Web Analytics

9 Tips Untuk Mencapai Kebebasan kewangan (financial freedom)

Setiap manusia mesti ada impian dalam hatinya untuk bebas dari segi kewangan. Bebas membeli, bebas daripada hutang, dan tidak perlu risau tentang situasi kewangan diri dan keluarga. Persoalannya; bagaimana ia boleh dicapai? Sekelip mata, ia mustahil. Tapi melalui pendekatan yang berterusan dan sedidit demi sedikit, ia tidak begitu sukar.

Di sini adalah 9 petua yang boleh digunakan untuk meuju ke arah financial freedom.

financial freedom

1. Cari sebab utama kenapa kita mahu bebas dari segi kewangan

Yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu ialah kemahuan diri. Jika kita tidak mahu, kita akan berasa malas dan amat berat melakukan sesuatu pekerjaan. Willpower ini biasanya ditentukan berdasarkan berapa bersungguhkan kita hendak kepada benda yang dicita itu.

Kalau kaya baguslah, tapi kalau hidup macam sekarang ni pun ok dah. Click To Tweet

Ini salah satu contoh yang menunjukkan kesungguhan kita belum jitu. Tidak salah berfikiran begitu sebenarnya. Kerana kaya sangat subjektif. Ada orang yang berkereta mewah dan rumah besar, tapi jumlah hutangnya juga besar. Ada orang yang rumah biasa dan kereta biasa, tapi hutangnya tiada.

Saya lebih suka menjadi yang ke dua.

Cari satu sebab dalam diri yang begitu kukuh sehingga tidak mengizinkan kita gagal dalam mencapai sesuatu hajat. Kenapa. kenapa. kenapa. The Big Why. Kenapa kita mahu kaya, bukan untuk hidup sennag. Tapi carilah satu sebab yang spesifik dan terperinci yang membolehkan kita ulang sebagai motivasi diri.

2. Buat ketetapan dalam diri setiap hari

Untuk menjadi senang, tidak berlaku secara sekelip mata. Apa yang kita ada hari ini, bermula dari mungkin sepuluh tahun dahulu. Kereta BMW yang kita pandu sekarang, adalah hasil keputusan, usaha dan cabaran yang kita hadapi bermula beberapa tahun dahulu.

“Tapi tuan, saya tak memandu BMW”

Itu kerana sepuluh tahun dahulu kita belum cukup berusaha. Mungkin sedang bergoyang kaki di mana-mana.

“Cakap berlagak, Tuhan tarik balik baru tahu”

Betul. Bila-bila masa sahaja setiap apa yang kita ada boleh ditarik balik. Yang kaya atau yang miskin. Kalau yang kaya akan jatuh miskin, yang miskin akan jadi bagaimana?

Masa yang terbaik untuk menanam pokok ialah 10 tahun dahulu.

Saya baru sedar…

Tak mengapa, masa yang kedua terbaik untuk menanam pokok ialah sekarang.

Supaya 10 tahun lagi kita tidak perlu sekali lagi memikirkan perkara seperti ini.

Pilih untuk hidup senang. Pilih untuk tidak membazir. Pilih untuk tidak berhutang. Click To Tweet

3. Pay Yourself First

Jangn lupa bayar api, bayar air, nanti kena potong. Jangan lupa bayar kereta, nanti kena tarik. Kenapa lupa bayar diri sendiri? Tak takut ke diri sendiri tak tinggal apa?

Utamakan yang susah jangan asyik fikirkan diri sendiri.

Utamakan yang susah; Setuju.

Jangan asyik fikir diri sendiri; Tak setuju.

Kita harus berfikir tentang diri sendiri selalu, sentiasa. Yang tak boleh adalah mementingkan diri sendiri dalam erti kata menyombong. Kenapa perlu fikir diri sendiri terlebih dahulu? Supaya;

Tidak menjadi orang yang perlu di tolong. Ramai rakyat Malaysia ini memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan bantuan yang terhad, biarlah mereka menikmati apa yang mereka berhak. Janganlah kita dengan sengaja menjadi orang yang perlu dibantu.

Kita lebih mudah untuk membantu orang lain sekiranya kita berupaya. Jangan setakat menjadi ornag yang tolong kutipkan derma sahaja, tapi jadilah orang yang mampu menderma.

Untuk itu, penat lelah sebulan bekerja, orang yang pertama harus dibayar ialah diri sendiri. Simpanlah 10% daripada pendapatan bulanan dan biarkan simpanan itu kekal sehingga hari tua. Kalau tak mampu rendahkan kepada 5%, kalau mewah naikkan sehingga 25%.

Kalau tak mampu juga, simpanlah 10 sen sebulan. Nanti bila dah tua dan bersara ada la lebih kurang RM 10, lepas la nak lepak kedai kopi sembang kosong.

4. Pilih sahabat dengan berhati – hati

Kalau masuk kedai minyak wangi, walaupun tak beli, sedikit sebanyak baunya lekat pada kita. Kalau berkawan dengan tahi judi, lama kelamaan kita pun minat berjudi. Kalau berkawan dengan geng multilevel lama kelamaan kita pun akan masuk jadi downline dia.

Bukan tak boleh berkawan. Berkawanlah dengan siapa sahaja, tapi biarlah memilih sahabat. Kalau kita nak handal mengaji, berkawanlah dengan ustaz-ustazah. Kalau kita nak pandai berniaga, berkawanlah dengan mereka yang berniaga. Sedikit sebanyak, ilmu mereka boleh kita pelajari.

Pilih kawan yang mampu memberi nilai tambah kepada kita. Click To Tweet

Kalau berkawan dengan orang kaya jangan mengharap dia sahaj yang belanja. Tunjukkan kita pun mampu. Setidaknya sebagai tanda terima kasih kerana memperdengarkan kepada kita ilmu-ilmu niaganya.

5 Cari idola atau mentor

Kita mungkin bermula dari zero, tapi kita tidak perlu mencuba semua benda sebelum berjaya. Ada mereka yang telah lalui apa yang baru kita ingin lalui. Pelajari kesilapan mereka, jauhinya. Selidiki kejayaan mereka, ikutinya. Mungkin cara mereka kurang sesuai, cari lagi mentor yang lain, gabungkan pula cara mereka.

Yang tak eloknya apabila orang yang sepatutnya kita jadikan mentor, kita jadikan pula dewa. Dialah seorang sahaja yang berjaya, orang lain kaya dengan menipu sahaja. Kalau bukan dari mulut mentornya ilmu itu tidak berguna. Mentor itu manusia. Ada masanya dia silap. Ada masanya dia betul.

Memang dia sekarang sudah kaya raya, tapi tidak bermakna dia berada di atas orang lain. Mentor untuk dipelajari bukan untuk diagung-agungkan.

6 Jangan kedekut untuk membayar

Terutamanya ilmu. Ada ceramah yang mahal, ada buku yang tinggi harganya, ada alat yang memerlukan sedikit kos. Jika ia kita fikirkan dapat memberikan kebaikan kepada kita, jangan berkira. Bayar dan manafaatkan sepenuhnya.

Yang tak bolehnya ialah membayar dengan membuta tuli, dan mudah percaya janji manis. Sedikit penyelidikan dan timbang tara perlu kita buat. Biar kita memilih, tapi tidak kedekut.

7. Mahirkan diri dalam satu ilmu sebelum belajar yang lain

Lompat si katak lompat, lompatlah lompat lagi…

Belajar sesuatu biar mendalam. Kita lihat orang berjaya jual tempoyak di instagram, kita pun ikut. Belumpun pulang modal kita dah bungkus. Kenapa? Sudah cuba semua caranya? Ada tak cara orang lain yang kita boleh pelajari? Buat dahulu, bagi masa pada diri untuk berjaya.

Ia tidak datang sekelip mata. Ada blogger yang empat tahun blognya tak emnghasilkan apa-apa, tapi tahun kelima rezekinya mula terbuka. Malah naik mendadak pula. Jangan berputus asa.

Fokus kepada satu, sebelum beralih kepada yang lain. Click To Tweet

8. Dapatkan sesuatu dengan kos paling minima

Kalau boleh dapatkan secara percuma lagi bagus. Dengan syarat kualitinya sama. Kebiasanyanya barang berbayar ada kelebihan berbanding yang percuma. Pertimbangkan.

Kalau mahu membeli sesuatu, bandingkan harga. Lagi besar pembelian yang ingin dilakukan, lagi lama masa yang perlu diperuntukkan untuk memilih. Jangan terburu-buru.

Satu tips untuk selalu mendapat barang percuma ialah dengan selalu memberi secara percuma. Click To Tweet

9. Tidak membeli kemewahan dengan hutang

Ada masanya keperluanpun kita terpaksa berhutang. Kerana itu kita mahu berubah dan menjadi orang yang bebas dari segi kewangan. Hidup tanpa berhutang dan tanpa meminta-minta.

Jangan membeli sesuatu dengan berhutang, kecuali terpaksa. Jangan membeli sesuatu yang bukan keperluan dengan cara berhutang.

Jika kita tak mampu untuk membelinya secara tunai, bermakna, kita tidak mampu untuk membelinya. Bersabarlah. Jangan sampai kita meminjam kesenangan masa hadapan semata-mata untuk keseronokan sementara sekarang. Setiap hutang yang kita buat ialah hak dari diri kita di masa hadapan.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!