Web Analytics

Apa Yang Perlu Anda Perhatikan Semasa Beli Rumah Lelong

Kebelakangan ini terdapat ramai kawan-kawan yang banyak membuat pertanyaan dan perbincangan pasal rumah lelong. Soalan seperti macam mana nak beli rumah lelong? Adakah susah atau senang prosesnya untuk beli rumah lelong? Adakah rumah lelong biasa mempunyai keadaan yang buruk pada rumahnya? Leceh tak prosesnya untuk memperolehi rumah lelong?

rumah lelong

Bermacam Pertanyaan Yang Ada

Memang terdapat bermacam-macam pertanyaan yang ada pada orang yang minat dengan pembelian rumah dalam kategori ini. Ini merupakan antara tujuan aku tulis post ini untuk berkongsi maklumat-maklumat dan memberikan awareness juga pada golongan muda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia hartanah.

Ada kala soalan-soalan yang ditanya sudah ada dalam blog saya ni. Tapi mungkin bagi mereka yang baru dapat tahu tentang blog ini tak perasan. Kalau rajin selak-selak post dalam blog ini dan cari entri-entri yang berkaitan, pasti terdapat banyak persoalan yang akan terjawab.

Berbalik pada persoalan yang banyak ditanya oleh orang ramai tentang rumah lelong, kebanyakkannya nak orang lain yang site visit kan rumah yang di beli.

OHhh tidak, tolong lah jangan buat begitu. Jangan serahkan tugas itu kepada orang lain sama ada agent atau kekawan. Pandangan untuk semua orang adalah berbeza-beza.

Ciri-ciri Yang Mungkin Ada Pada Rumah Lelong

Walaupun kalau tanya kepada seorang yang biasa dalam bidang hartanah. Takut nanti anda akan menyesal pula selepas berjaya beli rumah lelong tu. Bagi mereka yang sudah biasa, tak kisah pun beli rumah yang tiada pintu, tiada tingkap, dan dengan cat yang berconteng-conteng.

Mari saya buatkan anda satu senarai antara kerosakan yang biasa boleh didapati dalam sebuat rumah lelong ini.

  • tombol rosak
  • pintu pecah atau tiada
  • sink sudah kena curi
  • wiring elektrik dah tiada
  • cat yang berconteng-conteng
  • pintu tandas yang takde
  • sampah bersepah-sepah
  • frame tingkap kena curi
  • bekalan air dan api tiada
  • DB box kena curi

Jadinya, bila anda berputus untuk beli rumah lelong, apa yang paling penting dan perlu diutamakan adalah mindset perlu di tune sikit. Ini adalah sebab rumah lelong tidak sama dengan rumah sub-sale. Anda tidak boleh sama kan rumah lelong dengan beli rumah sub-sale di mana kita boleh minta untuk dapat keadaan rumah yang tip top, mantap, dan meletop.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat juga rumah lelong yang boleh didapati dengan cantik, yang masih virgin iaitu belum ada orang duduk pun, atau pun yang pemilik rumah tu telah renovate rumah itu dengan cantik dan semua barangan dalam rumah itu adalah dalam keadaan yang berfungsi dan baik.

Kes Kawan Saya

Sebab itu lah anda perlu lihat dengan mata anda sendiri bagaimana keadaan rumah tersebut sebelum anda pergi beli satu rumah lelong. Jika anda bagikan tanggungjawab ini kepada orang lain, mereka tidak akan tahu mungkin terdapat apa-apa ciri yang anda tidak suka.

Dan kalau mereka rasa okay dan anda terus beli, lepas anda masuk ke dalam rumah dan lihat dengan mata sendiri, baru anda sedar bahawa terdapat ciri khusus yang anda tidak boleh terima dengan rumah itu, ia sudah terlalu lambat bagi anda membuat apa-apa lagi sebab anda sudah beli rumah itu.

Terdapat satu kes di mana ia berlaku pada kawan saya yang dia ada buat site visit untuk rumah lelong yang dia minat beli tu. Dari segi lokasi apartment tersebut memang adalah antara yang terbaik. Tetapi bangunan tu pula kurang dari segi maintenance.

Apartment itu memang ada lift, tetapi lift itu sudah lama rosak dan tidak ada mana-mana pihak yang datang untuk baiki lift itu. Jadi sekarang lift itu cuma fungsi dengan boleh naik tapi turun tak boleh.

Bayangkan macam mana penghuni yang tinggal di apartment ini nak turun nanti. Kalau beli tingkat 10, tak suka pun kena turun tangga dengan jalan kaki. Rasa pelik juga tu sebab jarang saya berpengalaman lift yang cuma boleh naik saja tapi tak boleh turun punya. Apa pun masalah pada rumah tersebut kita cuma akan dapat tahu bila kita buat site visit saja.

Nasib baik kawan saya ni ada pergi tengok apartment ini sendiri dan lepas dia tahu bahawa lift di apartment ini mempunyai masalah, akhirnya dia berputus untuk tidak beli rumah lelong itu walaupun harga yang ditawarkan agak menarik bagi dia.

Kesimpulannya, nasihat yang boleh saya beri kepada semua orang yang minat untuk beli rumah lelong adalah jangan MALAS untuk buat kunjungan ke rumah yang anda minat untuk beli itu sebelum anda membuat keputusan akhir sama ada untuk beli atau tidak.

Yang penting jangan anda serahkan tugasan ini kepada orang semata-mata. Sebab nanti risiko nya adalah anda sendiri yang tanggung. Dan jika anda salah beli satu rumah yang bukan rumah yang anda mahu, maka kesal kemudian pun sudah lewat.

Sikit Maklumat Yang Perlu Kita Tahu

Kalau ada apartment lelong, apa langkah-langkah yang perlu kita buat jika berminiat untuk beli? Walaupun rumah lelong biasanya ditawar dengan harga yang murah, tetapi memang terdapat kos tersembunyi yang patut kita tahu terlebih dahulu.

1. Adakah kos maintenance yang tertunggak yang kita kena bayar?

Ya. Maintenance kita kena bayar. Tapi sila baca POS. Ada yang bank tanggung 100%, ada sebahagian dan ada tak langsung. Kalau urusan cepat, boleh mintak bank bayarkan terus. Kalau lambat, kenalah bayar dulu dan claim kemudian.

2. Apakah late payment interest oleh buyer lama yang kita kena bayar?

Malangnya, YA. Satu fakta yang saya tak suka.

3. Jika MV melebihi RP, bolehkah kita finance ikut harga MV dan dapatkan duit yang mencukupi untuk rolling?

Financing hanya 90% dari harga yang kita dapat saja, selagi di bawah MV. Selalunya, untuk dapatkan cash, orang akan buat refinancing, tapi akan ada penalt dari lock in period. Cuba cari financier tanpa lock in period. Tak silap saya ada insurance company bagi loan tanpa lock in period, tp sy tak ingat yang mana.

4. Adakah bil air, elektrik, dan lain lain yang tertunggak oleh pemilik rumah sebelum itu perlu ditanggung oleh pembeli baru?

Ya.

Baca juga: Hendak Beli Rumah Kena Tunggu Recession?

Leave a Comment

error: Content is protected !!