Web Analytics

Apa Itu CCRIS dan Cara Untuk Cantikkan

Bagi anda yang pernah membuat permohonan pinjaman perumahan, adakah anda menghadapi masalah di mana pinjaman yang anda pohon itu ditolak oleh bank-bank?

Pinjaman anda tidak dapat diluluskan oleh bank adalah disebabkan oleh rekod CCRIS atau CTOS yang tidak baik.

Penolakan ini menjadikan satu halangan yang besar bagi mereka yang ingin dapatkan kelulusan pinjaman untuk beli rumah idaman mereka.

CCRIS Rekod

Apa Itu CCRIS?

CCRIS adalah akronim untuk Central Credit Reference Information system. Ia merupakan rekod yang disimpan dalam sistem Bank Negara. Rekod ini akan menyatakan semua pinjaman yang peminjam ada dengan pihak bank yang berlainan.

Ia merupakan satu pangkalan database tapi maintenance yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Maksudnya ia merupakan suatu database yang sahih.

Contohnya pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan sebagainya. Semua rekod pinjaman ini akan direkod dalam CCRIS.

Macam Mana Dapat Laporan CCRIS?

Apa yang pentingnya di antara kita yang namanya si peminjam, pastikan kita tahu bentuk laporan CCRIS itu.

Senang sangat untuk mereka yang sedar dan nak tahu. Boleh mereka pergi ke Bank Negara yang berdekatan, jika nampak ada kiosk yang tertulis CCRIS, boleh anda letakkan kad pengenalan anda di atas mesin yang disedia dalam kiosk itu. Lepas tu letakkan cap jari dan laporan CCRIS anda akan dicetak keluar.

Perkhidmatan ini adalah percuma tanpa perlu anda bayar sebarang sen pun.

Angka Besar Bukan Sesuatu Yang Baik

Bila lihat laporan anda, apa yang paling penting adalah untuk anda semak ruang di mana terdapat banyak angka-angka tertera. Selalunya kita bercerita tentang angka atau duit, mestinya lebih besar angka lebih baik, kan? Kita selalu ingat banyak duit tu bermaksud banyak angka.

Tetapi bagi laporan CCRIS adalah sebaliknya. Jika laporan CCRIS anda mempunyai banyak angka yang besar, ini bermakna laporan anda adalah kurang baik atau sangat teruk.

Dan di sini terdapat berita yang lebih terkejutkan di mana pihak PTPTN pun sudah memasukkan nama-nama bagi mereka yang membuat pinjaman PTPTN untuk pelajaran ke dalam CCRIS juga. Jadi jika anda ada hutang PTPTN dan tidak bayar tepat pada masa setiap bulan, maka rekod anda juga akan jadi buruk. Harap anda bukan salah satu daripada mereka.

Petua Untuk Cantikkan Rekod CCRIS Anda

1. Bayar Hutang Sebaik Saja Dapat Gaji

Pastikan lepas anda dapatkan gaji setiap bulan, anda ada bayar hutang-hutang pinjaman anda dengan bank dalam masa yang tepat.

Anda perlu utamakan untuk buat bayaran kepada bank terlebih dahulu sebelum anda gunakan wang gaji untuk belanja atas perkara lain.

Dengan ini, anda dapat memastikan bahawa wang gaji anda tidak dihabiskan atas perkara-perkara yang lain tanpa ada wang yang tertinggal untuk bayar apa yang anda hutang dengan pihak bank.

2. Tahu Tempoh Bayaran Untuk Setiap Hutang Anda Dengan Bank

Anda perlu tahu tempoh yang diberikan oleh bank untuk bayaran hutang, dan ia adalah baik untuk anda membuat bayaran setiap bulan sebelum tempoh hutang itu sampai masa.

Sebagai contoh, jika dateline untuk membayar hutang anda adalah jatuh pada 7 hari bulan setiap bulan, pastikan anda bayar sebelum 7 hari bulan atau pada tepat tarikh itu.

Dengan ini, anda dapat pastikan bahawa bank tidka akan rekodkan pembayaran anda sebagai bayaran lewat.

3. Sediakan Satu Akaun Khas

Anda boleh cuba untuk sediakan satu akaun khas dan masukkan wang yang anda ingin bayar hutang ke dalam akaun tersebut.

Apabila sampai masa untuk bayar hutang, boleh anda bayar dengan akaun ini. Ini bagi memastikan, anda tidak menggunakan wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar hutang tidak dipakai untuk perkara-perkara lain.

4. Dapatkan Rekod CCRIS Dari Bank Negara

Ia adalah satu amalan yang baik untuk anda pergi dapat rekod CCRIS dari Bank Negara setiap tahun untuk ketahui status anda.

Dengan ini, anda juga boleh memastikan anda tahu bagaimana pattern hutang pembayaran anda.

5. Jaga Pembayaran Hutang Yang Baik Dengan Bank

Jika anda ada rancangan untuk membeli rumah, anda perlu memastikan anda ada bayar balik hutang yang sedia ada dengan tepat masa sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum pembelian rumah anda.

Pihak bank akan memeriksa rekod CCRIS anda untuk semak sama ada anda mempunyai rekod bayaran yang baik.

Ia adalah penting di mana ia akan semak sama ada anda akan dapat kelulusan untuk membuat pinjaman untuk pembelian rumah anda atau tidak.

Ini adalah tips-tips yang saya ingin berkongsi dengan anda supaya anda dapat menjaga rekod CCRIS anda dengan baik.

Perkara ini adalah penting sebab perkara pertama yang akan disemak oleh pihak bank sebelum mereka buat keputusan untuk memberi pinjaman kepada anda atau tidak.

Bagi anak-anak muda terutamanya anak muda usia belum sampai 30 tahun anda tidah mahu ingin laporan CCRIS anda busuk atau buruk. Sebab anda masih ada banyak masa lagi untuk mengakhirkan kehidupan kewangan anda.

Bila anda memulakan kehidupan anda pada usia 30 dan mempunyai rekod CCRIS yang tidak cantik, anda akan jadi pelanggan yang tidak disuka oleh mana-mana bank pun. Jadi pastikan anda selalu jaga rekod anda dengan baik.

Leave a Comment

error: Content is protected !!