Tajuk untuk artikel ini adalah “Bagaimana Menjenamakan Perniagaan Anda?”, dalam bahasa ingerris adalah “How to Brand Your Business?”. Entry untuk kali ini agak mencabar dan saya akan jelaskan satu kajian kes sebenar(Real Case Study) yang dapat dijadikan pedoman kepada semua businessman di luar sana. Mesti kebanyakan pembaca sudah tidak sabar untuk nak tahu.
Kunci Utama Bagi Perniagaan
Dalam dunia business pada hari ini, cabaran yang mendatang dari hari ke hari membuatkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Syarikat-syarikat ini keluar dari bisnes bukan atas sebab produk mereka tidak bagus, akan tetapi salah satu daripada faktor yang menjadi kunci utama bisnes seringkali diabaikan dan tidak diendahkan dengan begitu teliti.
Apakah faktor yang saya maksudkan dalam perenggan di atas itu tadi?
Faktor yang terbesar dan sebenar-benarnya mengapa banyak syarikat terpaksa gulung tikar adalah kesalahan dalam teknik pemasaran atau dalam bahasa rasminya Marketing!
Membuat Pemasaran Yang Berkesan Adalah Sangat Penting
Dunia hari ini memerlukan lebih ramai genius dalam teknik pemasaran. Walau sehebat manapun produk anda, tanpa teknik pemasaran yang terbaik nescaya produk anda tidak akan dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama dalam persaingan.
Walau sehebat manapun produk anda, tanpa teknik Marketing yang terbaik nescaya produk anda tidak akan dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama dalam persaingan.
Saya ambil contoh ringkas dan berada paling hampir dengan kita semua hari ini. saya yakin dan percaya hampir semua yang baca entry saya ini mengetahui syarikat yang bernama AirAsia.com. Bahkan bukan sahaja setakat tahu malahan ada yang pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Saya pun dah berkali-kali menaikinya, ke Brunei dan juga ke Kelantan.
Mengapa AirAsia.com dapat menandingi syarikat gergasi yang sedia ada seperti MAS? Agak-agaklah, apakah resipi ataupun tonik yang telah digunakan oleh Tony Fernandes?
Jika dahulu, untuk menaiki sebuah kapal terbang hanyalah golongan-golongan bangsawan sahaja yang mampu. Tapi kini apa sudah jadi? Hari-hari ada orang menaiki kapal terbang kan!
Now Everyone Can . . . ?
Tony Fernandes dengan bangganya mengistiharkan NOW EVERYONE CAN FLY! Empat perkataan ini sudah cukup menggambarkan secara keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh AirAsia.com. saya yakin dan pasti, bila sebut sahaja NOW EVERYONE CAN FLY anda sudah terbayang AirAsia.com. Betul tak?
Inilah yang digelarkan sebagai Unique Selling Proposition (USP) atau dalam bahasa biasa-biasanya adalah Tag Line ataupun Trademark. Marketing menggunakan USP ini amat-amat berkesan dan menyerap ke dasar serta lubuk minda seseorang. Anda tak akan ingat yang lain dah, asyik terbayang AirAsia.com sahaja. Mereka telah melakukan satu teknik Marketing yang paling mantap dan berjaya!
Marketing menggunakan USP ini amat-amat berkesan dan menyerap ke dasar serta lubuk minda seseorang
Mengapa Perlu Ada USP?
Jika anda masih belum ada USP seperti yang telah digunakan oleh AirAsia.com, anda bolehlah cuba selidiki apakah perkataan yang terbaik dan ringkas serta padat untuk memudahkan orang ramai meningati produk ataupun servis yang anda berikan.
Bagi saya, alhamdulillah setakat ini sudah sebati dengan ramai orang kerana di Money Genius Academy, Wealth Begins Here! Sebut sahaja Wealth Begins Here, orang akan ingat Money Genius Academy! Dan sebut sahaja Fast Action Target Hit, orang akan ingat saya!
Semoga anda semua membiasakan diri dengan Marketing kerana itu adalah nadi utama sesebuah perniagaan. Untuk penghabisan, apakah USP anda semua tidak kiralah dari sudut business ataupun individu? Jom share di bawah.
Baca juga: