Web Analytics

Bank Islam Pending Instant Transfer

Aduh, asyik pending sahaja, sudah lah nak kena buat pembayaran segera, bila nak settle kalau macam ini? Semalam jadi, hari ini jadi, bila aku boleh buat pembayaran ini? Nak guna akaun bank lain, tapi duit telah ditolak daripada akaun bank Islam ini? Sebelum-sebelum ini elok sahaja bila guna Bank Islam Instant Transfer ini, tapi sejak bulan Ogos yang lalu, transfer asyik pending sahaja, setiap kali perkara yang sama asyik berlaku sahaja. Nak buat macam mana ini?

Bank Islam

Inilah komen-komen yang anda semua akan lihat sekiranya anda pergi ke ruangan media sosial Bank Islam sama ada di Facebook, Instagram mahupun di Twitter. Rata-rata pengguna menyatakan perasaan marah dan kecewa mereka terhadap masalah sebegini yang telah berlaku berulang kali.

Walaupun mereka telah banyak kali membuat aduan kepada pihak bank, akan tetapi isu yang sama masih tidak lagi diselesaikan. Apatah lagi, sekiranya masalah ini berlaku, duit yang telah anda pindahkan itu hanya akan selesai transaksinya hanya selepas 14 hari.

Mesti Rasa Menyampah Bila Transaksi Tak Dapat Lalu

Cuba anda bayangkan sekiranya Lazada atau Shopee membuat promosi jualan seperti 11.11. Setelah anda puas membelek-belek, akhirnya anda telah menjumpai barang yang anda inginkan dengan harga berlipat kali ganda lebih murah daripada biasa. Tetapi malangnya, ketika anda membuat pembayaran, transaksi itu hanya pending sahaja, malah, yang lebih menyakitkan hati adalah, ianya hanya akan selesai 14 hari kemudian, adakah pada waktu itu masih ada lagi promosi? Sudah tentu tidak!

Jadi, di dalam artikel pada kali ini kami akan kongsikan apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa bank Islam Instant Transfers asyik pending sahaja. Tahukah anda, transaction pending ini merupakan masalah common apabila anda menggunakan internet banking? Akan tetapi, ianya tidak seteruk sekarang dan tidak ramai pengguna yang terjejas.

‘Paksa’ Guna DuitNow

Isu ini sebenarnya baru sahaja berlaku dalam 5 bulan kebelakangan ini, ianya bermula apabila Bank Islam ‘memaksa’ para penggunanya menggunakan DuitNow.

Untuk pengetahuan anda, Bank Islam mula menggunakan perkhidmatan DuitNow ini setelah dibuat penjenamaan semula terhadap Instant Transfer yang mula berkuat kuasa pada 27 Mei 2020 untuk aplikasi GO oleh Bank Islam Mobile Banking dan 13 Jun 2020 untuk Internet Banking.

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa pihak Bank Islam perlu menggunakan sistem DuitNow? Kenapa tidak pakai sistem lama sahaja, bukankah lebih mudah? Mengikut kenyataan Bank Islam di laman web mereka, sebenarnya tidak ada perubahan pada servis perkhidmatan yang ditawarkan, mereka hanya menjenamakan semula servis itu daripada pay to account kepada DuitNow. Ini bermakna, daripada servis tersebut, mereka telah membangunkan platform pembayaran atas talian ini bagi memudahkan kerja pengguna.

Kecewa Dengan Perkhidmatan Bank Islam

Namun begitu, pada hakikatnya, rata-rata pengguna masih tidak berpuas hati terhadap kelancaran dan kelajuan sistem tersebut. Malah, ada yang berpendapat bahawa untuk redirect page sahaja sudah membazirkan masa mereka. Namun, bagi mereka itu sebenarnya isu picisan sahaja, isu besarnya masih lagi kepada kelajuan sistem tersebut. Ramai yang telah membuat aduan berkenaan masalah ini, akan tetapi, sehingga kini masih tiada tanda-tanda penambahbaikan yang telah mereka lakukan.

Perkara seperti inilah yang menambahkan lagi kekecewaan kepada para pengguna. Hanya kata-kata seperti ‘Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami’ sahaja yang menjadi jawapan daripada pihak Bank Islam. Bukan
perkataan maaf ‘sahaja’ yang diinginkan oleh mereka, akan tetapi perkataan maaf itu perlulah berserta dengan tindakan penambahbaikan daripada pihak mereka dengan secepat yang mungkin.

Seperti yang kita semua tahu, secara direct translation, Instant Transfer adalah pemindahan secara segera atau dalam bahasa mudahnya ialah secara ‘serta- merta’. Akan tetapi masalah transaction pending ini telah menyebabkan transaksi ini hanya boleh diselesaikan dalam masa 14 hari. Ini bukan instant transfer, tapi delayed transfer ini! Selepas itu, pengguna yang terjejas terpaksa membuat report pula untuk mendapatkan balik duit duit tersebut. Perkara seperti ini yang akan menambahkan kerja dan menyusahkan lagi pengguna.

