Web Analytics

9 Teknik Pengucapan Awam Yang Terbaik

Berdiri di hadapan orang ramai dan bercakap boleh menjadi ketakutan yang luar biasa bagi kebanyakan orang.

Anda bukan satu-satunya yang akan dapat ketakutan seperti ini. Sebenarnya, Menurut kajian, terdapat kira-kira 40 peratus orang yang didapati mempunyai ketakutan yang serius untuk membuat ucapan di depan orang ramai. Hampir setiap orang mempunyai tahap ketakutan yang berlainan untuk membuat ucapan awam.

Sebenarnya persediaan sebelum berucap ini kelihatan amat mudah dan senang sahaja, tetapi jika tidak diambil berat mungkin akan terasa agak janggal sedikit juga. Ini bertujuan agar suasana tidak hambar ketika berucap di depan orang awam nanti.

pengucapan awam
pengucapan awam

Seringkali apabila menghadiri sesuatu majlis atau pertandingan yang memerlukan beberapa individu untuk berucap di atas pentas sebagai mengalu-alukan kepada para penonton, kita dapat lihat pelbagai situasi yang berlaku seperti ini:

  • Individu 1 : membawa kertas atau teks ucapan
  • Individu 2 : hanya menghafal ucapan yang dibacanya dari rumah
  • Individu 3 : berasa takut dan gugup kerana pertama kali bagi dia berucap di tempat awam

Huraian antara ketiga-tiga individu tersebut adalah:

Individu 1

Cukup membuat persediaan dan tahu apa yang sesuai untuk diucapkan olehnya. Terlebih dahulu membuat pelbagai rujukan agar dapat memenuhi sesi ucapannya di hadapan penonton.

Individu 2

Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengucapan awam. Yakin dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Mudah melontarkan kata-kata yang puitis semasa berucap dan sering mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.

Individu 3

Seorang yang pemalu dan tidak pernah berucap di khalayak ramai. Berasa kusut dan masai serta tidak membuat persiapan yang rapi untuk berucap di depan orang ramai.

Kesimpulannya, persediaan yang rapi perlu diambil kira agar suasana ucapan tidak jadi kalut. Oleh itu, saya akan tunjukkan beberapa persediaan kepada anda untuk membantu anda berucap di khalayak ramai.

Persediaan Di Dalam Teknik Pengucapan Awam

Latihan

Untuk berucap dengan lancar dan terang, latihan yang paling mudah sekali adalah berrcakap sendiri di hadapan cermin. Ia akan menambahkan keyakinan anda semasa berucap nanti.

Catat Isi-Isi Penting

Kenali sesi dan tajuk ucapan tersebut terdahulu dan buat beberapa catatan isi-isi penting yang sesuai dan olah sehingga ianya menarik.

Di sini kita lihat, buku nota memainkan peranan yang penting dalam persediaan sebelum pergi berucap di depan orang ramai. Tidak hairan jika selalu kita jumpa pengacara majlis mempunyai kertas dan buku nota semasa berucap di mana mereka mencatatkan point yang penting supaya mereka tidak terlupa sesuatu yang penting yang perlu diucapkan.

Berani

Beranikan diri anda untuk berucap. Bayangkan anda sedang bercakap dengan rakan-rakan rapat anda. Ini membolehkan anda mengawal situasi pengucapan tersebut dengan baik tanpa ketakutan.

Buang Sifat Pemalu

Jika anda pertama kali berucap di khalayak ramai khususnya, belajar cara untuk ketepikan sifat pemalu anda itu. Jangan biarkan perasaan malu menghantui anda apabila berucap.

Guna Kata Ganti Diri Yang Sesuai

Di dalam majlis-majlis formal atau pertandingan pidato misalnya, para peserta perlu bijak untuk menggunakan kata ganti diri yang sesuai contohnya seperti “Saya” yang merujuk pengucap itu sendiri, “Tuan-Tuan dan Puan-Puan” atau “Para Hadirin Sekalian” yang merujuk kepada penonton dan pendengar yang berada di dalam sesi majlis atau ucapan tersebut.

Kawal Suara

Jika ucapan anda adalah di dalam satu majlis yang formal, mungkin kawalan suara tidak penting. Tetapi jika di dalam pertandingan berpidato, kawalan suara perlu diambil kira untuk menyokong hujah-hujah anda di dalam pidato tersebut. Apa yang penting tidak terlalu lantang dan juga tidak terlalu perlahan.

Ambil Hati Penonton / Pendengar

Mungkin anda boleh selitkan cerita-cerita lucu dan sebagainya agar penonton dan pendengar tidak merasa bosan. Tetapi anda perlu ingat bahawa ia tidak terpesong dari tajuk ucapan anda itu.

Dan jika cerita lucu yang anda cakap itu tiada orang yang ketawa, jangan anda rasa segan dan tidak tahu macam mana untuk teruskan ucapan. Kadang-kadang apa yang anda rasa lucu tidak semestinya penonton juga akan rasa demikian.

Masa

Semasa berucap, mungkin anda tidak sedar masa berjalan dengan begitu pantas. Oleh itu, pastikan anda sentiasa melihat jam untuk berucap sama ada terpaksa memendekkan sesi ucapan kerana ada peserta atau beri laluan kepada slot yang lain atau sambung berucap sehingga masa yang ditetapkan.

Penutup Ucapan

Jangan terus habiskan ucapan dan kembali ke tempat duduk anda tanpa menggulung ucapan anda, ia kelihatan  tidak sopan. Jadi anda harus pandai mengambil sedikit masa untuk penutup ucapan anda itu.

Pastikan penutup tersebut adalah dari kesimpulan dari keseluruhan ucapan anda dari awal hingga akhir. Mana tahu penggulungan atau penutup ucapan anda mendapat tepukan gemuruh dari para penonton dan pendengar. Mesti seronok dan memberikan kepuasan anda di dalam pengucapan awam.

Sebagai kesimpulannya, semoga teknik-teknik pengucapan awam yang dikongsikan oleh saya ini dapat membantu anda untuk menjadi seorang pemidato yang terbaik bila anda memberikan ucapan di atas pentas dengan orang yang ramai.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!