Review Surga Yang Tak Dirindukan 2

7:21 PM

 
Salam.. 

First time aku tengok movie Indonesia di cinema..
aku tak layan sangat cerita Indonesia ni..kecik kecik dulu tu selalu la..
semalam tetiba rasa macam nak tengok cerita Surga Yang Tak Dirindukan 2..
Kebetulan aku dan Kak Aj memang plan nak makan kat imago jadi kami tengok movie la alang alang tu..


Kami tengok tayangan pukul 8.15 malam, beli tiket pada pukul 7 malam..ada lagi 3 seat je yang available..ramai juga yang nak tengok movie ni rupanya..




SINOPSIS Surga Yang Tak Dirindukan 2

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini. Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.


REVIEW

-walaupun tak tengok part yang pertama, aku dapat faham jugak la jalan cerita ni..jadi tak ada masalah kalau yang tak tengok part 1 tapi terus tengok part 2.
-jalan cerita dia sebiji macam sinopsis di atas, cuma part last dia SEDIH T_T
-Tak bosan tengok sebab ada part lawak, sedih, serius dan happy
-suka tengok Meirose sebab sweet je muka dia ^^


rating aku : 4.5/5 *

kalau korang belum tengok, aku recommend korang untuk tengok..





You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..