Makan di Bunkers Cafe KK

6:51 PM


 Salam..  

ni cerita ahad lepas.. balik dari Kundasang, terus singgah makan di sini  --> Bunkers Cafe..Atim yang ajak makan sini sebab dia nak cuba makanan sini sebab nampak macam menarik je..

sesampai di KK kami singgah solat dulu di Masjid Terapung Likas.. lepas tu kami ke area Kingfisher untuk ke Bunkers Cafe ni.. rasanya kedai ni baru lagi sebab masa aku posting di Hospital Likas tahun lepas kedai ni macam belum ada..
Bunkers Cafe dekat dengan Hospital Likas je tau..kalau pergi melawat saudara ke, boleh lah singgah makan di sini..


Ada show juga di sini..kalau tak salah aku macam seminggu sekali..
 

 
 order di kaunter dan bayar siap-siap..

di bawah adalah antara menu yang kami cuba..

Atim cuba cheese cake dia..
memang sedap! aku bagi markah 4.5/5


Chicken Pie..Boleh tahan je rasa dia..
 


Green Tea Latte (iced) aku punya..
 


Nury minum Green Tea Latte (hot)






Lamb Chop..  
makanan Mak Atim aka Mek


 Chicken Chop..
pilihan aku..sedap jugakk


 spaghetti Atim..



 set sandwich untuk Nury..

overall, aku suka makan di sini..
Harga tak mahal sangat, aku rasa berpatutan lah.. 
Atim yang bayarkan, jadi aku lupa dah berapa total harga makanan kami..

next time, insyaAllah akan makan di sini lagi..
recommended!


Bunkers Cafe KK


open hours: 10:00AM - 11:00PM


k bye!

 




You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..