RoadTrip Sandakan Part 5 : Lookout Point Sandakan & Rumah Agnes Keith

10:22 AM


Salam.. 

Selepas dah kenyang makan di English Tea House & Restaurant..
 kami turun untuk ke Lookout Point Sandakan..tempat ni dekat je dengan English Tea House & Restaurant.. jalan kaki tak sampai 5 minit pon..

dari sini, kami boleh tengok sekitar bandar Sandakan..sebenarnya tak nampak sangat, nampak laut je yang luas..haha..

alang alang dah sampai situ kami posing ajelah dan bergambar..




view dari sini..







dari sini, kami bergerak untuk ke parking kereta kami..
on the way nak keluar dari  English Tea House & Restaurant kami ternampak signboard Rumah Agnes Keith...
macam tempat bersejarah je aku tengok..alang-alang dah dekat situ kami pon berhentikan kereta dan masuk ke  Rumah Agnes Keith..






 ni lah Rumah Agnes Keith pandangan daripada luar..












wefie ^^

kami cuma bergambar di luar je..tak masuk dalam pon sebab ada entrance yang kena dibeli di luar tu..
malas nak menapak ke sana pula haha..


sedikit info mengenai  Rumah Agnes Keith (aku google je)


Rumah Agnes Keith di Jalan Istana Sandakan merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di bandar ini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pemilik premis menggunakan nama Inggeris yang bertuah itu kerana diabadikan pada rumah tersebut mempunyai reka bentuk kolonial British.
Rumah yang turut dipanggil dengan nama Newlands itu pernah didiami oleh seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat, Agnes Keith pada 1939 yang terkenal dengan buku Land Below The Wind atau Negeri Di bawah Bayu.
Karya mendiang itu telah memasyhurkan Sabah sehingga ke hari ini yang mana bukunya itu menceritakan secara jelas mengenai kehidupan masyarakat tempatan pribumi Sabah dan keindahan alam semulajadinya semasa pemerintahan British pada masa itu.
Selepas itu, Agnes menulis dua buku lagi yang bertajuk Three Came Home pada 1946 dan White Man Returns pada 1951.
Buku-buku itu ditulis di ruang bilik bacaan rumah tersebut yang terletak di atas bukit pusat bandar yang daripadanya boleh dilihat terus keindahan Teluk Sandakan dan Laut Sulu.
Penulis itu tiba di Sandakan pada 1934 mengikuti suaminya, Hanry George Keith yang bekerja sebagai Konservasi Hutan.
Suaminya itu telah menetap di Sandakan sejak 1925 iaitu sebelum berkahwin dengan Agnes Keith.
Selepas pasangan Keith dan anak-anak mereka meninggalkan Sabah pada 1952, rumah itu terus menjadi kediaman beberapa lagi konservasi hutan dengan yang terakhir ialah Tom Bayles pada 1968.


Yuran kemasukan

Warganegara Malaysia - RM2.00
Bukan Warganegara - RM15.00

Waktu pembukaan 

Dibuka setiap hari 9 pagi - 5 petang



entri lain :

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..