Apabila suasana kerja tidak lagi menyeronokkan, tekanan oleh pihak majikan terlampau besar, atau kerjaya sedia ada mendatangkan masalah kepada keluarga, mungkin ada yang berfikir untuk ‘lompat kapal’ (jump ship). Senario yang biasa di kalangan pekerja di sektor swasta, apabila keadaan ini berlaku, mereka mula mengintai-ngintai peluang untuk memasuki perkhidmatan awam.
Sektor swasta dianggap tidak stabil kerana mudahnya pekerja dibuang. Keadaan ini bukan hanya kepada pekerja bawahan, malah turut mengancam pekerja di peringkat top management. Sedangkan Steve Jobs pernah dipecat, dar syarikat yang beliau sendiri asaskan. Cuba lihat situasi yang lebih dekat dengan kita. Kemerosotan harga minyak dunia dan industri oil and gas negara sebagai contoh.
Harga minyak dunia yang jatuh dibawah paras USD 40 setong membuatkan syarikat indutri minyak memutuskan untuk mengurangkan dan menghadkan aktiviti pengeluaran minyak. Sebabnya mudah, kerana kos operasi tidak lagi berbaloi dengan hasil jualan. Negara menyaksikan penamatan kontrak pekerja di industri OnG dan pemberhentian secara tergesa-gesa. Semunya dalam tempoh yang singkat.
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, pihak perbankkan pula mengetatkan syarat untuk mereka dari industri ini memohon sebarang pinjaman atau bantuan kredit. Ada juga bank yang langsung tidak menimbang permohonan pekerja swasta dari sektor ini.
Maka, SPA8i, borang permohohan jawatan kerajaan secara online daripada Jabatan Perkhidmatan Awam mula diberi perhatian.
The grass is always greener on the other side.
Kepada yang sudah diberhentikan dari berkhidmat dalam sektor swasta, mungkin berkhidmat dengan kerajaan sahajalah antara pilihan yang ada. Bagaimanapula kepada yang masih mampu bertahan? Krisis kali ini mereka terselamat, masih mempunyai kerja dan pendapatan yang tetap dan lumayan. Apakah ada jaminan untuk krisis ini tidak berulang atau ada krisis lain yang bakal melanda dalam kerjaya di sektor swasta?
Dalam masa yang sama, benarkah perkhidmatan awam menjanjikan kestabilan, atau ianya hanya satu stigma yang sudah lapuk? Tahukah anda, dengan penambahbaikan oleh suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), banyak penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatan atas pelbagai sebab? Kenyataan “kerajaan takkan buang orang” mungkin sudah lagi releven. Mereka yang bermasalah, akan ditamatkan perkhidmatan, sesetengahnya, tanpa dapat ganjaran pencen yang dijanjikan.
Masihkah anda mahu berkhidmat dalam sektor yang disinonimkan dengan perkataan lembab, lambat, rigid, tiada daya saing, mengampu, dan sebagainya? Atau kekal dalam sektor swasta yang mencabar, result oriented, dengan pelbagai peluang untuk memajukan kerjaya. Dalam sektor swasta, seseorang pekerja dihantar keluar negara bukanlah sesuatu yang pelik, malah ia kerap berlaku. Mungkin atas alasan latiha, mencari prospek, mesyuarat atau persidangan. Walaupun sekadar seorang pengendali mesin, peluangnya tetap ada.
Di dalam sektor kerajaan, peluang yang sama tetap wujud. Malah diberi pula elaun untuk menempah baju panas bagi penjawat yang berpeluang ke luar negara. Perbelanjaan ditanggung dan elaun dibayar. Hanya untuk peringkat penggubal dasar, seperti berpangkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam), Pengarah, Penolong pengarah atau pegawai-pegawai khas. Bagi yang berjawatan pelaksana, gred 17 contohnya, peluang ini amat jarang boleh diperoleh.
Peluang Untuk Berubah Angin (Slowing down)
Bagi yang lama telah berkhidmat dalam sektor swasta, mereka akan tahu cabarannya. Ketika zaman bujang, merekalah calon pekerja yang akan dihantar outstation. Jumlah elaunnya lumayan, claimnya lebat. Keseronokkan dan kepuasan juga tiada tandingan. Tempat yang tak perbah dijejak, sudah sampai. Orang yang tak pernah dikenali, sudah menjadi sahabat, kadangkala, dari kalangan mereka yang berpengaruh. Enam bulan dilautan bukan masalah, dan apabila pulang mampu pula membinakan rumah buat ibu bapa.
Masa berlalu usia meningkat. Daripada seorang, kina berdua, mungkin juga empat dan lima. Perubahan dari status bujang kepada bekeluarga memberi kekangan kepada kerjaya. Biarlah orang muda pula, hati sering mendetik. Mungkin ada yang merasakan masjid dan surau kian memanggil, rindu berjemaah. Tapi kerana outstation, kerana on call masa untuk melakukan semua itu terpaksa ditangguh seketika.