Justeru itu, pihak Bank Islam sepatutnya menambah baik lagi perkhidmatan Instant Transfer mereka atau lebih khususnya dalam platform DuitNow. Jika tidak, ramai pengguna yang akan ‘lari’ daripada mereka. Jadi, ini tidak bermakna kita

perlu menukar kepada Bank yang lain, sebaliknya kita perlu terus menyokong Bank Islam dengan memberi komen-komen yang membina supaya mereka terus dapat berdaya saing dan kekal relevan untuk masa akan datang!

Baca juga:

18 thoughts on “Bank Islam Pending Instant Transfer”

  1. Salam nak tnya, adakah duit yg pending tu memang akan masuk dalam masa 14 hari tu, atau ada kemungkinan duit tu tak masuk ke akaun penerima? Risau ni

    Reply
    • Jika transaksi DuitNow anda tidak berjaya dengan Bank Islam, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

      Hubungi Bank Islam: Jika transaksi adalah penting dan perlu diselesaikan dengan segera, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Bank Islam untuk bantuan.

      Periksa status transaksi anda: Anda boleh memeriksa status transaksi anda dalam akaun atau aplikasi Bank Islam anda.

      Hubungi bank penerima: Jika bank penerima berbeza, Bank Islam mungkin mencadangkan agar penerima menghubungi bank mereka untuk memeriksa transaksi.

      Harap maklum bahawa ini adalah cadangan umum dan proses sebenar mungkin berbeza bergantung pada situasi khusus anda dan polisi bank yang terlibat. Adalah lebih baik untuk menghubungi bank anda secara langsung untuk maklumat yang paling tepat.

      Reply
  2. Assalamualaikum. Saya ada buat tranfer dari akaun bank islam ke own account tabung haji.
    Tetapi ada masalah sistem duit dah tolak tapi masih tak masuk dalam akaun tabung haji..

    Reply
    • Maaf mendengar bahawa anda mengalami masalah dengan transaksi anda dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji. Biasanya, transaksi ini sepatutnya selesai dalam tempoh 1-2 hari bekerja.

      Jika duit sudah dipotong dari akaun Bank Islam anda tetapi belum masuk ke akaun Tabung Haji anda, ini mungkin bermakna bahawa terdapat sebarang masalah dengan transaksi tersebut. Saya cadangkan anda menghubungi pihak Bank Islam dan Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status transaksi anda.

      Mereka boleh memberikan anda maklumat yang lebih terperinci mengenai apa yang berlaku dengan transaksi anda dan mengapa ia mengambil masa yang lama untuk diproses. Anda juga boleh meminta bantuan daripada mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

      Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan transaksi anda, dana yang dipindahkan mungkin akan dikembalikan semula ke akaun Bank Islam anda. Walau bagaimanapun, jika anda masih menghadapi masalah, saya cadangkan anda untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Bank Islam dan Tabung Haji untuk menyelesaikan isu ini.

      Reply
  3. Tadi nk buat transfer ke acc sendiri, elok dh berjaya loading tetiba pending🔪 so nk kena tggu 14 hari ya? Mmg kompom dpt balik ka after 14 tu atau 50-50?

    Reply
    • Maaf mendengar bahawa anda mengalami masalah dengan pemindahan wang ke akaun Bank Islam anda. Jika transaksi anda tergantung dan memerlukan waktu selama 14 hari untuk diproses, biasanya ini bermakna bahawa transaksi anda sedang disemak oleh pihak bank untuk memastikan transaksi anda sah dan selamat.

      Jika transaksi anda memerlukan pengesahan tambahan dari pihak bank atau pihak ketiga, proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama. Saya mengerti bahawa ini mungkin menyusahkan, tetapi proses pengesahan tambahan penting untuk memastikan bahawa dana yang dipindahkan sah dan selamat.

      Sekiranya transaksi anda tidak sah, atau terdapat sebarang masalah dengan akaun sumber atau akaun penerima, maka dana tersebut akan dikembalikan semula kepada akaun sumber anda.

      Saya cadangkan agar anda menghubungi bank untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai transaksi anda dan mengapa ia mengambil masa yang lama untuk diproses. Anda juga boleh meminta bantuan daripada mereka untuk menyelesaikan masalah ini. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah untuk anda.

      Reply
  4. Betul ke kena tunggu 14 hari baru duit smpi ke tgn penerima..aduhai saya ni transfer pagi tadi dln 7.30 ke 1hamba Allah ni beliau ni rescue stray cat n mmg memerlukn agt duit sbb nak bwk kucing yg kemaluan dia brnanah n doc pun da suruh buang operation..bila da kena oprte ni fhm2 jela kos dia brp kan..aduhh letihla mcm ni Bank Islam

    Reply
  5. Maaf nak tanya , kalau kita topup auto reload umobile dalam bank Islam , tapi dy keluar pending , lepastu check balik duit dh tolak rm 30 sbb topup RM 30. Tetapi tak dapat lagi noti utk topup tu means topup tu x masok lagi. Sekarang apa perlu saya buat? Perlu call pihak umobile or tunggu topup tu masok ya?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!