JJS : Pulau Mantanani (day trip)

9:30 AM


Salam..


--cerita bulan bulan lepas, baru nak update sekarang haha--

Akhirnyaaaaa.. Dapat juga jejakkan kaki ke satu lagi pulau yang cantik di Sabah iaitu Pulau Mantanani aka Mermaid Island..Alhamdulillah..



Kami pergi balik saja, tak stay di sana sebab tak cukup masa.. Memang plan secara tiba tiba (malam sebelum pergi).. Kebetulan aku masih belum start kerja (moship) dan Atim & Ira pun off day hari tu.. Jadi terlintas kat fikiran nak pergi somewhere.. Aku dah bosan juga asyik pergi ke Kundasang dan Kudat.. Jadi terfikir pasal Pulau Mantanani ni, terus jadi nak pergi..

Pagi tu, kami bergerak selepas subuh (6 pagi) dan sampai di Kota Belud dalam 7 pagi.. Perjalanan dari KK ke Kota Belud tak sampai 2 jam.. Kalau tak ada jem lagi la cepat sampai..

Dah sampai sana, kami mencari jeti untuk ke Pulau Mantanani.. Mulanya sesat tapi kami bertanya penduduk di situ, kami sampai di Jeti (aku lupa nama jeti tu)

Nasib kami kurang baik kerana jika nak ke Pulau Mantanani, kena book sebelum tu dulu di KK.. 
Alamak, kami dah rasa sedih juga la sebab dah bersemangat untuk ke Pulau Mantanani dan bermain air di sana..

Tanya dan tanya lagi, rupanya boleh tumpang bot kalau tourist yang datang dari KK tak ramai dan ada ruang untuk naik bot sekali..
Ada beberapa jeti di situ, dan ada seorang pak cik di jeti tu yang baik hati menawarkan kami untuk naik bot dia skali kalau tourist dari KK tu tak ramai..
Cuma kami terpaksa menunggu sehingga pukul 8 lebih untuk mereka sampai..

Kebetulan kami belum makan lagi, jadi kami patah balik ke town untuk cari kedai makan..
Jumpa satu kedai ni, berhampiran dengan roundabout ke jeti tu, jadi kami decide untuk makan di situ..


 Soto Ayam..
sekali pandang macam maggi je, tapi sebenarnya bihun tu

Ingatkan lepas makan kami sempat naik bot di jeti kedua yang kami tanya tu, malangnya bot tu dah bergerak.. Sedih tak terkata..
Tapi tak give up, terus kami ke jeti sebelah (jeti pertama tadi) dan akhirnya dapat juga kami tumpang bot tu.. Cuma harga dia lagi mahal dua kali ganda dari yang sebelum tu.. Tapi apakan daya alang alang dah sampai kami teruskan aje niat nak ke sana.. 
Kami ambil bot return sahaja tak termasuk makan dan juga snorkelling..

Memang tak berniat nak snorkelling pon hari tu sebab takde mood.. Bukannya nampak sangat sebab aku buka spec dan tak pakai contact lens..

Bot yang kami naiki tu penuh dengan pelancong dari negara China.. Kami je yang local kat situ tak termasuk staff diorang la, bersama seorang pak cik dan anak dia (kot) yang turut tumpang bot ni juga ( kata pak cik tu, anak dia kerja di sana, jadi dia nak melawat anak dia)..

Perjalanan memakan masa 45 minit.. 
Aku sempat terlelap jugak la walaupun bot agak bergoyang..

Sampai je di sana, aku kagum tengok air laut dia.. Cantik sangat.. Tapi, aku rasa di Mabul lagi cantik kot..
Turun je dari bot kami tinggalkan barang kami di tempat yang disediakan dan mula berjalan meneroka pulau ni sambil mengambil gambar..

layankan gambar gambar di bawah ye










 khemah untuk simpan barang dan makan tengahari..
walaupun kami tak bayar untuk makanan, tapi rezeki kami ditawarkan untuk makan di situ secara percuma..mulanya kami menolak sebab tak bayar untuk lunch, tapi staff tu paksa juga kami makan..
apalagi, makan aje lah kan daripada membazir..banyak makanan lagi time tu..
Alhamdulillah rezeki..







































 sekitar chalet/resort yang terdapat di Pulau Mantanani









cantik sangat pulau ni.. insyaAllah ada rezeki akan ke sini lagi..


k bye!






You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. next time pergi boleh snorkelling.thanks share. tak pernah dengar pasal pulau ni.best sebab nampak tak ramai orang sangat.

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je... Teringin nak pergi...

    ReplyDelete
  3. Mabul or Mantanani dua2 belum pernah pergi walaupun sy ni orang Sabah hehehhe

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..