Kepada kebanyakan blogger beginner seperti saya, dapatkan berjaya mohon AdSense merupakan sesuatu perkara yang amatlah diidamkan. Tapi setelah AdSense dapat kelulusan, seterusnya apa pula yang blogger perlu buat?
1. Pemilihan Keywords a.k.a Kata Kunci
Jika kita ke forum AdSense, kita boleh melihat banyak perdebatan tentang kesan pemilihan keywords dalam blog yang menggunakan AdSense untuk menjana pendapatan.
Google, syarikat yang mengendalikan adsense mengambil pendirian tidak mendedahkan mekanisma keywords mereka. Jadi, cara yang terbaik ialah kaedah cuba jaya. Walaupun terdapat banyak perdebatan, terdapat juga beberapa perkara yang disetujui ramai.
Antara perkara penting dalam pemilihan keywords adsense ialah :
- Keywords yang berkaitan dengan niche blog anda akan menghasilkan iklan yang lebih relevan.
- Sesetengah keywords dibayar lebih mahal daripada keywords yang lain.
- Long Tail Keywords boleh menghasilkan klik yang lebih tinggi bayarannya, tetapi kadar carian bagi kata kunci ini lebih rendah berbanding kata kunci umum (general keywords).
2. Perbanyakan Isi dalam Posting di Blog
AdSense amat menitik beratkan content to ads ratio. Maksudnya, artikel atau bahan di dalam blog kita perlu lebih banyak daripada iklan yang terpapar.
Sekiranya artikel yang ditulis terlalu pendek, kemungkinan blog kita akan dicap sebagai thin content blog dan akaun AdSense kita boleh dimatikan walaupun telah diluluskan sebelumnya.
Sebagai panduan umum, artikel yang sesuai adalah melebihi 1,000 patah perkataan. Namun begitu, ramai rakan blogger yang boleh menjana pendapatan dengan AdSense hanya menggunakan posting sekadar 500 patah perkataan.
Rahsianya, mereka selalu menerbitkan artikel baharu, mungkin sehingga dua atau tiga posting sehari. Mereka juga memastikan blog dalam keadaan kemas dan mesra SEO (Search Engine Optimization).
3. Buat Iklan yang ‘sebati’ dengan blog
Salah satu kelebihan menggunakan iklan AdSense ialah kita boleh menetapkan agar iklan yang bakal terpapar di blog kita terdiri daripada warna tertentu.
Dalam pemilihan ini, pastikan tema warna bagi iklan kita sepadan dengan tema warna di blog kita. Ini bagi membolehkan pengunjung berasa iklan tersebut lebih ‘mesra’ di mata mereka.
Pemilihan ini hanya boleh dilakukan dalam menetapkan iklan AdSense dalam bentuk teks sahaja. Bagi iklan yang berbentuk gambar atau rich media (gambar beranimasi, video pendek, flash), tiada parameter untuk menetapkan warna.
4. Kedudukan Iklan AdSense dalam blog
Di mana hendak letak iklan AdSense dalam blog? Terdapat banyak pilihan sama ada di header, footer ataupun di sidebar. Malah, AdSense turut boleh diletakkan di antara isi kandungan artikel kita.
Bagi pengguna yang lebih mahir, mereka meletakkan kod AdSense dalam script yang membuatkan iklan tersebut keluar secara splash ataupun popup.
Tiada kedudukan yang benar-benar sempurna melainkan kita memcubanya sendiri dan melihat hasil melalui laporan AdSense kita. Kedudukan iklan AdSense di dalam blog amat bergantung kepada rekaan dan paparan blog tersebut.
Posisi yang sesuai bagi blog ini mungkin tidak sesuai bagi blog anda.
5. Pilihan Format AdSense Yang Sesuai untuk Blog
AdSense mempunyai pilihan saiz dan format iklan untuk digunakan oleh blogger. Saiz ini ditunjukkan dalam saiz pixel untuk memudahkan pengendali blog membuat pilihan.
Terdapat juga saiz yang dikenali sebagai responsive. Saiz bagi iklan responsive akan ditentukan oleh Google berdasarkan paparan terbaik untuk pembaca.
Antara faktor yang di ambil kira ialah peranti yang digunakan pembaca, pelayar yang digunakan pelawat dan juga saiz skrin mereka.
Selain dari saiz, pengendali blog juga boleh memilih untuk memaparkan iklan dalam format berikut:
- teks sahaja.
- gambar sahaja.
- teks atau gambar.
Pemilihan format ini juga boleh disesuaikan oleh blogger mengikut tempat tempat iklan tersebut akan dipaparkan. Sebagai contoh ramai blogger yang memilih iklan teks untuk dipaparkan dalam artikel, atau iklan bergambar untuk dipaparkan di header.
Pengalaman Itu Seorang Guru Yang Bagus
Cara terbaik dalam memahirkan diri dalam AdSense ialah melalui pengalaman, cuba dan gagal. Oleh kerana di Malaysia sudah ramai yang mahir dan mampu menjana pendapatan yang kacak menggunakan Google AdSense.
Selain menepuh sendiri pengalaman ini, pembacaan dari mereka yang sudi berkongsi pengalaman dalam AdSense juga boleh dijadikan panduan yang berguna kepada kita yang baru hendak bermula.
Baca juga: