Day Trip ke Tenom - Taman Pertanian Tenom

5:01 PM


Salam.. 


Entri berkaitan jalan jalan di Sabah lagi..
Bulan lepas, aku dan 2 orang kawan aku ke Keningau dan Tenom..
Sepanjang aku di Sabah, belum sampai lagi aku ke daerah ni..
Jarak dari KK ke Tenom agak jauh juga lak, memakan masa lebih kurang 2 jam setengah hingga 3 jam perjalanan bergantung pada jalan yang digunakan..
ada beberapa cara untuk sampai ke Tenom.. boleh melalui jalan Beaufort- Tenom ataupun Keningau Tenom.. 

Kami ikut melalui jalan ke Keningau.. Melalui Banjaran Crocker..sangat mencabar jalan tu..lagi mencabar daripada jalan ke Kundasang..

Kami bergerak dari KK dalam pukul 12 tengahari..sampai di Keningau 1.30pm..
terus singgah kedai makan sebab perut kelaparan..

Nasi goreng lalap (lupa dah nama kedai yang aku makan ni)


Dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Tenom..

Singgah sekejap dekat jambatan otw ke Taman Pertanian Tenom..
berhenti ambil gambar je sebab pemandangan cantik..



Kami sampai di Taman Pertanian Tenom dalam pukul 3pm..
tak ramai orang masa ni..macam kami saja di sini..haha



Luas kawasan Taman Pertanian Tenom ni..



Sebelum masuk, kena beli tiket dulu..
kami ingatkan free je..lol..
jadi alang-alang dah sampai kami masuk juga lah..
harga seperti tertera di atas..
kami kena bayar RM10 seorang untuk masuk ke sini..


berbaloi tak? hmmmm..


Pintu masuk ke Taman Pertanian Tenom


Tempat ni agak besar juga..
Pelbagai jenis tanaman/bunga yang ada di sini..




Kami masuk ke kawasan tanaman bunga- bungaan dulu..



Cantik..







Aku lupa sudah nama pokok ni..
tapi masa kecik kecik dulu ada di kawasan rumah aku.
selalu ambil bunga dia dan sedut air dalam tu..


kawasan bunga LILI


Bunga Raya..pelbagai jenis warna bunga raya yang ada..












 bunga kaktus pon ada..
Pelbagai jenis bentuk..siap ada kaktus yang berbunga lagi..


dah puas berjalan di kawasan tanaman bunga, kami ke bahagian haiwan pula..
kawasan haiwan kena masuk dalam lagi, kena berjalan dalam 5-10minit..

Tasik pon ada juga..
kena melalui kawasan tasik ni untuk ke bahagian haiwan..



Antara haiwan yang ada di sini..
kawasan ni macam kurang terjaga sikit aku rasa..

overall, ok lah...
masuk untuk sekali je lah..haha

balik tu ingat nak singgah minum kopi yang famous kat Tenom ni  --> Kopi Fatt Choi tak salah aku..
tapi sebab dah hampir pukul 5petang, kedai dah tutup..
kecewa tak dapat cuba kopi Tenom..untuk pengetahuan korang Tenom merupakan kawasan pengeluar kopi di Sabah tau..


k lah bye!





You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. berseleranya tngok nasi goreng lalap tu. busyra ingat ayam penyert td.. hehe. sbb sambal dia tu sedapnyaa tngok!

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..