Web Analytics

Ajar Anak Membazir Dari Kecil Dengan Jamuan Hari Jadi Mewah

Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini yang membawa maksud di mana kalau kita nak mendidik anak untuk apa-apa jua amalan ataupun sikap, hendaklah kita bermula dari anak-anak pada masa mereka masih kecil lagi.

Jadi, kali ini aku nak mulakan hari aku dengan mengajak kita berfikir tentang tajuk seperti di atas dan peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya.

jamuan hari jadi

Hadiri Majlis Hari Jadi

Aku bukanlah seorang yang tidak suka majlis hari jadi. Memang aku faham kenapa hari yang istimewa ini disambut dan ia memang merupakan satu acara yang seronok untuk merayakan kepada anak kita supaya mereka dapat membesar dengan sihat. Ini juga dapat melahirkan rasa kesyukuran anak kita sudah sampai ke sesuatu tahap usia.

Walaubagaimanapun, apa yang aku tidak suka ialah majlis hari jadi yang berlebih-lebihan, dan ada semakin banyak yang memakan belanja sampai beribu-ribu ringgit. Lengkap dengan panggil badut, kek besar, party pack, hadiah yang mewah, ada hiasan dan tema, makanan dah macam majlis bertunang punya makanan.

Pada pendapat aku, memang boleh kita rayakan hari jadi tetapi eloklah dibuat secara sederhana. Kalau ada budget yang lebih, lebih baik untuk kita sedekahkan sebahagian dari budget yang kita nak guna untuk buat majlis hari jadi itu kepada surau sebagai tanda syukur kita pada Allah dan doa supaya anak kita sihat dan dapat perlindungan yang baik dari Allah.

Persaingan Antara “Peer Pressure”

Aku pun ada perhatikan bahawa semakin ramai daripada mereka yang nak adakan jamuan hari jadi ni sebenarkan bukan atas kehendakan mereka, tetapi kadang-kadang adalah disebabkan atas peer pressure. Kalau ada antara saudara mara kita yang buat satu jamuan hari jadi yang sangat mewah dan grand, lain akan ikut ekor mereka. Pada fikiran mereka, takkanlah nak buat majlis yg KOKAK untuk anak kita bukan?

Di sini, bila kita buat jamuan hari jadi yang mewah dan grand, kita secara tidak langsung menunjuk dan membudayakan anak-anak kecil kita dengan amalan pembaziran. Ingatlah, kita selaku ibu bapa tetap mempunyai pengaruh yang kuat untuk menpengaruhi sikap dan amalan anak-anak kita.

Tetamu Pun Rasa Tertekan

Bagi tetamu yang dijemput untuk menghadiri jamuan anda yang mewah itu, mereka juga akan rasa stress sangat. Terutamanya bagi keluarga yang bukan kaya sangat. Mereka perlu fikirkan apa hadiah yang perlu mereka beli untuk jamuan ini.

Takkan beli hadiah yang murah dan mungkin hadiah ini dibuka di tempat jamuan di depan orang yang ramai. Jika tahu hadiah yang murah adalah dibeli oleh kita, mesti kita rasa malu dan orang lain akan ketawa kepada kita.

Tapi jika perlu beli hadiah yang mahal, rasa tak mampu juga. Mungkin bajet untuk bulan ini akan lari dan rasa tak berbaloi saja untuk menghadiri jamuan hari jadi yang mungkin bukan satu perkara yang penting untuk kehidupan kita.

Mungkin ada orang yang akan suruh kita untuk mempunyai fikiran yang bertentangan dengan ini. Macam kawan aku yang panggi aku untuk fikirkan situasi ini di mana kalau semua orang cuma nak majlis hari jadi yang simple dan murah, atau tidak buat majlis langsung, macam mana dengan bisnes yang  berkaitan dengan hari jadi seperti kedai kek, badut, atau kedai-kedai jual hadiah dan alat mainan? Bisnes ni semua dapat rezeki melalui majlis-majlis dan acara seperti ini? Kalau budak sudah berakal memanglah suka dengan badut.

Memang tetap ada orang yang buat bisnes seperti ini tetapi kitalah yang jadi penentu macam mana kita nak belanjakan wang kita ni. Pada dasarnya jika tidak ada permintaan, barang atau perniagaan pesta ulang tahun itu tidak akan wujud di skeliling.

Ya, aku juga bersetuju. Seperti yang dinyatakan di atas, berbalik pada kemampuan atau ukur baju dibadan sendiri. Nak buat majlis memang boleh dan aku bukan cakap tidak boleh buat langsung.

Tapi kalau mampu pun, tak semestinya kita kena membuat dengan berlebih-lebih. Perlu kita tanya sendiri niat kita apa sebenarnya? Adakah kita nak tunjuk pada orang yang kita ada lebih duit untuk buat majlis atau nak gembirakan anak kita?

Asalkan Mudah dan Tidak Membazir

Jadi, nak buat bolehlah buat secara berpada-pada. Apa yang perlu dipertimbangkan adalah untuk elakkan berbelanja sampai beberapa ribu dan ke atas cuma untuk membuat satu majlis hari jadi bagi anak mereka sahaja.

Masih anda ingat waktu kita membesar, mana ada jamuan birthday seperti kanak-kanak yang menikmati hari ini. Adakah luak kasih sayang ibu bapa kita kepada kita. Adakah kita benci kita punya ibu bapa sebab mereka tidak buat birthday party untuk kita?

Pada masa aku masuk tadika dulu pun pernah juga mak ayah anjurkan jamuan hari jadi di sekolah. Cuma satu kali saja yang aku ingat. Tapi jamuan ni tidaklah sampai ada badut atau makanan yang hebat. Cuma sekadar kek yang cukup untuk budak-budak yang ada, dan sedikit makanan dan minuman ringan. Semua kanak-kanak pun rasa sangat gembira dan amat menyeronokkan.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!