Itinerary & Bajet Trip Ke Labuan (2 hari 1 malam)

6:06 PM


Salam.. 

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke Labuan. Dah hampir 3 tahun menetap di Sabah, tapi baru kali ni dapat jejak ke sana.
Trip kali ni tak rancang sangat pun. Last minit decide juga ni. Dalam beberapa hari nak pergi, baru decide. Mulanya nak ke Kundasang je sebab cuti kami tak sama. Tapi dapat juga adjust jadi sama..Yeayyy..

 OK, tanpa berlengah lagi, di sini aku nak share Itinerary & Bajet Trip Ke Labuan selama 2 hari 1 malam..Kami pilih untuk ke sana dengan dengan feri kenderaan..Jadi kami kena ke Menumbok terlebih dahulu sebab di situ je yang ada feri kenderaan..
Option lain : naik flight/ feri dari KK


 Itinerary & Bajet Trip Ke Labuan (2 hari 1 malam)

 Day 1 (24 Dec 2016)

3.30am : bertolak dari KK ke Menumbok (isi minyak kereta ~ RM40)
5.20am : singgah solat subuh di Masjid berdekatan Terminal Feri Menumbok
5.50am : Beli tiket Feri Kenderaan (RM40 termasuk pemandu) & Penumpang (RM5 seorang) di kaunter tiket  
6.10am : Feri (Galaxy) bergerak menuju ke Labuan
7.50am : sampai di Labuan
8.30am : Singgah di Pantai Pohon Batu
10am : ke Muzium Chimney
10.30am : ke World War II Memorial
11am : ke Muzium Marin Labuan
12pm : Makan di restoran Sri Malindo ( ~RM10)
12.45pm : Check in di One Hotel, Labuan - family room 3 pax (RM71.25). 
3.30pm : ke Muzium Labuan
4pm : ke Masjid Labuan
4.15pm : Ke Ujana Kewangan (shopping coklat di Sky Park)
6.10pm : Makan di Anjung Ketam (makan seafood RM154 untuk 3 orang makan)
9pm : Balik hotel


Day 2 (25 Dec 2016)

5.30am : Mandi, solat subuh dan kemas barang
7am : Check out hotel
7.30am : Sampai di Terminal Feri Labuan (Tiket feri RM47 all in)
10am : Sampai di Terminal Feri Menumbok
12pm : Sampai di KK



Total hangus untuk Trip ke Labuan (2h1m) : RM171 (Tak termasuk shopping)




















k bye!


You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

  1. Kakak x bermalam kalau singgah Labuan, tapi walau mcm mn suntuk pun masa, tetap singgah mencari coklat. Kalau nasib baik, ada tu offer murah2 atau free utk coklat yg dkt sdh expiry date. :D

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..