Web Analytics

Apa Yang Lebih Penting Dari 99 Years Leasehold

Semua sedia tahu soalan lazim bila membeli sebuah projek baru adalah sama ada hartanah itu freehold ataupun leasehold. Atau dalam bahasa melayu biasa diterjemahkan sebagai pegangan bebas ataupun pajakan. Untuk sesuatu projek perumahan baru terutamanya di kawasan bandar, memang kebanyakan status tanah adalah ‘leasehold’.

leasehold apartment

Dengan kata lain tanah milik majlis perbandaran itu dipinjamkan kepada pemaju untuk membina rumah dan menjualkan kepada pembeli. Selain penting untung mengetahui status leasehold atau freehold, kalau tanah itu leasehold adalah lebih penting untuk kita tahu bila ‘leasehold’ itu ‘expired’. Saya terpanggil untuk buat entry ini adalah daripada komen seorang pembaca:

“Saya sudah book Sutera Apartment. Pada masa saya nak sign S&P, terkejut beruk pula saya. Sebab lease untuk apartment ini dalam brochure memangla 99, tapi expire pada 2070. Dengan lain kata, cuma tinggal lagi 60 tahun saja sebelum ia jadi expire.

Apa yang lebih teruk lagi adalah mereka jual apartment and parking berasing. Contohnya kalau harga jualan apartment itu letak RM 320,000, Apartment RM 270,000, parking RM 50,000. Gila ni macam nak menipu pembeli rumah saja. Mereka tidak ceritakan point ini semasa membuat promosi, cuma lawyer saja yang akan ceritakan. Pada masa buat promosi, memang ramai orang yang sudah nekad nak beli, maleh nak fikir panjang dan kebanyakan daripada mereka terus sign saja.

Lepas ketahui S&P ini tidak jujur sangat, saya sudah cancel dan minta refund. Bagi mereka yang ingin beli apartment itu, kenalah berhati-hati”.

Kena Tahu Bila Leasehold Hartanah itu Expired

Jadi, ia adalah perkara yang penting juga untuk kita tengok bila leasehold 99 tahun tu expired. Macam komen pembaca di atas, memang apartment yang dia nak beli itu cuma tinggal 60 tahun sebelum jadi expired, dah siap nanti tinggal 57 tahun saja.

Bilangan tahun yang tinggal juga mempengaruhi keputusan bank untuk berikan pinjaman rumah. Saya pernah baca effect leasehold tahun expired dengan tempoh pinjaman dengan bank di entry ni:

Kalau di Semenanjung ni memang sangat susah nak dapatkan loan untuk hartanah leasehold yang cuma tinggal lagi 60 tahun untuk jadi expired.

Sebagai contoh, kalau Alrajhi, bank akan service loan kalau baki pajakan tanah yang tinggal adalah 40 tahun pada tahun akhir pinjaman rumah tu.

Ini bermakna, boleh kita anggap kalau kita nak buat loan untuk 30 tahun, ini bermakna minima tempoh pajakan tanah masih ada 70 tahun (70 tahun pajakan – 30 tahun loan = 40 tahun balance pajakan).

ini bermakna kalau tempoh pajakan cuma tinggal 65 tahun, maksima loan yang bank boleh beri adalah untuk 25 tahun sahaja (65 – 25 = 40).

Tapi jumlah minima baki pajakan ini sebenarnya mungkin berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain. Jadi, anda kena pastikan kalau anda nak beli rumah tu, semak dulu bila sebenarnya leasehold tu expired.

Semak Dengan Teliti

Kalau sudah jenis kelentong tu memang bahaya. Agen pun banyak kelentong dan bukan cuma sales person, developer, banker atau lawyer saja. Bagi penyewa juga lagi ramai yang kuat kelentong, ada sesetengah yang memang jenis tak nak bayar sewa.

Cuma dalam kes macam ini biasanya developer tak tipu cuma mereka tak bising-bisingkan. Taktiknya, bila tengok flyers, tengok tarikh tamat pajakan supaya kita tahu bila leasehold untuk hartanah itu tamat?

kalau flyers itu tidak tulis, maka mungkin something fishy ada di dalam. Anda kenalah pergi tanya sales person. Biasanya mereka akan jawab dengan yang betul, tapi hanya mereka yang tanya akan sales person itu berikan jawapan. Yang tidak tanya tidak akan tahu.

Dapat Nasihat Daripada Lawyer Anda

Jika ada apa-apa yang anda tidak dapat pastikan, adalah baik untuk anda selalu rujuk untuk mendapat nasihat daripada lawyer anda. Anda perlu tahu semua perkara dengan betul-betul terlebih dahulu. Tanya setiap benda yang anda tak pasti. Jangan disebabkn kita ingin sangat nak beli rumah tu, akhirnya kita terperangkap dengan benda yang kita tidak mahu pula.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang pembeli yang bijak, adalah baik untuk anda sendiri kumpul maklumat yang anda perlukan dengan membuat pertanyaan yang banyak kepada orang-orang lain. Cari maklumat yang boleh anda dapat di internet dan pihak-pihak yang berkenaan.

Sebab kebanyakan masa developer akan buat semuanya nampak manis-manis dan perfect. Dan kadang-kadang mereka akan berpakat dengan banker dan lawyer untuk memberikan semua maklumat yang perfect untuk menarik anda dalam beli apartment itu.

Tempoh Leasehold Mungkin Dapat Renew

Teringat saya pada apartment yang dibina di 1 Petaling. pada masa pemaju launch projek ni dulu, leasehold pun sudah tinggal kurang dari 70 tahun. Tapi saya ada dengar sekarang ni developer sudah berjaya renewkan apartment itu ke 99 tahun semula.

Tapi ini juga bukan sesuatu yang boleh dikawal. Lebih baik anda buat semakan anda terlebih dahulu yang merupakan sesuatu yang lebih baik dan selamat.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!