Web Analytics

Bagaimana Membuat Anggaran Bajet Pertunangan

Mari kita terus masuk ke dalam topik yang saya nak berbincang bersama anda tentang bagaimana nak buat bajet pertunangan bagi pasangan yang sudah bercadang dan merancang ingin nak bertunang untuk tahun ini atau tahun depan.

Cuma bagi mereka yang sudah dekat umur dan ingin nak bertunang saja yang boleh buat bajet. Bagi mereka yang baru habis SPM nanti dulu, jangan terlalu awal pergi berkahwin pula.

Perkahwinan bajet bukan perkahwinan yang murah. Dan kesedaran kos tentang perkara-perkara dan barangan yang perlu anda belanja adalah penting! Malah terdapat beberapa selebriti juga mengadu tentang peningkatan kos untuk majlis perkahwinan mereka juga.

Jangan terkejut sekiranya anda mempunyai rakan dan saudara mara yang bertanya kepada anda bagaimana anda dapat jimatkan kos perbelanjaan atas perkahwinan selepas majlis perkahwinan anda.

Antara bajet yang ringkas yang boleh dirancangkan adalah seperti berikut:

officially engaged
officially engaged

PIHAK LELAKI

1. BAJET DULANG (ambil minimun 5)

  • Cincin merisik dan bertunang = RM 750 (saya ambil contoh dari Habib Jewels di mana harga emas yang jual di kedai itu lebih kurang RM 145/g tidak termasuk upah. berat dalam 2.3g – 2.65g)
  • Kain Pasang = RM 150
  • Kek Secret Recipe = RM 80
  • Buku/Bahan Bacaan/Al-Quran = RM 50
  • Buah-buahan = RM 20

2. BAJET MAJLIS

  • Homestay 1 malam = RM 180
  • Fotografer (shoot & burn) = RM 250
  • Minyak = RM 100
  • Tol = RM 100
    *minyak, homestay dan tol bagi mereka yang datang dari jauh

JUMLAH TOTAL ANGGARAN : RM 1,680

PIHAK PEREMPUAN

1. BAJET DULANG (ambil minium 7)

  • Kain Songket baik sikit = RM 200
  • Tali Pinggang dan Wallet = RM 150
  • Set baju dan seluar baik sikit = RM 150
  • Kek Secret Recipe = RM 80
  • Coklat sedap sikit = RM 100
  • Minyak Wangi = RM 50
  • Buku/Bahan Bacaan/Al Quran = RM 50

2. BAJET MAJLIS

  • Set baju dan shawl = RM 250
  • Bunga tangan = RM 35
  • Makan kenduri = RM 500 (tolong support family)

JUMLAH TOTAL ANGGARAN : RM 1,565

Ini cuma bajet anggaran saja berdasarkan pemerhatian kawan saya sebagai jurugambar yang membuat shooting di majlis pertunangan bagi pelanggan-pelanggannya sebelum ni.

Walaupun bajet yang disenaraikan di atas mungkin boleh jadi satu beban bagi sesetengah orang, tapi jangan anda takut sangat sebab ada bajet yang boleh anda kurangkan.

Senarai di atas cuma merupakan satu rujukan untuk anda saja. Anda boleh ikut kemampuan dan persetujuan dengan pasangan, keluarga masing-masing dan keluarkan satu bajet perkahwinan yang lebih sesuai untuk anda. Kalau pasang itu duduk dekat satu sama lain, maka dapat jimatlah kos perjalanan, kan?

Benda-benda dalam dulang tu pun pada saya tak membazir. Yang tu anda boleh bincang dengan pasangan tentang apa yang dia nak guna dalam kehidupan dia.

Jangan beli barang yang merepek-repek sebab lepas beli dengan wang yang banyak, tapi tak guna pun dalam kehidupan, maka memanglah ia jadi satu yang membazirkan sahaja.

Asingkan Keperluan dan Kemahuan

Memastikan bahawa anda mengetahui keutamaan keperluan anda. Adakah anda memerlukan hiasan yang menarik yang berharga beberapa ratus ringgit tetapi tidak akan digunakan oleh anda selepas kahwin dan akhirnya akan dibuang ke dalam tong sampah saja?

Adakah terdapat keperluan untuk bunga tambahan pada gaun anda yang akan menambahkan kos pada baju pengantin anda ? Atau pakai katering dengan menawarkan hidangan yang banyak tapi sebenarnya hidang 5 atau 6 sudah cukup untuk dimakan oleh semua tetamu?

Makanan tu pula adalah disediakan untuk raikan keluarga dan sahabat-sahabat dan ia memang diperlukan untuk apa-apa acara sahaja.

Kurangkan Pembelian Tapi Pergi Pinjam atau Sewa

Untuk menjimatkan duit yang lebih banyak dalam perkahwinan anda, dan membuat bajet pernikahan ini dengan anggaran perbelanjaan yang lebih kurang, boleh anda cuba untuk pinjam atau sewa barangan yang anda perlu untuk perkahwinan anda. Cuma barang yang tidak dapat anda pinjam atau sewa baru perlu anda beli yang baru.

Sekiranya anda tahu ada kawan dari anda yang pandai dalam design, boleh anda panggil dia tolong dalam hiasan dewan dan pelamin. Jika perlukan susunan bunga, boleh anda sertai komuniti belajar penghiasan bunga dan minta mereka membuat bunga perkahwinan bagi anda. Anda akan kagum dengan apa yang boleh anda jimat dalam merancang acara perkahwinan anda ini.

Merancang perkahwinan pada sekatan bajet tidak perlu menjadi peristiwa yang menakutkan dan tidak membuat hari perkahwinan anda kelihatan murah. Dengan perancangan dan petua di atas, hari terbaik anda boleh menjadi sama seperti perkahwinan yang mahal.

Perancangan perkahwinan bajet dengan kreativiti akan menjadikan hari pernikahan ini satu kenangan yang istimewa. Dengan menjimat sedikit wang dalam setiap aspek perkahwinan, anda akan dapat mengadakan perkahwinan anda dengan perbelanjaan wang yang kurang.

Dan dengan wang yang anda jimat tu, boleh anda pakainya atas bulan madu di mana anda dapat menikmati cuti dengan kekasih anda di sesuatu tempat yang romantis.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!