barang kemas berulang, jual pada harga yang ditolak, dan beli pada harga semasa yang kedai jual + kos upah tukang emas. Dengan ini, biasa anda akan mengalami kerugian.

5. Risiko ragut dan dicuri maid jahanam atau anak derhaka

Anda memang faham apa yang saya maksudkan di sini. Pegang emas memang tetap ada risiko.

Jadi pendapat saya ialah kalau nak benefit, simpan akaun emas atau emas fizikal seperti public gold ataupun UOB physical gold. Untuk perhiasan, cukup-cukuplah emas yang suami belikan semasa akad nikah tu. Sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk lebih bermakna.

CIMB Gold Deposit Account

Masa yg sesuai untuk tambah pelaburan emas? Rasanya YA sebab harga emas sedang turun. Selain Public Bank Gold Investment Account, ada Maybank, Kuwait Finance House dan UOB menawarkan simpanan emas melalui buku. CIMB pula muncul dengan CIMB Gold Deposit Account (GDA).

CIMB Gold Deposit Account

Berikut adalah beberapa benda yg patut diketahui berkenaan GDA ni

  1. Perlu ke cawangan CIMB untuk membuka buku akaun emas cimb.
  2. Ketulenan Emas adalah 99.99.
  3. Harga menaik dan menurun mengikut harga pasaran emas dunia.
  4. Minimum pembelian untuk permulaan adalah 10 gram.
  5. Beli atau jual dalam minimum 5 gram atau lebih dengan penambahan berkali 1 gram. Dengan kata lain, tak boleh beli atau jual 0.5 gram atau lain.
  6. Boleh buat pembelian dan penjualan melalui akaun simpanan atau akaun semasa, yang ini memang menarik. Sangat memudahkan.
  7. Boleh keluarkan emas fizikal minimum 100 gram dalam gandaan 100 gram.

Margin? Kalau emas ni paling penting ialah margin, lebih rendah lebih baik. Setelah mengira margin untuk CIMB GDA, marginnya adalah sekitar 3.23%. Memang rendah daripada 4 bank lain yg menawarkan akaun simpanan emas.

Untuk tengok harga jualan dan belian emas GDA, boleh semak link ini

Akaun Emas UOB – Margin Paling Rendah

Bila saya buka Cimb Gold Deposit Account, saya ingat CIMB GDA margin paling rendah. Tapi saya memang salah. UOB gold account yang merupakan bank yang mempunyai spread yang lagi rendah. That’s ‘anon’ for the tips.

Serendah 1.4% marginnya. Ini memang sangat rendah. Saya tahu UOB ada juga akaun emas tapi tak ambil part dengan margin sebab saya sangka ‘ni bank oversea ni mesti margin besar punya ni’. Apapun ia adalah baik untuk memberi margin yang rendah untuk emas.

Ini membuatkan saya tertanya-tanya betul ke emas tu ada, atas main margin atas emas yang tak ada? Tetapi sebagai sebuah bank yang legal, yang tertakluk dengan bank negara punya regulation, Saya tidak fikir ada perkara sedemikian. Sebenarnya, saya masih belum pindah ASB dividen lagi untuk beli emas. Rasanya sinilah merupakan tempat untuk saya park 1/3 daripadanya.

Kuwait Finance House KFH Gold Account-I

Bair lambat daripada xde langsung. dah lama dah ada launch Kuwait Finance House KFH Gold Account-I, jadi kali ni baru saya nak sebutkan. Aku tak buat buka akaun di sini, jadi mungkin tidak detail sangat. Kebanyakan maklumat adalah saya dapat dari website rasmi KFH.

  1. Beli emas guna buku, jadi tak ada pegang emas.
  2. Maknanya kena buka special akaun (khas untuk emas) dulu dengan KFH.
  3. Initial Investment 10 gram, kalau 1 gram RM 130, jadi 10 gram adalah RM 1,300.
  4. Next penambahan pembelian 5 gram dan ke atas.
  5. Umur kena 18 tahun ke atas.
  6. Buat untung dengan kenaikan harga emas.
  7. Spread sekitar 4.7 – 5.0 %.

Boleh anda dapat maklumat yang selanjutnya di laman Kuwait Finance House.

Baca juga: Cabaran Dalam Pelaburan Hartanah dan Rumah

Leave a Comment

error: Content is protected !!