Weekend Gateaway : Kundasang Feb 2017

5:44 PM


 Salam..

Dalam entri sebelum ni aku ada cakap nak ke satu tempat ni.
Haa. Tempatnya ialah Kundasang!!

kundasang lagi??? kata Kak Aj, housemate aku..haha

Hampir 2 bulan sekali aku ke sini, sebab dekat sangat dengan KK.. Cuma mengambil masa 1jam setengah hingga ke 2 jam sahaja bergantung pada trafik di Tuaran.. Kalau tak jam, lagi cepat sampai..

Kali ni aku bergerak ke sana pada malam hari jumaat lebih kurang pukul 9.30 malam.. Asalnya nak gerak selepas habis kerja (pukul 5) dengan Ira.. Tapi tak jadi sebab Ira cover ward dan tiba tiba ada big boss nak round.. So aku tunggu ira habis round dulu, then makan dulu..
Lepas makan baru gerak ke sana..Kalau tak makan siap siap, nanti kebuluran la kami..kedai makan kat Kundasang tutup awal..

Aku plan untuk bergerak terus dari hospital sebab lagi dekat berbanding aku balik dulu baru gerak semula.. Kami dah siap pack barang pagi jumaat sebelum ke tempat kerja sebab nak jimat masa .. Tak sangka pulak apa yang dirancang tak menjadi.. Lambat juga kami gerak sebenarnya..

Alhamdulillah, jalan tak jam dan aku dapat bawa dengan smooth je.. 
Sampai di Kundasang dalam pukul 11 malam..

Kami menginap di The Cottage Hotel, Kundasang.. Ni aku buat entri lain nanti ye..
Ira dah book hari khamis tu lagi.. Kami book siap siap sebab takut sampai lewat malam nanti hotel dah fully booked.. 

Check in je hotel, terus tidur.. Cuaca sejuk sangat.. Staff hotel cakap suhu 16 degree je.. Hari sebelum tu 11 degree, lagi sejuk.. 
Bila dah sejuk lagi lah senang tidur tambahan pula dengan penat kerja seminggu non stop. Huhu..

esoknya, bangun lambat dan tak sempat tengok sunset pon..
kecewaaaaa...

so, aku just share short itinerary di sini ye..






Kundasang Feb 2017

10 Feb 2017
9.30pm: Bertolak ke Kundasang
11pm: Sampai di Kundasang, check-in The Cottage Hotel (RM157/2 person)

11 Feb 2017
9am: Breakfast di The Cottage Hotel
10am: Ke Desa Dairy Farm Kundasang (RM5 entrance fee + susu ~RM15 + aiskrim yogurt RM5.30).
1120am : Balik semula ke hotel. Badan rasa penat + cuaca sejuk jadi sambung tidur semula
2pm: Check out hotel
2.15pm: Solat jamak di Masjid Kundasang
2.45pm: Lunch di kedai makan di Pekan Kundasang. (~RM10)
3.15pm: Sampai di Arnab Village Ranau (RM3)
4.30pm: Shopping sayur di Pekan Kundasang (RM5)
5pm: bergerak balik ke KK

Duit minyak kereta :~ RM70 return

Total ke Kundasang Feb 2017 :~ RM140 seorang


murah je kan? haha..kalau tak overnight lagi murah sebenarnya..
tapi nak rasa juga perasaan overnight di Kundasang sekali sekala..


k lah bye!



You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. Banyak komen cakap Kundasang lokasi tercantik di Sabah... Betul ke? kalau nampak gambar kat atas tu macam kat luar negara je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. susah nak ckp tu..sbb byk tmpt yg cantik di sabah ni..kundasang salah satu daripadanya..

      Delete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..