RoadTrip Sandakan Part 3 : Pasar Awam Sandakan

8:17 PM


Salam.. 

Hari pertama tahun baru 2017..
malam tu hajatnya nak tengok bunga api, tapi sebab semua orang kepenatan jadi dah tertidur sebelum masuknya tahun baru..
esoknya, bangun agak lewat juga..bangun mandi, solat dan breakfast..kami breakfast di bilik hotel je dengan makan lebihan seafood malam tadi + minum kopi segera yang disediakan di bilik hotel + cekedis yang dibawa dari KK..
Alhamdulillah, cukuplah untuk alas perut pagi tu..

Bagi aku, breakfast pagi tu sangat best walaupun tak seberapa sebab view yang dinikmati sambil breakfast tu yang sangat awesome..hehe..


 breakfast kami ^^


 view daripada bilik kami waktu siang & malam



 teringin nak mandi kolam renang yang disediakan di sini..tapi tak boleh sebab masa tak mengizinkan..



makan sambil tengok view laut..Subhanallah, cantikk..
  



Siap breakfast, kami lepak lepak dulu di bilik sambil tengok TV..
lebih kurang pukul 10 pagi, kami check out dari hotel.. kami ada google beberapa tempat yang nak dituju pada hari tu iaitu :

-Pasar Awam Sandakan
-English Tea House & Restaurant
-7 Heaven Dessert
-Borneo Sunbear Conservation Centre



selfie sebelum check out ^^

semasa check out, kami boleh pilih untuk tunggu di lobi dan jockey akan mengambil kereta kami di atas, tapi kami pilih untuk ambil terus sahaja kereta kami..
ingatkan Pasar Awam Sandakan tu jauh, rupanya sebelah hotel yang kami stay saja..
kalau kami tau, kami tak check out lagi dan terus ke sini dulu sebab susah nak cari parking di Pasar Awam Sandakan ni..
beberapa kali pusing baru lah dapat parking..
fuhhh, mencabar betul lah..ramai orang datang ke pasar pagi tu..

Kami pon tak lama sangat spend masa di sana, dalam 15-25 minit sahaja..
kami tak pergi bahagian atas pon, sebab tak perasan..dah masuk dalam kereta, baru sedar ada 2 tingkat rupanya..
nak masuk balik malas sebab nak kena cari parking sekali lagi..
jadi next time sajalah haha..




 banyak buah pisang yang harganya sangatlah murah.. ada seikat yang harganya RM1, RM1.50..


 Kek custard.. Aku beli yang ni tapi time nak cuba tu rasa macam basi sebab makan lambat..penjual tu cakap kek ni tahan 2 hari je..





 biskut gery yang famous pon ada kat sini..
3 paket RM10, ada juga yang RM3 sepaket..
Aku tak beli pun, dah kurang minat haha..



---bersambung---



entri lain :
   



You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. Hi, saya datang singgah sini sambil follow awak.. :D

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..