Alhamdulillah, entry kali ini yang saya ingin menulis adalah tentang permintaan rakan baik yang ingin mengetahui bagaimana untuk dapat jadikan satu urusan perniagaan(Make A Business Deal).
Dalam dunia bisnes ini, kita seringkali terdedah dengan banyak perkara. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi keutamaan untuk kita adalah How To Win In Business Deal?
Rata-rata kita yang masih lagi baru dalam dunia bisnes akan tercari-cari bagaimana untuk bermulakan perniagaan. Dan bila sudah bermula kita akan mencari jalan bagaimana lagi untuk majukan bisnes kita yang sudah kita taruh duit, masa, dan usaha atasnya.
Sebenarnya dalam dunia bisnes ini memang ada satu perkara yang perlu dan mesti kita ingat. Adakah anda ingin nak tahu apa dia sebanarnya?
What do you know is not important, Who do you know is crucial!
Ya, siapa yang anda kenal seringkali melangkaui apa yang anda tahu. Percaya atau tidak, anda perlu terima hakikat ini. Semasa kita membuat perjanjian perniagaan atau business deal, kita perlu mempunyai hubungan(Networking) yang seluas-luasnya dan sebanyak-banyaknya. Itu adalah syarat yang paling asas.
Macam Mana Dapatkan Satu Janjian Perniagaan?(How To Close A Deal?)
Baiklah, setelah anda sudah memiliki asas itu tadi barulah kita boleh terus kepada agenda asal kita iaitu Close A Deal!
Kita Ada Janjian Perniagaan
Untuk mencapai kata sepakat dalam perjanjian itu tadi, ramai yang terlepas pandang satu perkara yang amat besar. Perkara tersebut adalah, kita seringkali memikirkan kehendak kita sahaja dan mengabaikan kehendak orang yang kita sedang berurusan.
Untuk lebih senang dan cepat Close A Deal adalah kita cuba memenuhi kehendak mereka terlebih dahulu. Jadi, bila kehendak mereka sudah terlaksana apa sahaja yang kita ingini akan lebih mudah dan cepat diuruskan seterusnya. Sifat dan naluri manusia akan lebih cepat melakukan sesuatu apabila mereka rasa dihargai dan dihormati.
Untuk lebih senang dan cepat Close A Deal adalah kita cuba memenuhi kehendak mereka terlebih dahulu.
Apa sahaja yang kita berikan akan lebih senang lagi menyenangkan. Percayalah, tips ini sudah diguna pakai sekian lama. Jika anda masih mengabaikannya, ibarat anda menafikan keberkesanannya.
Apa Paling Penting Dalam Bisnes?
Hari ini saya berkongsi bersama anda tentang satu perkara. Bisnes. Apa halangannya? Sewaktu setahun yang lepas saya melihat untuk memulakan bisnes, perkara paling penting adalah modal. Tanpa modal bagaimana bisnes dapat dijalankan. Dan hari ini saya akui modal bukanlah perkara pertama yang perlu dititikberatkan sekalipun ia perlu.
Idea
Tahukah anda hanya dengan idea anda boleh memulakan bisnes tanpa modal. Idea yang anda ada adalah peluang yang mungkin orang lain tiada. Jadi dari segi nilai idea anda mungkin sudah bernilai beribu-ribu ringgit jika berjaya dilaksanakan. Mudah bukan. Tidak semua orang menggunakan akalnya untuk berfikir dan mengintai peluang di luar sana. Cuma bantu idea anda bagaimana mekanisme untuk melaksanakannya.
Network
Pada saya selepas idea, anda perlu ada jaringan yang luas untuk perniagaan berkembang dengan cepat dan pesat. Jaringan yang besar dan berkualiti akan menambah baik idea anda yang sedia ada dan memberikan peluang lebih besar untuk dikenali. Gunakan jaringan yang anda ada.
Modal
Mmg betul modal diletakkan di tempat ke-3 sekiranya bisnes itu berlandaskan perkhidmatan..tapi bukan bagi bisnes sesuatu produk fizikal.Modal semestinya ditempat yang pertama.
Jadi saya meletakkan modal sebagai elemen ketiga dalam perniagaan kerana dengan idea dan jaringan telah memberikan anda ruang untuk memulakan perniagaan. Bagaimanapun modal juga diperlukan kerana ada sebahagian besar dalam bisnes melibatkan modal sebagai nilai komitmen. Gunakan modal dengan cara yang betul kerana ramai tidak sedar modal perniagaan bukan untuk beli aksesori diri, lebih-lebih lagi jika anda mendapat modal tersebut dari pinjaman.
Berani Mengambil Risiko
Berani mengambil risiko adalah sikap utama dalam menjadi ahli perniagaan.
Ini adalah penting juga. Kebanyakan orang cuma bergantung dengan kerja makan gaji sebab takut untuk ambil risiko. Jadi akhirnya mereka tidak dapat apa keuntungan dalam bisnes yang mereka jalankan.
Keusahawanan yang berjaya melibatkan mengambil risiko. Sekiranya anda tidak mengambil risiko, anda mungkin ingin memikirkan semula sama ada anda benar-benar nak menjalan sesuatu bisnes.
Terdapat banyak usahawan yang sanggup mengambil risiko untuk jayakan perniagaan mereka sampai menjadi satu syarikat yang besar dan dihormati oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, mengambil risiko tidak bermaksud memasuki perniagaan secara membuta tuli dan kemudian mengharapkan hasil yang baik. Mengambil risiko dalam bidang keusahawanan melibatkan perancangan yang teliti dan kerja keras.
Sikap Agresif
Sikap seseorang usahawan memainkan peranan yang penting demi kejayaan. Apabila kita melihat seseorang usahawan menjadi pemimpin dalam satu industri, kita melihat perniagaan yang dijalankan oleh beliau yang bukan sahaja ingin menang, mereka takut mereka akan gagal juga. Mereka secara agresif mengambil setiap peluang yang mereka dapat untuk memenangkan pelanggan dari pesaing mereka.
Baca juga: