Anda mesti selalu atau sekurang-kurangnya ada pernah dengar dengan peribahasa ini, iaitu “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Yang membawa maksud bahawa pada awal peringkat untuk sesuatu yang sedikit itu, bila dikumpul-kumpulkan buat masa yang panjang, ianya akan menjadi banyak.
Saya rasa agak inspirasi untuk menulis sesuatu yang berkenaan dengan ini bila saya pergi ke pasar yang berdekatan dengan rumah tinggal saya pada hari Ahad yang lepas. Di sana saya ada beri bahan kering dan dengan ini sahaja sudah saya belanja dengan berjumlah RM40.
Sayur kailan baru RM3, baby corn RM2.50, kacang panjang, kobis, tomato, lubak merah, capsicum, bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis, serbuk kari, cabai kering, semuanya secara individunya tak sampai RM3 pun. Tapi bila bayar dekat casher baru nampak bila semua barang ini dijumlahkan, jadi RM40 pula. Ini nampak memang banyak duit yang saya belanja atas membeli sayur-sayuran dan bahan kering ni.
Simpanan
Walaubagaimanapun, ini buat saya fikirkan bahawa ia adalah sama juga jika kita buat tabungan untuk duit kita. Kalau anda boleh buat simpanan wang sebanyak RM100 sebulan, anda akan dapat simpan RM1,200 apabila simpanan anda mencecah setahun.
Agak baik bukan? Apa lagi jika anda ambil simpanan wang anda ini untuk membuat pelaburan yang dapat memberi pulangan 5%. Dengan ini, pada hujung tahun anda akan dapat wang tambahan 5% prorated dari apa yang anda simpan.
Perbelanjaan
Begitulah juga dengan perbelanjaan. Contohnya anda ada subscribe Astro dan anda kena bayar setiap bulan dengan caj bulan RM70.
Walaupun RM70 itu nampaknya bukan duit yang banyak sangat dan anda memang mampu untuk bayarnya setiap bulan. Tapi bila dikira tahunan perbelanjaan untuk Astro, ia sudah jadi RM840 setahun. Tak ke itu namanya bukit? Tidak lagi kita kira masuk bil telefon, bil internet dan sebagainya. Bila semua ni ditambahkan, memang jadi BUKIT yang besar.
Hutang
Hutang juga tidak terkecuali malah, ia adalah lagi dasyat! Hutang jahat dan hutang yang tak diuruskan yang saya maksudkan, beli baju GAP sikit pakai kad kredit, kemudian angkat iPhone baru, swipe kad lagi, beli perfume swipe lagi, pergi shopping swipe, beli ini beli itu swipe, swipe, swipe….
Jadi, bila semua perbelanjaan ditambahkan semua sekali, baru anda sedar bahawa anda sudah banyak hutang dengan kad kredit dan anda tak mampu nak bayar untuk perbelanjaan yang anda buat ini.
Jika tak bayar hutang atas kad kredit tepat pada masa, maka anda akan kena penalti atas interest pula. Pada bulan pertama interest mungkin anda nampak tak banyak, tapi cuba tunggu sampai bulan kesepuluh, memang interest yang dikenakan sudah bukan bukit lagi tapi sudah jadi GUNUNG bhai!
Pemakanan
Ini juga adalah sama dengan lemak yang ada di perut. Sehari makan tak kawal memang tak ketara, tapi cuba setahun tak kawal? memang bukit sudah bina di perutlah!
Baca juga: