Overnight di Kasih Sayang Resort, Bukit Kokol #MyTravelAdventure

10:07 PM


Salam.. 




hai koranggg!
 actually ni cerita 2 bulan lepas..dah lama terperam gambar di laptop, tak sempat nak edit dan buat entri.. 
kebetulan Traveloka ada anjurkan contest mengenai local travel story di Malaysia, terus aku teruja nak join..
cumanya lambat join sebab aku baru je lepas discaj daripada wad, jadi tak berkesempatan nak karang ayat..


----


Kami bermalam di Kasih Sayang Resort yang terletak di Bukit Kokol..
Tahu tak Bukit Kokol tu di mana? Ianya terletak berdekatan dengan Menggatal, lebih kurang 45-60 minit dari KK..
Bukit Kokol ni terkenal kerana di sini kita dapat melihat pemandangan sekitar bandaraya KK yang cantik especially bila sunrise/sunset..
Sebelum ni aku pernah sekali melihat sunset di Kokol Hill Resort, cantik sangat.. masa tu datang naik tengok sunset dan terus balik..

bezanya, kali ni kami pilih untuk bermalam di Kasih Sayang Resort..
Kami ke sini bertiga sahaja (aku, Atim dan Ira)..sengaja plan nak bermalam di sini kebetulan kami cuti weekend sama sama..
susah kami bertiga nak dapat cuti weekend serentak sebab ada yang kena oncall la pasif la di hujung minggu..

Tempat ni aku dah book siap-siap beberapa hari sebelum tu..
Proses booking pon cepat je..

kami drive ke sini daripada KK, sampai lebih kurang dalam pukul 5 petang.. sebelum naik ke Bukit Kokol, kami sempat tapau dinner + jajan untuk makan di sini..


 reception counter..


sampai di Kasih Sayang Resort kami terus check in dah masuk bilik..
Kami request extra bed sebab bilik yang kami pilih ni hanya untuk 2 orang sahaja..
Disebabkan kami bertiga je, lebih bagus duduk satu bilik.. nanti kesunyian pulak kalau berseorangan dalam satu bilik.


jalan menuju ke bilik yang kami tempah..







staff mereka sibuk menyediakan satu lagi katil..
kena tambah RM40 untuk extra bed ni (termasuk breakfast)..



dah siap! ada 3 katil yang selesa..



 antara kemudahan yang disediakan di sini..
lengkap kesemuanyaaa tau..



 
dan yang paling penting sekaliii..
toilet yang bersih + selesa+ lengkap..






pemandangan dari bilik kami.. plan nak tengok sunset.. tapi rezeki kurang baik, hari hujan..jadi cuaca mendung 😢..





lupa nak bagitau..
setiap bilik ada balkoni yang disediakan lengkap dengan kerusi dan meja..
boleh fefeeling kat sini..




malammnya, kami dinner di balkoni sini lah..
bertambah sedap lagi sambil tengok pemandangan dan sembang menyembang..hehe

after dinner, kami tak ada plan apa-apa..berehat rehat kemudian tidur.. cuaca sejuk tapi best sebab selimut pon tebal.. lena kami tidur malam tu..
Alhamdulillah..




 keesokannya, bangun pagi dah solat siap semua..kami naik ke tempat breakfast..
kena bawak baucer breakfast tau..


baucer breakfast.. boleh pilih menu yang tertera di atas..


kami orang pertama yang datang untuk breakfast di sini..
jadi kami ambil peluang pusing pusing kawasan sekitar resort ni..


 kawasan luar restoran Kasih Sayang Resort..
kerusi masih basah sebab hujan malam tadi..


 
 sempat posing juga..mintak tolong staff sana ambilkan sementara tunggu breakfast siap..



kawasan sekitar restoran..



 ada arnab juga di sini..
comel je arnab dia..tak banyak sangat dalam 5-7 ekor tak salah aku..


 pemandangan dari restoran..boleh nampak bilik kami dari sini..



 arnab lagi..


 tak lama menunggu, breakfast pon dah siap..
yeayy boleh makan!


American Breakfast kot - Ira punya



Nasi Lemak Special - aku punya



Omelette and Pancakes - Atim punyaaa..


aku suka kesemua makanan di atas..sedappp semuanya tau..
maybe next time datang just untuk breakfast kat sini je..haha





sebelum balik, kami sempat claim welcome drink terlebih dahulu..hampir terlupa dah tau..
kalau tak, melepas lahhh..

mint ice lemon tea kot..
lupa dah😅


Rate semalam di Kasih Sayang Resort, Bukit Kokol


haa, sekarang mari aku cerita pula di mana aku book resort ni..
semestinya Traveloka (https://www.traveloka.com/en-my)..
sebab ada diskaun tau..



 Bila book di Traveloka, dapat jimat sehingga RM40 tau!
sangat berbaloi tau..


---------------


korang nak join contest ni juga? Jomlah..tapi malam ni last day dah..entri last minit ni..



#TravelokaMY   #MYTravelAdventure




You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. Menarik juga yer bukit kokol nie.. back to nature juga..suka..:p btw good luck juga k..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..