Travelog Perth 2017 | Day 1 - 01 : Pinnacles

11:06 AM


Salam..




Cerita hari pertama di Perth..
Bermula dari KK-KL-Perth.

Aku bergerak dari KK ke KL pada pukul 6 petang (27 Mac 2017).. sampai di KLIA dalam pukul 9malam.. Aku naik Malindo Air dari KK-KL..Sampai je KLIA terus naik KLIA Transit untuk ke KLIA2 pulak..

 tiket KLIA Transit.. RM 2 juga lah..


Flight ke Perth dari KL naik Air Asia..
Flight kami ke Perth dalam pukul 12.05 pagi..Nasib baik ada gap 3 jam..sempat la juga, tak rush sangat.. Pergi kami tak drop luggage dalam kargo..bawak naik kabin flight je..Aku bawak backpack je ke sini.. Backpack yang aku beli masa di Vietnam dulu..

Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 6 jam..
sebelum bergerak tu macam ada hujan rintik rintik..atau embun pagi mungkin...
lupa dah..😅


 gambar sebelum berlepas di KLIA2..



muka penat actually tapi excited sebab akan ke Perth 😁

Kami sampai di Perth dalam pukul 6pagi..Lepas turun flight terus ke kaunter imigresen.. Di sini just check passport je.. Tak perlu beratur panjang sebab boleh pergi 2 orang sekaligus.. Kalau datang dalam 10 orang pun, boleh pergi sekali, so tak payah la beratur lama lama tunggu turn sorang sorang.. Selesai urusan di kaunter imigresen, kena check di kastam pula.. Ada anjing penghidu beg masa tu.. Cuak dah aku, takut tersangkut mana mana ke.. Padahal aku memang tak bawa apa apa barang pun dari Malaysia (aku bawak maggi kari je satu paket).. 
Mulanya, kami disuruh letak beg ke bawah.. Then anjing tu datang dekat dekat beg dan hidu beg tu.. Nasib baik tak sentuh beg kami.. Risau jugak lah.. Kami pun dia tak hidu dekat dekat.. Alhamdulillah, lepas check kastam tanpa sebarang masalah.. 
Part ni aku agak risau juga sebenarnya, sebab ramai yang cakap boleh sangkut.. Tu la yang aku tak bawak apa apa pon makanan dari Malaysia..  



gambar sekitar Perth airport..




Selesai urusan tersebut, kami terus pergi toilet dan solat di surau yang ada di airport.
Kami tak mandi pun, just cuci muka, gosok gigi bagai..  kemudian kami tunggu kak azlin untuk datang ambil kami dan bawa ke Pinnacles..

Masa ni memang sangat mengantuk, sebab penat sangat.. Jimah dah lah postcall semalam tu dan aku pula baru je lepas habis bawa mak dan akak aku jalan jalan sabah 3 hari sebelum tu.. Memang penatnya masih bersisa lah.. 



 Signboard surau..Ada gambar orang tengok duduk berdoa..


 Pandangan di hadapan surau.. 
Surau ni campur lelaki dan perempuan.. Jadi kena make sure tak ada orang lelaki then baru masuk solat.. Kena take turn la orang cakap.. Telekung macam tak ada, aku tak perasan pula sebab aku guna telekung sendiri..


oh ya.. kami singgah juga kedai simkad untuk beli simkad sebab nak guna internet..



Kedai Optus simcard.. Yang signboard warna biru/hijau tu..


Kami pilih pakej 2 aud sehari, jadi 10 aud untuk 5 hari.. sehari dalam 200 MB internet..
cukup lah untuk google maklumat..


 satu simcard je kami beli..nak jimat kan..hehe..


sementara menunggu, kami keluar airport jap untuk bergambar..suhu sangat sejuk waktu ni..menggeletar juga lah aku..



Kak Azlin sampai dalam pukul 7.50 pagi.. Kami terus bergerak ke Pinnacles selepas tu..dalam kereta kami sempat makan bfast yang disediakan Kak Azlin. Mee goreng.. Aku makan sampai habis sebab lapar sangat..Alhamdulillah, kenyang..Perjalanan ke Pinnacles lebih kurang 2 jam juga lah..
Dalam pukul 10 pagi kami sampai di Pinnacles.. Mulanya kami pergi ke gallery dahulu then baru tengok limestone..







dalam galeri, memaparkan kawasan sekitar limestone dan haiwan yang ada di sini (kalau tak salah aku)
Aku tak baca sangat pun, just ambil gambar je lol..



















dalam galeri ni juga ada kedai souvenir.. aku tak beli pun, just tengok aje..harga boleh tahan la dalam Aud kan..cuci mata jelah..

kami kat sini tak sampai setengah jam..
kemudian teruskan perjalanan untuk melihat the real limestone atau batu kapur dalam bahasa kita..
kami menaiki kereta untuk ke sini kerana jaraknya agak jauh juga..
kalau berjalan kaki memang tak sanggup rasanya..



 batu kapur yang pelbagai saiz dan bentuk..
unik sangat..


 nampak tak batu batu kecil bersusun tu?
tu laluan untuk kenderaan..


panas terik cuaca masa ni ni.. Tapi kepanasan dia tak terasa sangat sebab suhu agak sejuk masa ni..
sedap je berjemur tengah panas..balik malaysia terus muka 'sunburn'.
 







besar batu kapur ni..
 









elok je kereta parking kat situ..
 

 with Jimah..



dah puas bergambar di limestone area, kami singgah kat satu tempat lagi..
aku tak ingat la apa nama tempat ni...
dia macam tempat untuk bergambar juga..
dari sini korang boleh nampak laut di sebelah sana, limestone pula di sebelah lagi..
aku tak ambil pula gambar kat sini sebab ramai sangat orang..
 


just ambil gambar berlatar belakangkan limestone je..

ok lah, itu sahaja cerita aku di Pinnacles..
selepas ni ke mana pula?
haa tunggu next entri ok..


k bye!









You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. Patutlah nama dia pnnacle ya
    .
    Sebab banyak batu yang bentuk pinnacle ada kat padang pasir tu
    .
    Syoknya Allah bagi rezeki lebih

    ReplyDelete
  2. Dalam byk2 tmpt kt WA hari tu...Pinaccles n Lancelin yg x sempat nk cover sbb terlepas flight hr tu..so rugi 1 hari hari tu

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..