Web Analytics

10 Rezeki Allah Bagi dan Cara Mensyukurinya

Adakah anda selalu bimbang tentang wang? Adakah anda sedang menghadapi pengangguran dan duit tidak cukup untuk menyarakan hidup harian? Adakah anda dalam kecemasan memerlukan wang untuk selesaikan sesuatu pekara?

Memang betul kata orang bahawa rezeki itu rahsia Allah swt. Cuma Dia yang berhak nak menentukan siapa orang yang akan terima, bila akan dapat,amaun yang dia boleh dapat, dan dalam bentuk apa? Biasanya, rezeki Allah diberikan kepada makhluknya secara tidak terduga.

rezeki allah bagi

Sekiranya anda berada dalam keadaan sedemikian, perlu anda doa kepada Allah dengan ikhlas supaya doa anda dapat disampaikan dan didengar.Kita perlu yakin dengan rezeki Allah sebab tiada seseorang yang akan diabaikan asalkan dia tidak putus asa dan berusaha seterusnya. Allah akan nampak dan rezeki akan diberikan dalam pelbagai bentuk.

Rezeki Allah dalam bahasa Arab disebut al-Rizq(in english is called sustenance of Allah),

Sebagai umat Islam yang ikhlas, kita perlu yakin bahawa rezeki Allah tak pernah salah alamat. Apabila kita dalam kesusah yang memerlukan wang untuk kecemasan, Allah tetap adalah sediakan untuk bantu kita tidak kisah kita ada di mana-mana.

Perlu kita fahami bahawa setiap aturan rezeki bukan hak kita manusia, tetapi ia adalah hak milik Allah. Semua rezeki adalah dari Allah, bukan dari manusia. Kita cuma perlu berusaha dan rezeki Allah yang atur dan dijanjikan ini akan didapati suatu hari.

Di sini adalah Quotes rezeki Al Quran dalam surah Yunus ayat 107 yang bermaksud:

yakin dengan rezeki allah

Boleh anda baca quran dengan hati yang ikhlas supaya rezeki boleh datang dengan lebih cepat.

rezeki allah

Jenis-Jenis Rezeki

1. Jaminan Rezeki Yang Sudah Ditentukan

Jika anda rasa anda seorang yang tidak bertuah dan tidak dijaga oleh Allah, sebenarnya anda sudah salah. Allah pada mulanya sudah menjamin dan mengurnia rezeki yang berbeza untuk semua orang. Apa yang perlu anda buat adalah bekerja kuat, berusaha dengan bersungguh-sungguh, dan penuh yakin dengan Yang Maha Kuasa. Rezeki akan sampai pada bila-bila masa sahaja.

2. Rezeki Yang Tidak Terduga

Ia bukan tugas kita untuk tunggu rezeki datang setiap hari. Rezeki itu rahsia Allah dan ia akan datang kepada anda dengan tidak terduga. Tidak kira macam mana kita menghadapi masalah hidup, pasti Allah ada sediakan jalan untuk.keluar. Kita cuma perlu buat apa yang kita boleh dengan sedaya upaya..

3. Rezeki Kerana Istighfar

Kebanyakan orang biasanya sering leka dan lalai. Perlulah mereka perbanyakkan istihgfar dan mengingati Allah. Dia akan membuka pintu rezeki dengan luas untuk semua orang.

4. Rezeki Kerana Sedekah

Kita perlu selalu sedia untuk bersedekah bagi mereka yang perlukan. Boleh anda sedekah ikut kemampuan anda. Sedekah merupakan satu kelakuan yang penting dan ia dapat menawarkan kemiskinan dengan berkesan. Sekiranya anda selalu bersedekah, Allah akan lihat pada mataNya dan rezeki anda akan diperluaskan dengan lipat-ganda.

5. Rezeki Makanan

Anda perlu rasa bersyukur dengan rezeki makanan yang diberikan oleh Allah. Cara mensyukuri rezeki anda itu adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah untuk menyampaikan kesyukuran. Anda perlu habiskan makanan yang anda perolehi. Jika tidak dapat habiskan, boleh anda membahagikan makanan kepada orang miskin.

6. Rezeki Kekayaan

Anda perlu rasa bersyukur dengan pemberian kekayaan dan harta benda yang anda terima dari Allah. Anda boleh mengucapkan Alhamdulillah untuk menyampaikan kesyukuran dan berkongsi kekayaan anda ini dengan orang miskin.

7. Rezeki Anak

Ketentuan untuk keturunan rezeki Allah bila isteri hamil dan lahirkan anak. Contohnya, sepasang suami isteri dapatkan anak yang sihat selepas kahwin. Suami dan isteri perlu rasa bersyukur dan mereka perlu mengasihi anak mereka. Allah juga akan cukupkan rezeki setelah menikah bagi semua pasangan.

8. Rezeki Kejayaan

Rasa syukur dengan rezeki kejayaan yang diberikan dari Allah. Mengucapkan alhamdulillah dan menjalankan tugas dari kejayaan itu dengan baik.

9. Rezeki Kecerdasan

Rezeki kecerdasan yang diberikan dari Allah yang membolehkan anda hidup dengan pintar. Harus anda ucapkan alhamdulillah dan menggunakan kecerdasan itu sebaik mungkin.

10. Rezeki Kecantikan

Pemberian kecantikan dari Allah dapat bersyukur dengan mengucapkan alhamdulillah. Anda perlu menjaga kecantikan itu dengan perasaan kasih sayang selalu.

Rezeki Allah Bertebaran di Muka Bumi

Dalam al Quran, ia mempunyai 2 maksud. Maksud pertama merupakan kurniaan Allah dan cari rezeki.

betebaran

Maksud kedua adalah bermusafir mencari iktibar dan pengajaran tanda kebesaran Allah di alam maya ini.

bertebaran di muka bumi

Setelah anda dapat merasakan dan menghagai apa yang anda perolehi, anda akan menjadi lebih bersyukur kepada semua yang anda ada. Anda akan rasa gembira dan tenang hati selalu dan kehidupan anda juga akan jadi semakin baik dan bahagia.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!