Sekarang terdapat banyak amanah saham yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia, antara yang popular termasuk ASM, ASB, ASNB dan ASN. Tetapi adakah anda tahu apa semua ni dan apa perbezaan antara satu sama lain?
Memang ramai orang yang tahu anda amanah saham wujud tetapi mereka adalah sangat keliru untuk membuat perbezaan antara amanah-amanah ini.
Jadi, di sini saya ingin jelaskan setiap amanah itu supaya anda tahu dengan perincinya tentang mereka dan perbezaan yang ada pada manah-amanah itu.
ASB
Nama penuh untuk ASB ialah Amanah Saham Bumiputra. Ia merupakan unit amanah yang mempunyai harga tetap. Ciri khas untuk amanah ini ialah ia hanya dibuka kepada pelabur bumiputra. Lain kata ialah cuma bumiputra yang layak untuk belinya sahaja. Bangsa Cina, India, dan orang asing memang tidak layak untuk beli.
ASB merupakan amanah yang ditawarkan dengan harga tetap, ini bermaksud bahawa harga dana untuk seunit adalah tetap tanpa ubah.
Jika harga yang ditawarkan oleh ASB yang anda nak beli adalah RM1 untuk satu unit, maka jika anda beli 100 unit, anda perlu bayar RM100 untuk memilikinya.
Harga unit untuk ASB ini tidak akan naik atau turun. Dengan kata lain, ia merupakan jaminan modal dari kerajaan. Jadi apabila anda melabur RM100 ke atas ASB.
Modal anda akan kekal pada RM100 kerana seperti yang saya katakan, harga seunit adalah tetap. Ia tidak akan turun naik seperti saham dalam bursa.
Sekarang di pasaran terdapat 3 jenis ASB, iaitu:
- ASB
- ASB 2
- ASB 3
Ketiga-tiga amanah ini mempunyai harga tetap pada RM1 seunit.
Pulangan keuntungan dalam sejarah untuk amanah ini adalah lebih daripada 6% setahun. Jadi, jika anda beli RM100, lepas satu tahun dana anda akan jadi RM106. Untunglah RM6.
ASM
Nama penuh untuk ASM ialah Amanah Saham Malaysia. Amanah ini juga mempunyai harga tetap. Apa yang bezanya dengan ASB ialah ASM merupakan amanah yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Jadi tidak kira sama ada anda bumiputra atau tidak, anda layak untuk melabur dalam ASM.
Kerana sifat unit amanah ini mempunyai harga tetap, maka harganya juga ditetapkan pada RM1 dan harga tidak akan turun naik.
Jadi amanah ini juga mempunyai jaminan modal. Terdapat 3 jenis unit amanah untuk ASM itu juga, iaitu:
- ASM
- ASM2
- ASM3
Berdasarkan sejarah, pulangan keuntungan untuk ASM juga selalu ada melebihi 6%.
ASN
Nama penuh untuk ASN adalah Amanah Saham Nasional. Amanah ini ada sikit berbeza dengan ASB. Ia bukan unit amanah harga tetap. Harganya boleh berubah. Ini bermaksud bila anda melabur di Amanah Saham Nasional, harga dana boleh berbeza dari hari ke hari.
Misalnya, hari ini harga ASN adalah RM1, tetapi esok mungkin boleh jadi RM1.10, atau RM0.90.
Ia adalah bergantung kepada prestasi prestasi pada aset pendasar, dan juga permintaan dan penawaran pada amanah itu. Jadi ia berfungsi lebih seperti unit amanah biasa. Amanah ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan atasnya.
Terdapat 8 amanah seperti ini ditawarkan di pasaran pada masa ini.
ASNB
Akhirnya ASNB. Nama penuhnya ialah Amanah Saham Nasional Berhad.
Ia merupakan syarikat pengurusan dana yang menguruskan semua ASB, ASM, dan ASN. Lain kata, semua amanah yang ditawarkan adalah diuruskan oleh ASNB.
Jadi, sampai sini harap anda sudah jelas mengenai semua amanah dan perbezaan antara mereka.
Secara ringkas:
- ASB merupakan dana amanah saham dengan harga tetap yang terbuka hanya untuk bumiputra.
- ASM merupakan dana amanah saham dengan harga tetap yang terbuka untuk semua rakyat Malaysia.
- ASN merupakan dana amanah saham dengan harga turun naik dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia.
- ASNB merupakan syarikat yang menguruskan ketiga-tiga dana amanah ini.
Saya mempunyai akaun ASB yang tidak aktif sejak 2014
Apa yang harus saya buat untuk aktifkannya semula?
No. Ahli : 050703658
No. Buku perlaburan : 54827230