Movie Review : Moana

8:03 AM



Salam.. 

Hari jumaat semalam aku sempat tengok movie disney : Moana..
tahu pasal cerita ni pon last week, terbaca kat facebook yang Ayda Jebat mewakili Malaysia untuk menyanyikan lagu tema Moana dalam bahasa melayu..
best jugak la suara dia..





Movie Review : Moana

Moana merupakan anak ketua kampung/puak di Pulau Montunui..
dari kecil lagi dia teringin untuk bermain di laut, tapi ayah dia melarang keras tindakan dia tu..
Di Pulai Montunui, mereka sudah cukup bahagia di sana..
Bila dah besar dan menjadi next ketua kampung, tetiba ada suatu kejadian aneh yang berlaku di pulau mereka..
Tanaman semuanya mati, dan nelayan tak dapat mencari ikan..
dahulu, nenek Moana pernah bercerita mengenai kisah 1000 tahun lalu yang menceritakan tentang Te Fiti (dewi pulau) yang hatinya dicuri oleh Maui (separuh tuhan separuh manusia) dan kegelapan pon bermula..
satu hari tu, bila keadaan di pulau mereka semakin membimbangkan, barulah Moana dapat tahu yang sebenarnya keturunan mereka adalah keturunan pemgembara laut yang mengembara dari satu pulau ke satu pulau yang lain tapi disebabkan kejadian hati Te Fiti dicuri, mereka tak dapat mengembara lagi disebabkan orang yang mengembara ke laut tidak pulang-pulang lagi selepas itu..

cara untuk mengembalikan kepada keadaan asal, Moana (telah dipilih oleh lautan) perlu mencari Maui dan memulangkan semula hati Te Fiti tu..
Pengembaraan Moana pon bermula dan akhirnya dia berjaya memulangkan semula hati Te Fiti..

-cerita ni Ok Ok lah bagi aku.
-ada scene yang aku hampir tertidur juga
-lagu dalam movie ni best

rating aku : 3/5 ***



Moana masa kecil..comel giler!



OST MOANA - AYDA JEBAT : BAWAKU BERKELANA



OST Moana nyanyian 5 artis dari Philippines, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam




Philippines:  Janella Salvador





Indonesia :  Maudy Ayunda
 




Thailand : Maneepat Myra Molloy





Vietnam: Minh Nhu 



k bye!

 








You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..