Biarpun anda seorang blogger atau pelawat, anda perlu tahu bahawa blogger bukanlah guru Tatabahasa Melayu atau guru Bahasa Melayu.
Oleh itu, tidak hairanlah penulisan di blog bukan satu rujukan yang tepat bagi pelajar untuk mempelajari bahasa atau penggunaan istilah.

Sepanjang perngamatan saya, terdapat 7 kesalahan dalam artikel yang perlu diperbetulkan oleh para blogger di dalam penulisan mereka.
1. Kesalahan Tajuk
Pemilihan tajuk yang tidak sesuai boleh mencelarukan pembaca. Kesannya, pembaca tidak mendapat maksud yang kita cuba sampaikan melalui penulisan kita. Oleh itu, pemilihan tajuk yang tepat dan jelas itu penting.
Cuba baca artikel saya yang berjudul: Kepentingan pemilihan tajuk dalam penulisan. Mungkin ianya membantu kalian dalam mencari tajuk yang tepat dan bermagnet.
2. Kesalahan Fakta
Pada hari ini, segala maklumat di hujung jari. Semuanya boleh dicari oleh pengguna internet dengan mudah. Taip sahaja di google, yahoo dan enjin carian yang lain. Semuanya sudah tersedia.
Oleh itu, setiap fakta yang diambil dan dimasukkan di dalam artikel perlulah tepat dan mempunyai rujukan.
3. Kesalahan Gambar Atau Video
Gambar atau video adalah gambaran bagi keseluruhan artikel. Jika berlawanan, para pembaca tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan. Malah, gambar atau video merupakan perkara yang utama diberikan perhatian oleh para pembaca.
Terdapat beberapa website terbaik untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik. Antaranya:
Dan banyak lagi laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti ini. Dengan bantuan gambar oleh mereka, para blogger dapat menyampaikan maksud dengan lebih jelas kepada para pembaca.
4. Kesalahan Tatabahasa
Kesalahan yang biasa berlaku bagi para blogger, Namun, kelemahan seperti ini tidaklah boleh dibiarkan. Ianya perlu diatasi dengan mengambil kursus penulisan dan membuat latihan supaya penulisan kita menjadi lebih sempurna.
Walaupun ianya tidak sebesar kesalahan fakta, tetapi ianya menggambarkan jati diri kita sebagaoi blogger profesional.
5. Kesalahan Istilah
Penggunaan istilah yang salah juga sering berlaku dalam penulisan blog. Sebagai contoh, istilah idea dan ilmu. Ianya membawa erti yang berlainan walaupun saling berkaitan.
Jadi, sebagai blogger, kita perlu tahu istilah yang sesuai bagi menggambarkan situasi dan cerita yang ingin disampaikan.
6. Kesalahan Gaya Penulisan
Ramai pengunjung blog yang datang ke blog yang sama kerana tertarik dengan gaya penulisan seseorang. Mungkin, maklumat yang disampaikan itu biasa-biasa sahaja tetapi cara penceritaan itu yang membuatkan mereka terpikat untuk membaca.
Jadi, penukaran gaya penulisan bagi sesuatu blog boleh menyebabkan para pembaca akan lari. Maka, jagalah mutu gaya penulisan sendiri. Biarkan kata-kata negatif orang lain. Apa yang penting ialah pembaca kita bahagia dan gembira.
7. Kesalahan Adab Penulisan
Kes ini biasa berlaku kepada para blogger remaja yang terlebih selesa dengan pembacanya. Barangkali, pembacanya pun rata-rata daripada kalangan kawan-kawan. Banyak adab penulisan yang tidak dijaga dan diperhatikan.
8. Anda fikir pelawat peduli dengan anda sebagai seorang penulis
Anda mungkin rasa tidak selesa bila dengar orang cakap anda macam ni, tetapi ia adalah benar.
Apabila seseorang memulakan tulis satu blog, mereka berfikir bahawa pelawat akan berminat dengan apa yang ditulis oleh mereka. Tetapi itu memang bukan apa yang akan berlaku.
Ini adalah sebab apabila anda baru mula tulis blog, tiada siapa yang akan berminat dengan blog dan pengalaman anda. Apa yang pelawat lebih berminat adalah apa pengetahuan yang boleh mereka dapat dari artikel yang anda tulis itu.
Walaupun pelawat tidak benar-benar peduli sama ada anda yang menulis artikel itu, anda boleh tulis sedikit tentang keperibadian anda dalam artikel untuk membuat mereka berasa lebih selesa untuk membaca.
Bagaimana anda melakukannya adalah bergantung kepada anda. Sesetengah blogger suka bercerita lucu, ada yang suka membuat rujukan budaya, dan ada yang lain yang mempunyai cara yang kreatif juga.
9. Ulangi menekankan atas point yang penting tanpa lari tajuk
Ia adalah penting untuk anda tulis isi-isi dan kandungan anda yang sempena dengan tajuk artikel anda. Jika anda tulis dalam artikel anda dengan masukkan terlalu banyak pengalaman peribadi yang tidak berkaitan dengan tajuk artikel, maka anda sudah lari dari tajuk.
Untuk mengelakkan penulisan anda daripada keluar topik, ia adalah baik untuk anda nyatakan kembali point-point anda dalam setiap bahagian artikel.
Artikel yang baik adalah ia komited kepada mesej dan kemudian menyampaikan secara beransur-ansur. Jadi boleh anda menyatakannya beberapa kali dengan cara yang berterusan dari awal hingga akhir.
Justeru, berhati-hatilah dengan penulisan begini. Kemungkinan besar, penulisan kita dibaca oleh semua peringkat umur. Dan itu juga tujuan penulisan di alam maya iaitu untuk semua lapisan umur.
Sekadar itu dahulu untuk hari ini. Jika artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk tekan like dan share dengan kawan-kawan. Semoga Allah memberi ganjaran di atas usaha kalian.
Baca juga: