Web Analytics

3 Kerjaya Profesional – Antara Syurga dan Neraka

ASsalamualaikum, Salam 1 Dunia, Salam 1 Malaysia.

Persoalan paling penting kepada anda:

Adakah anda suka duduk di rumah tanpa gaji masuk setiap bulan?

kerja

Konfem, majoriti orang akan kata mereka ingin hidup selesa di rumah dengan gaji sentiasa masuk selepas 30 hari.

saya juga ingin hidup selesa dengan pendapatan kerja masuk selepas empat (4) minggu.

Ada setengah orang kerja-kerja biasa sudah selesa untuk hidup.

Ada setengah orang jenis kerja yang profesional lebih baik untuk hidup.

Okay, itu tidak penting. Yang penting kita boleh hidup.
Kerja itu Ibadah

Kerja Itu Satu Ibadah Yang Wajib

Wajib disini bermaksud dituntut.

Apa sahaja kerja di dunia ini, ia merupakan ibadah seperti solat, puasa, dan melakukan perkara yang baik.

Kalau kita belajar ilmu agama sejak dari kecil lagi, Ustaz Ustazah akan berkata perkara yang baik adalah banyak dan ia terletak dalam satu (1) bab yang sama hukumnya.

Dalam Al-Quran surah Al-Qasas ayat 26, Allah telah menyatakan :

“Pekerja yang baik adalah seorang yang kuat dan amanah.”

Serius, mudah ke sebenarnya nak kerja?

Kita perlu kuat dan amanah.

Kuat maksudnya bekerja keras seperti bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.

Amanah ertinya bekerja dengan baik seperti jujur dalam setiap sudut kerja yang kita lakukan.

Bukannya apabila Ketua tempat kerja tiada, kita malas dan tidak jujur.

Ya, kita mesti rajin dan amanah.

Mana-mana manusia di dunia ini ingin kerja yang gajinya mahal dan selesa untuk berbelanja.

Ia disebabkan ekonomi sesebuah negara ada masanya naik dan ada waktunya merudum.

Di dunia nyata ini banyak pekerjaan yang jenisnya bersifat Profesional.
Pekerjaan Profesional adalah seperti bidang :

1. Perubatan
2. Perundangan
3. Penterjemah Bahasa
4. Pramugara / Pramugari Kapal Terbang
5. Penyampai Berita

Menurut laman web wikipedia.org, pekerjaan profesional bermaksud berkemampuan dan berkemahiran melakukan sesuatu kerja.

Antara pekerjaan atau kerjaya profesional yang sebenarnya sangat mudah jika berkemahiran melakukannya tetapi hukum kerjanya sangat perlu dilihat dan diteliti dengan sebaik mungkin ialah :

Satu : Bidang Perundangan – Peguam

Kerjaya ini sangat profesional. Kerjaya ini gajinya sangat lumayan jika kita dapat bawa kes berat ke mahkamah untuk diadili.

Jika sesuatu kes berat itu menang, untungnya sangat mahal.

saya pernah praktikal guaman di Mahkamah. Itu sebab saya tahu kehidupan seorang Peguam.

Kerja ini setiap kali keluar dari rumah, akan berpakaian serba hitam putih. Cara komunikasi juga sangat profesional.

Itu sebab kerja ini perlu berkemampuan dan berkemahiran untuk melakukannya.

Kerjaya peguam ini jika betul caranya, insyaAllah segala gaji yang kita dapat setiap bulan bersih dan halal.

Tetapi ..

Jika salah caranya, insyaAllah gajinya kotor dan haram.

Seperti contoh :

Seorang peguam menemui pelanggannya, selepas berunding kes yang akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan, konfem peguam itu akan meminta wang pendahuluan.

Biasanya jika seorang peguam itu amanah dengan lesen yang diberi oleh Bar Council, dia akan mengenakan bayaran dengan kadar yang sepatutnya sahaja.

Tetapi jika seorang peguam itu meminta bayaran lebih daripada yang sepatutnya, maka gaji kerjayanya itu akan kotor dan haram.

Sama-sama kita lihat okay, kerjaya ini sangat profesional.

saya juga ingin kerja di bidang ini sebab saya belajar ilmu perundangan di universiti.

Cara berkomunikasi dengan pelanggan, dengan Hakim dalam mahkamah sangat seronok sebab ada protokolnya.

Tetapi alangkah bahayanya jika kita salah guna.

Kesimpulannya, sebagai seorang Islam kita perlu fikir betul-betul untuk kerjaya ini bagi masa depan.

Kita takut makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan segala amal ibadah kita haram selama ini.

Jika kita jujur untuk serius bidang ini dan kerja dengan baik, teruskan.

Dua : Penyiaran – Penyampai Berita / Wartawan

Penyampai Berita TVModel Penyampai Berita TV Wanita Sedang Menggedik Dengan Partner-nya

Daripada Abdullah bin Amru merekodkan, Nabi Muhammad berkata :

“Sampaikan ilmu walau satu ayat.”

Hadis Rasulullah ini pendek dan mudah diingat oleh semua orang.

Apa sahaja perkataan sampaikan, sebarkan, dakwah, tazkirah dan sebagainya ia bermaksud sebarkan ilmu atau informasi kepada semua orang.

Pekerjaan ini sangat bagus. Kerjaya ini sudah jadi seperti Ustaz, Ustazah, Ulamak yang menyampaikan ilmu untuk didengar dan difahami.

Tetapi,

Kerja ini boleh jadi salah dan haram jika penyampai berita di sebuah stesen televisyen
itu tidak menutup aurat khususnya perempuan.

Bayangkan segala gaji kita untuk diri kita sendiri seperti makan minum, pakaian, rumah, kereta, anak-anak semuanya haram dan tidak bersih.

Penyampai Berita ini kerjaya profesional dan sangat diidamkan setiap orang kerana setiap
hari kita akan dilihat oleh semua orang melalui televisyen.

Tetapi jika kita sebagai perempuan menutup rambut dan dada sebaik mungkin, insyaAllah segala pendapatan kita tetap bersih dan halal.

Hal ini turut dijelaskan dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur, ayat 31 :

“Hendaklah mereka iaitu wanita wanita islam melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutup leher mereka.”

Kepada wanita Islam, anda cantik dan comel, tetapi lebih cantik jika menutup kepala (bertudung) dan menjaga aurat.

Serius, tak tipu!

Penyampai Berita TV sayaAsriStudio.comModel Penyampai Berita TV Wanita Yang Sopan Sangat

Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita – Klik Sini

Tiga : Pelancongan – Flight Steward & Stewardes

Kerjaya yang selalu terbang kesana-sini juga sangat seronok. Kerana kita akan pusing 1 dunia.

Komunikasi dalam bahasa Inggeris dengan profesional. Pakaian seragam yang kemas dan gajinya juga boleh tahan selesa untuk hidup.

Bab aurat kita tidak perlu cerita lagi, sebab sudah terangkan semuanya sebelum ini.

InsyaAllah mana-mana syarikat penerbangan akan menyediakan makanan yang bersih (halal).

Tetapi ..

Bahagian minuman. Bagaimana?

Walaupun pramugari @ pramugara ada yang tidak pegang botol arak untuk diberi kepada orang yang minta minum arak.

Ia tetap bersubahat.

Sebab apa?

Sebab walaupun ada steward @ stewardes itu tidak pegang apatah lagi menuangkan air arak ke dalam gelas.

Ia tetap berkompromi.

Maksudnya dia tetap dalam lingkungan haram.

Nabi Muhammad berkata :

“10 golongan yang dilaknat (dibenci) Allah :

“(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya,
(3) yang meminumnya, (4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

Jelas hadis Rasulullah ini mengatakan bahawa orang yang dihantar arak kepada orang lain untuk diminum juga tetap haram.

Kesimpulannya disini, bagi sesiapa yang mahu kerja sebagai pramugara @ pramugari syarikat penerbangan, beritahu kepada CEO-nya jangan bawa arak dalam kapal terbang.

Hanya sediakan minuman dan makanan yang halal (bersih) sahaja.

InsyaAllah, perjalanan penerbangan itu selamat sejahtera.

Nabi Muhammad @ Rasulullah berkata :

“Allah mengasihi setiap orang yang beriman dan berusaha untuk bekerja, dan dia sentiasa memperbaiki mutu kerjanya.”

Artikel penulisan ini ditulis untuk peringatan diri saya dan juga yang membaca artikel ini.

Apakah kerjaya anda sekarang ini?

Adakah kerjaya anda kini sedang membawa anda ke syurga atau ke neraka?

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!