Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi pembeli yang ingin beli rumah pertama mereka. Tetapi banyak daripada mereka sering lakukan kesilapan yang mengakibatkan mereka beli rumah dengan harga terlalu mahal, kena tipu oleh orang, atau pembelian mereka akhirnya tidak jadi tetapi mereka masih mengalami kerugian wang.
Untuk mengelakkan anda dari dilemma ini, di sini merupakan 8 kesilapan besar yang sangat-sangat biasa dilakukan oleh pembeli-pembeli yang baru beli rumah pertama kali. Harap ia dapat membantu anda berjaya membeli rumah idaman anda tanpa habiskan wang atas perkara yang tidak diperlukan.
1. Tidak Buat Semakan Tentang Nilai Pasaran
Terdapat sesetengah orang tidak periksa dengan bank berapa nilai pasaran untuk sesebuah rumah yang dia ingin beli tu. Perkara ini sering berlaku di mereka yang beli rumah sub-sale.
Ada banyak juga kawasan tuan rumah yang jual rumah mereka dengan harga yang lebih tinggi dari market value. Kenapa? Mereka mungkin hendak lindung kerugian atau nak maksimakan keuntungan.
Bank pula akan anggar harga ikut transaksi terdahulu, kawasan, jumlah penduduk, dan lain-lain facktor. Pembeli baru akan mengalami kerugian kerana terpaksa top-up duit bila bank beri pinjaman kurang dari 90% dari harga jualan.
Bukan setakat kena sediakan deposit sahaja tapi juga duit top-up. Kalau ada duit memang bukan masalah. Tapi selalunya bagi pembeli yang nak beli rumah buat kali pertama, memang mereka tidak mempunyai duit yang banyak sangat.
Jadi kenalah pinjam dari bank ibu bapa dengan minta belas simpati. Untuk transaksi yang lebih selamat, anda adalah dinasihat untuk pergi ke bank dan tanya tentang nilai pasaran di kawasan rumah yang anda minat beli sebelum membelinya.
2. Tidak Semak Pinjaman Loan Maksimum Yang Bank Akan Beri
Terdapat satu kes yang berlaku atas kawan karib saya. Dia bercita-cita untuk membeli rumah baru yang bernilai RM400,000. Dia dan suami pergi ke pejabat developer, buat booking dan letak deposit RM2,000.
Lepas tu, bila pergi buat pinjaman di bank, pejawat bank tengok gaji mereka dan beritahu bahawa syarat mereka tidak cukup untuk dapat loan RM400,000. Walaupun gabungan kedua-dua gaji kawan saya dengan suaminya pun tidak sampai permintaan bank.
Kalau ikut buku, bank hanya akan lulus pinjaman perumahan 45% dari gaji kita (monthly installment). Tapi banyak kes yang dapat 75%. Bagi kes kawan saya, pinjaman tak dapat dan deposit dia juga hangus. Dia terpaksa buat aduan di KPKT tetapi sudah satu tahun sampai sekarang pun tak ada berita lagi. Jadi apa-apa hal, baik semak terlebih dahulu maxima loan yang akan bank bagi sebelum beri deposit atas apa-apa rumah.
3. Tidak Pertimbangkan Kos-Kos Lain Semasa Membeli Rumah
Pembeli ingatkan asalkan dia ada sediakan deposit untuk bayar rumah yang ingin beli, semua sudah settle. Khalas, bak kata orang Arab. Tetapi beli rumah memang bukan macam ni Jangan lupa selain daripada harga rumah yang perlu dibayar, terdapat lagi kos-kos lain lagi. Kos-kos seperti yuran lawyer, registration elektrik, air, maintenance sebelum hand-over (ni untuk kes rumah baru), kos pasang grill, kabinet dapur, kos beli perabut, kos sewa lori masa pindah, dan lain-lain. Memang terdapat banyak kos yang perlu dipertimbangkan.
4. Tidak Semak Skor Kredit Anda Terlebih Dahulu
Laporan kredit dan skor kredit anda adalah dua bahagian yang terpenting bila anda ingin buat pinjaaman untuk beli rumah anda. Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk anda semak kedua-duanya untuk memastikan status kredit anda adalah baik.
