Web Analytics

7 Petua Rahsia Yakin Berjaya

Adakah kalian ingin tahu jikalau saya kongsikan rahsia kuasa segala kuasa untuk berjaya?

believe in yourself
believe in yourself

Jawapan sebenarnya adalah sangat mudah, iaitu yakin berjaya!

Dengan kuasa ini, ramai yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Sebagai contoh, dengan kuasa yakin ini Allah memerintahkan umat Islam yakin bahawa Hari Kiamat itu ada dan akan berlaku. Maka, umat Islam yang yakin akan Berjaya di Akhirat dan yang tidak yakin pula akan gagal di sana.

Persoalan yang ingin saya utarakan di sini ialah:

Bagaimana untuk melahirkan perasaan yakin bahawa kita akan berjaya?

1. Bina Impian

Tanpa impian, kita tidak akan ke mana. Jika ingin Berjaya, kita perlu impikan, kejayaan yang bagaimana yang kita inginkan.

Berimpian tidak sama dengan angan-angan. Impian adalah sesuatu yang boleh dicapai dan angan-angan pula sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

2. Tulis Impian

Impian perlu ditulis. Jangan simpan di dalam hati. Mengeluarkan impian dalam bentuk tulisan adalah separuh daripada jalan untuk merealisasikannya. Mudah bukan?

Memang, untuk berjaya bukanlah payah. Hanya tulis sahaja impian kita di atas kertas.

3. Tampal Impian Di Tempat Bermagnet

Dimanakah tempat bermagnet dalam hidup kita?

Setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri. Apa yang dimaksudkan dengan tempat bermagnet ialah tempat yang membolehkan sesuatu idea boleh diresapkan ke dalam minda kita.

Bagi saya ada beberapa tempat yang bermagnet, antaranya:

  • Cermin yang selalu kita gunakan untuk menilik muka
  • Katil
  • Tempat beristirehat
  • Tempat belajar/kerja

Tempat-tempat ini berpotensi untuk mempengaruhi diri kita dengan baik. Jadi, tampallah impian kita di tempat-tempat ini.

4. Baca Impian Setiap Pagi Dengan Penuh Keazaman

Pastika setiap pagi apabila bangun tidur, kita membacanya. Pergi ke tempat-tempat bermagnet tersebut dan baca dengan penuh semangat dan keazaman.

Baca dengan mulut dan bukannya dengan hati. Biar telinga dan seluruh anggota badan menjadi saksi.

5. Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Doa adalah senjata orang mukmin. Dengan doa kita membina harapan dan seterusnya melahirkan rasa percaya.

Siapa lagi yang boleh menolong kita selain daripada Allah? Tiada!

Maka tadahlah doa dan mohon dengan Allah.

6. Impikan Sebelum Tidur

Ini teknik yang paling berkesan untuk memasukkan cita-cita kita ke dalam minda separuh sedar. Mengikut kajian, ketika ini paling baik untuk memasukkan sesuatu ke dalam minda separuh sedar.

Gunakan waktu keemasan ini. Berimpianlah sebelum tidur. Daripada membuang masa, berangan-angan perkara yang tiada faedah, lebih baik impikan sesuatu yang kita rancang.

7. Kongsi Dengan Orang Tersayang

Orang Berjaya selalu berpesan: Disebalik lelaki yang berjaya adanya perempuan yang hebat. Kali ini, biar kita katakana begini: Disebalik orang yang Berjaya adanya orang tersayang yang hebat. Kita perlukan seseorang untuk dikongsikan impian kita.

Dia akan menjadi pengawas kejayaan kita. Dialah penasihat dan pembantu kita di kala susah dan senang.

Tapi ingat, lagi banyak orang tersayang yang kita kongsi lagi besar impian itu menjadi kenyataan.

Bagaimana Untuk Berjaya?

Bagaimana untuk berjaya dalam hidup adalah mengetahui hasil anda. Apa yang anda ingin buat atau menghasilkan dalam hidup anda? Adakah anda mahu menjadi jutawan? Adakah anda mahu menjadi pengurus atau pengarah di sebuah syarikat besar? Adakah anda ingin mempunyai keluarga yang bahagia? Adakah anda ingin membuat pelancongan ke seluruh dunia? Mengetahui apa yang anda mahukan akan menjadi langkah pertama untuk merealisasikannya.

Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda mahu, anda perlu menghabiskan masa dan usaha untuk mengetahui bagaimana anda boleh mencapainya. Rahsia bagaimana untuk berjaya dalam hidup adalah tentang belajar dan meningkatkan kehidupan anda ke arah yang anda ingin tujukan.

Jika anda ingin menjadi pelabur hartanah, baca, menghadiri kursus, seminar dan bengkel dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam bidang ini. Ia adalah sama untuk semua bidang. Anda perlu belajar untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai industri anda.

Selepas anda tahu apa yang anda mahukan dan anda telah belajar bagaimana anda boleh mencapainya, anda mesti membuat rancangan tentang bagaimana anda boleh mencapainya.

Apa yang anda perlu lakukan dalam langkah ini ialah untuk membuat pelan tindakan harian yang membolehkan anda mengambil tindakan setiap hari. Rancangan yang baik akan membawa anda tuju ke destinasi yang anda mahu dengan cara yang lebih cepat dan lebih selamat.

Ia adalah sama seperti jika anda ingin membina rumah, anda perlu mempunyai semua pelan perumahan dan rancangan, dan kemudian apa yang perlu anda buat hanya melaksanakannya mengikut pelan yang anda ada itu.

Lepas tu, anda perlu mengambil tindakan mengikut rancangan anda. Tidak peduli betapa pintar anda atau berapa banyak pengetahuan yang anda miliki, anda tidak akan menghasilkan keputusan yang anda inginkan jika anda tidak melakukan apa-apa langsung.

Kunci sebenar bagaimana untuk berjaya dalam hidup adalah mengambil sejumlah besar tindakan yang anda boleh. Sentiasa ingat bahawa ia adalah tindakan yang menghasilkan keputusan.

Sekadar itu dahulu rahsia yakin berjaya saya. Jika bermanfaat, jangan lupa untuk kongsi dengan kawan-kawan kalian. Ayuh, kita bina kelompok orang Berjaya!

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!