6 Blog/Website Yang Pasti Berguna Untuk Anda

1:47 PM


Salam.. 

Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang, hampir semua perkara boleh dibuat secara online dengan hanya menggunakan jari sahaja..banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan dengan teknologi yang kita ada sekarang..
nak shopping pon boleh online je, nak cari info pon lagi lah senang..
buka google dan terus tekan carian yang kita mahu..mudah sangat-sangat..


Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Anda pasti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.

Disini aku nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu.. 6 website yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website2 ini.. Website yang dinyatakan telah memberi manfaat kepada ramai orang.






Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.





 Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul?



 
Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.
 


 

Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.


5. APDM


Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.


6. Hrmis2 



HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.


Antara semua website di atas, hanya satu sahaja yang aku familiar sekarang iaitu HRMIS..
at least few times a year kena buka website ni sebab nak siapkan SKT dan mohon cuti rehat..๐Ÿ˜„
kalau korang pula, mungkin ada salah satu dari website di atas yang berguna untuk korang..
jangan lupa singgah ye..
 

k bye!

You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..