Pada masa inalah mungkin ada yang berkira – kira hendak berhenti dan bertukar pula ke dalam perkhidmatan kerajaan. Mungkin jawatan yang mempunyai masa kerja yang tetap antara lapan dan lima menjadi pilihan. Ramai pekerja swasta yang beralih arah atas alasan ini.
Ada juga yang menyasarkan pengeluaran tabungan KWSP. Jikalau terus berkhidmatan dalam sektor swasta, duit itu tidak dapat dikecap sebelum umur mencecah 55 tahun. Sebagai jalan pintas, ada yang ‘lari’ ke sektor kerajaan. Apabila dirasakan tabungan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mencukupi, dia memohon jawatan kerajaan.
Bermula dari gaji pertama sebagai penjawat awam, gaji tetap akan dipotong bagi akaun KWSP. Setelah setahun, penjawat akan disahkan dalam perkhidmatan. Bermakna, tempoh ‘percubaan’ telah tamat. Dengan penamatan ini, penjawat awam itu layak pula memohon pemberian taraf berpencen (PTP), setelah tiga tahun berkhidmat. Abapila diberi taraf berpencen, maaka, segala yang yang terkumpul di dalam KWSP boleh dikeluarkan, walaupun umur belum mencecah 55 tahun.
Saingan dan Cabaran
Cuma ada satu masalah. Perkhidmatan awam tidak menawarkan kekosongan sebanyak sektor swasta. Bagi pengambilan sesuatu jawatan yang jumlah kekosongannya ialah 20 orang, jumlah pemohon boleh mencecah 20,000 orang. Bagaimana memilih 20 orang calon daripada 20,000 pemohon ini? Kable dasar laut? Satu lagi kepercayaan lapuk dalam memohon kerja kerajaan. Pada hari ini banyak pengarah, penolong pengarah, dan yang seangkatan dengannya mengeluh kerana tak dapat ‘menolong’ anak sendiri menadapatkan kerja di jabatan yang sama.
Penambah baikan dari segi pengambilan membuatkan peluang untuk bekerja di sektor awam menjadi lebih telus. Permohonan hanya secara online. Bermula dengan peperiksaan bertulis (secara atas talian) ribuan calon disingkirkan. Tahap kedua pula yang biasanya dinamakan assessment test yang menguji kebolehan fizikal, kebolehan public sepaking dan daya menyelesaikan masalah. Bergantung kepada jawatan ujian penentuan personaliti juga mungkin diadakan. Kemudian barulah calon yang disenarai pendek dipanggil untuk temuduga lisan.
Inilah kelebihan mereka yang pernah bekerja di sektor swasta berbanding mereka yang baru tamat beleajar. Pengalaman mereka akan terserlah dalam setiap peringkat.
Kegagalan Bukan Penghalang
Jarang ada calon yang mengisi borang SPA8i (Borang permohonan jawatan kerajaan secara online) dengan sekali isi, lulus temuduga kali pertama dan terus menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Kebanyakannya pernah hadir temuduga dua tiga kali, pernah menduduki peperiksaan yang banyak dan pernah menjadi calon simpanan. Hanya mereka yang tidak berputus asa sahaja akan terus berusaha, dan hanya mereka yang ada rezeki sahaja yang dapat.
Hayati analogi ini:
Sekolah Rendah: Bilik Darjah –> Tuisyen –> Buku Rujukan –> Peperiksaan –> CEMERLANG
Sekolah Menengah: Bilik Darjah –> Tuisyen –> Buku Rujukan –> Toyol–> Peperiksaan –> BERJAYA
Universiti: Kuliah –>Tutorial –> Buku Rujukan –> Study Group –> Bapak Toyol –> Exam –> Repeat –> LULUS.
Temuduga: mohon–> Peperiksaan –> GAGAL.
Perasan tak semakin tinggi semakin banyak usaha diperlukan untuk sekadar lulus. Usaha perlu semakin berganda. Rujukan perlu semakin banyak dan masa untuk berusaha perlu lebih panjang. Tetapi apabila menghadapi peperiksaa atau temuduga untuk pekerjaan, dengan mudah sekali kita gagal. PATTERN KEBIASAAN KITA TELAH BERUBAH!
- Tiada sukatan pelajaran.
- Tiada bilik darjah.
- Tiada Toyol.
- Tiada buku rujukan.
BETUL? Untuk kebanyakan orang, benar begitu. Yang tidak diketahui umum (buat masa ini) temuduga kerajaan mempunyai silibus, buku rujukan dan contoh soalan. Kenapa ini terjadi? Kerana standard kerajaan sememangnya begitu. Itulah kemahiran kerajaan dalam mengukur seseorang.
Berasakan kesedaran inilah satu rujukan lengkap telah dihasilkan oleh sekumpulan individu yang berpengalaman. Sayangnya hasil ini tidak dibukukan seperti buku rujukan SPM. Buku ini muncul, hanya kepada mereka yang mencarinya.
Baca juga: