Web Analytics

3 Cara Buat Duit Yang Tak Menggunakan Duit

Jika anda sudah berada di laluan yang betul, tahniah saya ucapkan! Bagi mereka yang belum lagi bermula dan mempunyai niat nak bertindak, kuatkan lagi usaha untuk bermula. Bagi yang tak buat apa-apa lagi, anda perlu bersedia untuk menekan butang kecemasan kerana masa takkan pernah kesian menunggu kita!

Baiklah, hari ini saya nak berkongsi beberapa teknik yang saya amalkan dalam mengembangkan lagi perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Insyaallah, teknik ini boleh digunapakai hampir kepada apa sahaja jenis perniagaan. Menarik kan?

partnership

Berikut adalah 3 cara yang anda boleh lakukan sekiranya tidak mempunyai modal tambahan bagi mengembangkan perniagaan anda:

Cara #1 Partnership ataupun Joint Venture

Salah satu daripada keutamaan dalam perniagaan adalah dengan mempunyai jaringan kenalan yang luas. Jika networking yang kita ada amat kecil dan tidak memberikan manfaat yang hebat kepada perniagaan kita, bermakna anda perlu lakukan sesuatu agar ianya berkualiti tinggi.

Dalam buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, saya meletakkan tajuk pertamanya Anda Adalah Siapa Kenalan Anda. Sebagai contoh, anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang rekaan dan hiasan dalaman rumah. Jika kenalan yang anda ada mempunyai perniagaan yang berasaskan sukan misalannya, ini bermakna anda menjarakkan diri untuk memgembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Sekirannya anda berusaha untuk berkenalan dengan pembekal bahan-bahan binaan seperti cat, aksesori rumah, perabot jati, gedung tekstiles, peralatan elektrik, peralatan dapur dan sebagainya, mereka berkemungkinan besar boleh dijadikan partner bisnes anda ataupun anda boleh Joint-Venture perniagaan dengan mereka kelak kerana mereka juga perlukan khidmat pereka hiasan dalaman rumah.

Ingatlah, bisnes sekarang perlukan anda mengenali networking yang lebih luas. Siapa yang anda kenal dan siapa yang kenal anda akan diambil kira.

Cara #2 Amalkan Sistem Barter

Amalan ini sudah dilaksanakan sejak berkurun lamanya. Seandainya kita tidak mempunyai modal ataupun duit yang mencukupi bagi mengembangkan perniagaan kita, apa sahaja produk ataupun perkhidmatan yang kita berikan boleh dijadikan sumber modal tanpa kita sedari.

Sebagai contoh, jika anda menjalankan perniagaan bridal, anda boleh bertukar-tukar perkhidmatan dengan pengusaha catering misalannya samada masing-masing berikan diskaun yang berpatutan bagi setiap pasangan pengantin yang inginkan perkhidmatan tersebut.

Jika bakal pelanggan bertemu dengan anda, maka anda tawarkan perkhidmatan tambahan catering manakala bagi pengusaha catering mereka akan tawarkan perkhidmatan tambahan bridal. Anda dapat menjana keuntungan tambahan dengan mendapat bakal pelanggan dari kedua-dua belah pihak untuk satu jangka masa yang panjang. Kedua-dua berada dalam situasi menang-menang!

Anda tak perlukan modal tambahan yang besar bagi menguruskan catering tersebut dan pengusaha catering hanya tumpukan perhatian dengan membuat masakan yang terbaik manakala anda sediakan pakaian yang cantik-cantik keluaran bridal anda!

Cara #3 Gunakan Khidmat Dropship @ Consignment

Kebelakangan ini, salah satu perniagaan yang saya perhatikan mampu menjana duit tanpa perlu kita keluarkan sebarang modal adalah sistem dropship ataupun consignment. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mencari bakal pelanggan dan dapatkan tempahan awal daripada mereka. Bila mereka sudah membuat bayaran, pihak pembekal akan menghantar barangan kepada pembeli itu tadi.

Sebagai contoh, anda ingin menjadi pengedar tudung yang terkemuka. Apa yang perlu anda lakukan adalah berjumpa dengan pembekal tudung dan pilih fesyen yang menjadi pilihan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Biasanya para pembekal tidak keberatan untuk berikan sample terlebih dahulu kepada anda. Jadikan ini sebagai modal awal anda dan dapatkan tempahan sebanyak mungkin.

Gunakan medium pemasaran Facebook misalannya dan lakukan promosi yang berhemah. Setelah tempahan dan bayaran diterima, terus hubungi pihak pembekal bagi urusan penghantaran. Anda hanya perlu gunakan masa bagi menjana lebih banyak duit.

Gunakan modal awal daripada sample yang diberikan oleh pengedar. Anda langsung tidak keluarkan duit untuk buat duit yang seterusnya!

Semoga apa yang dikongsikan dapat diadaptasikan mengikut kesesuaian perniagaan anda. Pilih salah satu daripada di atas dan terus bertindak!

Baca juga: Pengalaman Dengan Pergi Join MLM

Leave a Comment

error: Content is protected !!