RoadTrip Sandakan Part 2 : Check in Hotel Four Points by Sheraton Sandakan

10:57 AM


Salam.. 

Dah kenyang makan di Sim Sim Restaurant, kami terus waze cari jalan untuk ke Hotel Four Points by Sheraton Sandakan.. Hotel ni aku book sehari sebelum ke sini lagi melalui Apps Traveloka..
So far, aku sangat suka guna Apps Traveloka ni sebab mudah dan cepat, yang paling best ialah diskaun yang akan diberikan..memang berbaloi lah..jimat pon ye jugak..


Hotel Four Points by Sheraton Sandakan  (gambar diambil dari Central Market Sandakan keesokan harinya)



Booking Hotel Four Points by Sheraton Sandakan menggunakan apps Traveloka..

Harga asal : RM255.33 (untuk 3 pax)
Harga selepas diskaun di Traveloka : RM185.33 (Jimat RM70)

untuk dapatkan diskaun tu, kena masukkan kod yang boleh dicari di homepage apps Traveloka ni..
Diskaun tu ikut masa juga, ada banyak dan ada sikit..
kena pandai cari juga tu..


Dari Sim Sim Restaurant,  dah tak jauh untuk ke hotel ni..
dalam 5-10 minit perjalanan je.. Sampai di hotel, kami terus cari parking yang disediakan di situ.. Rupanya hotel ni bersebelahan dengan Harbour Mall Sandakan.. 


Kami park kereta di parking yang disediakan di Harbour Mall Sandakan.. tapi berdekatan dengan lif ke Hotel Four Points by Sheraton Sandakan..

Kami turun di tingkat satu untuk ke reception counter..Di sana, mereka cuma mintak IC sahaja untuk confirmkan yang aku dah buat booking di sini..
proses check in agak lancar tak sampai 5 minit dah siap dan boleh naik ke bilik yang disediakan..

tapi... masuk je bilik yang diberikan tu, aku agak kecewa sebab ada 1 king bed je yang boleh memuatkan 2 orang sahaja..padahal aku dah book untuk 3 orang..
jadi aku call reception counter untuk tanya berkenaan perkara ni..
dia minta kami turun ke bawah untuk settlekan hal ni..

Ok, dah sampai di reception counter, orang lain yang ada di situ.. bukan staff pertama yang aku jumpa tadi sebab dia tengah handle customer lain..
aku bagitahu la staff kedua tu, aku book bilik untuk 3 orang tapi dapat untuk 2 orang punya..mulanya, dia cakap dengan aku yang bilik untuk 3 orang dah takde, yang tinggal hanya bilik untuk 2 orang..
aku tegaskan yang aku dah book untuk 3 orang dan dah siap bayar kenapa bilik untuk 3 orang dah tak ada..tak boleh la macam tu sebab aku dah book awal -awal lagi dan siap dah bayar kot..
tiba-tiba nak bagi bilik untuk 2 orang je, mana muat untuk kami 3 orang tidur atas satu katil king tu je..

akhirnya staff tu akur juga dan dia bagi kami bilik yang ada 2 katil king..
sebenarnya ada je, cuma pada awalnya mereka yang tak nak bagi mungkin harga bilik tu sebenarnya lagi mahal daripada apa yang aku bayar la kot..

bila masuk bilik kedua yang diberikan tu, ada 2 katil king.. Alhamdulillah, yang penting dapat tidur dengan selesa.. dah lah agak penat drive dari KK ke Sandakan, jadi dapatlah berehat dengan selesa..

bilik tu actually untuk 2 orang juga rasanya sebab barang yang disediakan seperti towel, toiletries dll hanya untuk 2 orang sahaja..
nasib baik kami dah bawa kelengkapan yang lengkap jadi tak kisah sangat lah..
dan yang buat aku happy ialah bilik ni dapat tengok laut..hehe
 hilang rasa tak puas hati sebelum tu tadi..


 
 Bilik agak besar dan selesa untuk kami 3 orang..



Toilet pun bersih..




 Suka almari bawah TV ni..
bawah dia macam-macam ada..



 Semua benda ada kat sini..
iron, iron board, sejadah..



Night view dari bilik kami..
ada infinity pool kat bawah tu..
laut dah tak berapa nampak sebab gelap T_T




FREE Wifi pon ada..
tapi tak laju sangat..agak slow juga la actually..
maybe kalau nak yang laju, kena bayar..


ok lah.. 
aku puas hati stay kat sini, berbaloi dengan harga yang aku bayar..

rating aku untuk hotel ni : 7*/10

maybe next time ke Sandakan, boleh stay sini lagi..



You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. Betul yu kita dh booking utk 3 org td dpt bilik utk 2 orang..haruslah dptkan ikut earlier booking kan...

    ReplyDelete
  2. dr gmbr nampak best jgk hotel ni..blh tahan luas utk 2 org..tgok view hadap laut tu best kan..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..