RoadTrip Sandakan Part 1 : Makan Seafood di Sim Sim Restaurant

7:09 PM


Salam.. 

Sampai-sampai je di Sandakan, terus kami cari makan di Sim Sim Seafood..
seafood di sini agak famous juga la, dan ramai yang sarankan untuk makan di sini kalau sebut pasal seafood di Sandakan..
Kami sampai di Sandakan pon dah malam, jadi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat.. jadi kami decide untuk makan je dan terus check in lepas tu..penat drive dari KK - Sandakan..


Kami pilih untuk makan di sini..
kawan aku yang tinggal di Sandakan yang recommend kedai ni..

nak jalan ke sini kena melalui rumah-rumah yang terletak di atas air..dengan melalui lorong kecil  sambil dengar bunyi ombak kuat memang agak scary la...
ingatkan dah salah tempat mulanya..

rupanya memang betul lah di sini tempat makan seafood tu..haha..




kedai ni agak besar juga..
ada bahagian luar yang open.. tapi masa ni hujan renyai renyai jadi kena makan di bahagian dalam je..
lainlah kalau sanggup nak berhujan







Ni je hidupan laut yang aku sempat snap..
ada banyak lagi tapi malas nak ambil gambar..


Aku dengan Atim minum air kelapa...


Kami order 5 jenis makanan je..sebab kami pun bertiga saja takut tak habis..
tapi ni pon kami tapau juga sebab tak dapat nak habiskan semua..


Udang masak butter (kering)




Sotong goreng tepung..
sedappp sebab tepung dia crunchy..


Ikan merah masak 3 rasa..
tapi satu je rasa yang aku dapat rasa iaitu tomato sos..haha

lain : Telur dadar & Kangkung goreng belacan (sedap!)



Habis kami makan..
yang kami tapau sotong dengan udang sebab tak mampu nak habiskan..

overall, aku bagi 4.5* untuk makanan dia..
ikan je 2* sebab tak berapa best..

Total kami makan ; RM133
(murah kannn)

# nak datang sini senang je, google map tak pun guna waze..

k bye!




entri lain :



You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..