Web Analytics

Bekerja Sambil Berbakti

Terdetik hati nak terbitkan entri Bekerja Sambil Berbakti ni buat renungan kepada sesiapa saja yang bekerja kerana ada di kalangan kita yang bekerja semata-mata untuk keuntungan dan sering melupakan tentang perihal ibadah dalam bekerja.

Ada ramai orang yang bila cari kerja mereka cuma tengok gaji berapa yang ditawarkan oleh majikan saja. Dan bukan tengok kerja itu perlu tanggungjawab apa. Walaupun sendiri bukan suka sangat dengan jawatan pekerjaan ini, tapi tengok gajinya tinggi, maka terima juga kerja itu.

Tapi bila pergi kerja, memang kerja macam zombi dan rasa tidak gembira setiap hari.

bekerja sambil berbakti
bekerja sambil berbakti

Telinga Sebelah Kiri Tidak Dapat Dengar

Lepas mandi pagi tadi tiba-tiba telinga sebelah kiri saya tak dapat mendengar apa-apa bunyi. Termasuk hari ni dah empat kali rasanya telinga kiri aku ni bermasalah. Bukan masalah serius pun, cuma telinga tersumbat sikit dengan tahi telinga.

Itulah, degil nak korek sampai kosong telinga tu. Sepatutnya tak perlu korek dalam-dalam sebab tahi telinga ni pun ada fungsinya juga. Bukan aku yang cakap, tapi doktor yang rawat telinga aku dulu yang bagitau masa mula-mula masalah pendengaran ni berlaku.

Memang tak selesa bila sebelah telinga ni jadi pekak. Nak cakap dengan orang pun kena duduk rapat-rapat. Dah la telinga kanan aku kurang peka kalau nak dibandingkan dengan telinga kiri. Jadi aku terus ke klinik yang selalu aku pergi dulu.

Kat klinik tu la aku berkhatan masa Darjah 5, kat klinik itu jugalah belakang badan aku kena buat pembedahan minor masa tumbuh sesuatu seakan-akan bisul tahun lepas.

Semuanya dengan doktor yang sama, seorang doktor yang banyak membuat kebajikan terhadap pesakit-pesakit berpendapatan rendah dan selalu menganjurkan program-program berbentuk Islamik terhadap remaja.

Teringat masa Tingkatan 4 dulu aku mengikuti program usrah selama dua hari satu malam di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang dianjurkan oleh doktor tersebut.

Dipendekkan cerita, tak sampai 5 minit menunggu aku pun masuk ke bilik doktor. Sunyi je dalam bilik tu sebab aku tak dapat nak dengar apa-apa dengan jelas pun. Lepas bagitau masalah pendengaran kat telinga kiri ni doktor terus check dua-dua belah telinga. Memang betul telinga sebelah kiri tersumbat, telinga sebelah kanan pula bersih.

Selalunya doktor lain akan bagi ubat titik untuk mencairkan tahi telinga yang tersumbat tu dengan harga lebih kurang RM30. Tapi doktor ni rajin, dia cucikan telinga aku dulu sebelum sedut dengan menggunakan mesin.

Rasa geli juga bila bahagian dalam telinga kena sedut. Terkejut kejap bila tengok benda yang disedut tu nampak macam gumpalan habuk.

Doktor bagitau nama benda tu tapi aku tak ingat dah. Biasalah, istilah perubatan ni mana kita biasa dengar hehe. Bila benda tu dah dikeluarkan barulah telinga kiri aku ni berfungsi dengan baik. Dengar pun jelas, lebih jelas dari dulu.

Rasa macam boleh dengar orang panggil nama aku dari jarak 5 Km haha. Rasa sakit pun ada bila dengar bunyi kereta kat tepi jalan, jelas sangat. Kalau ada jarum peniti jatuh atas lantai pun boleh dengar dengan baik walaupun kat tepi jalan raya hehe. Macam superman yang mempunyai kuasa luar biasa!

Doktor tak bagi ubat untuk saya makan sebab memang tak perlu ubat pun. Ada sesetengah doktor bagi ubat ponstan ataupun panadol walaupun anda cuma pergi ke klinik untuk minta balut kaki yang berdarah huhu. Tapi doktor tadi cuma caj RM5 saja! Itu pun aku tak rasa pelik sebab sebelum ni pun aku pernah tidak dikenakan apa-apa bayaran lepas datang untuk dirawat.

Baik betul doktor tu. Tak mustahillah rezekinya selalu murah. Itulah yang dikatakan bekerja sambil berbakti, malah untuk beribadah juga.

Kliniknya merupakan satu-satunya klinik di daerah kampung aku yang menawarkan kad diskaun perubatan kepada golongan berpendapatan rendah.

InsyaAllah, hari Khamis nanti nak buat medical check-up kat klinik dia pula untuk 36 jenis ujian termasuklah ujian darah, kolesterol, kencing manis dan macam-macam lagi dengan harga cuma RM50!! Elok masa usia masih lagi muda ni kita check kesihatan. Manalah tau dah ada tanda-tanda awal, boleh cegah terus.

Jadi, doktor yang bekerja di klinik ini bagi saya adalah amat profesional dan beliau adalah suka dengan kerjanya. Bagi pesakit yang datang ke klinik ini, mereka juga akan rasa dengan lega hati sebab caj yang ditawarkan oleh klinik ini pun bukan mahal sangat.

Maka saya ingat, jika semua orang boleh dapatkan kerja yang dia suka, mesti dia rasa gembira untuk lakukan setiap hari. Dengan ini, badan dan mindanya juga akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Berbakti kepada kerja anda memang penting yang saya fikirkan.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!