Bank akan melihat laporan CCRIS anda bila mereka ingin tahu keadaan kredit anda. Laporan CCRIS dapat menawarkan gambaran keseluruhan tentangan situasi kewangan anda. Dengan kata lain, ia akan memberitahu pemberi pinjaman sama ada anda merupakan seorang yang boleh dipercayai dan bank boleh beri pinjaman tanpa banyak risau.
Untuk semakan markah kredit, pemberi pinjaman boleh semak atas skor CTOS anda. Jika anda mempunyai skor yang semakin tinggi, maka ia adalah semakin baik untuk anda. Dengan rujukan skor CTOS anda,pemberi pinjaman akan mengetahui sama ada anda dapat membayar hutang tepat pada waktunya atau tidak, berdasarkan rekod prestasi anda untuk pembayaran sebelumnya.
5. Tidak Dapat Buat Keputusan Sama Ada Beli Untuk Tinggal Atau Buat Pelaburan
Ini akan membuat pembeli rumah pertama kali berada dalam satu dilema ketika memilih hartanah yang sesuai kerana kriteria pelaburan dan penginapan sendiri boleh bertentangan antara satu sama lain.
Terdapat banyak pembeli rumah buat pertama kali akhirnya terjebak dengan pelaburan yang tidak menguntungkan di lokasi yang tidak baik. Mereka beli rumah itu cuma sebab mereka suka sangat dengan rumah itu sendiri saja.
Apabila rumah ini tidak dapat disewakan atau dijual, bahkan pembeli yang sanggup memaksa diri untuk tinggal di tempat-tempat ini sementara, ia tidak akan bertahan lama. Tidak lama kemudian, kebanyakan pembeli akan tidak sabar untuk menjual rumah itu. Akhirnya, mereka akan dipaksa menjual rumah mereka pada harga yang lebih murah dari harga pasaran.
6. Engan Dapat Bantuan Dari Ejen Hartanah
Sesetengah orang akan mengelakkan untuk pakai ejen hartanah bila beli rumah. Ini adalah sebab mereka tidak mahu membayar komisen ejen jika pembelian rumah itu berjaya.
Tetapi bayaran ini mempunyai nilai yang sungguh berbaloi. Sebab melalui ejen, anda akan tahu tentang kawasan kejiranan, memahami istilah undang-undang, mendapat kemahiran pemasaran yang boleh dipercayai, serta database bakal pembeli dan penjual.
Anda mungkin menghadapi risiko untuk kehilangan wang jika anda tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang beli rumah.
7. Tidak Mempunyai Strategi Keluar
Rumah boleh menjadi satu pilihan pelaburan yang baik. Tetapi jika anda menjual sebuah harta tanah yang ada harga tanpa rancangan, anda mungkin akan jualkan harta tanah dengan harga yang terlalu murah kepada orang lain.
Sekiranya anda ada rancangan pelan dan strategi keluar semasa melabur dalam harta tanah, ia akan dapat membantu anda untuk mengelakkan situasi untuk jual murah ketika tiba masanya untuk menjual harta tanah anda.
8. Tidak Upah Peguam Hartanah
Membeli hartanah melibatkan banyak wang dan ada banyak penipu yang menunggu peluang untuk menggaut rezeki dari pemilik rumah. Penipu ini boleh datang dalam apa jua bentuk, dari bankir hingga kontraktor, memang susah untuk mengenal pasti mereka.
Peguam hartanah akan melakukan semua kerja keras untuk anda. Mereka akan membantu anda mendapatkan rumah yang anda mahukan sambil memastikan anda tidak menjadi mangsa kepada penipu.
Walaupun peguam hartanah yang baik biasanya mahal, tetapi wang ini memang perlu dibelanjakan.
Ayah saya suka kata “Kita memang boleh belajar dari pengalaman, tapi belajar dari pengalaman ini selalunya menyakitkan”. Jadi bila ada ilmu, harus kita gunakan supaya tidak terperangkap di dalam masalah yang kita sudah ketahui boleh berlaku.
Baca juga: