Bunga bunga yang cantik di Hounon Ridge Farmstay, Kundasang

4:09 PM


Salam..

ke Kundasang lagi aku ni kali..
last aku ke sini masa bulan puasa tahun ni..jalan jalan bawak kawan aku yang belum pernah ke sini..
kali ni bawak mak housemate aku pula ke sini..dah macam rumah kedua aku pulak Kundasang ni ye..

kami ke sana hari ahad lepas (kemarin).. Pergi berempat bersama Atim, Mak Atim dan Nury..
Gerak dari KK dalam 4.20am, sampai di pekan Kundasang dalam 6am.. plan nak tengok sunrise tapi tak sempat..sampai sana terus solat subuh di Masjid Kundasang..

lepas tu, singgah di Kinabalu Pine Resort jap sambil makan sandwich yang dibuat pagi tu..
lepas tu ke pekan Ranau singgah minum kopi dan terus ke Desa Dairy Farm Kundasang..
yang tu aku cerita next entri kalau rajin..haha..

dari situ, terus ke Hounon Ridge Farmstay pulak..saja nak bawak mereka ke sana sebab tempat ni cantik dan rugi tak singgah kalau ke Kundasang..

macam biasa, aku tahu jalan nak masuk ke sana je..kena tengok map juga walaupun dah pernah pergi sebab takut sesat.. kali ke 2 drive ke sana rasa senang juga jalan dia, just terus je tak payah belok kiri ke kanan, cuma nak dekat sampai tu je kena belok kiri..
jalan macam biasa agak berlubang juga, jadi kena drive dengan berhati hati..
dalam 30 minit macam tu dah sampai sana Alhamdulillah..

baru perasan ada banyak pokok bunga yang cantik-cantik kat situ..
so, disebabkan aku ada beli kamera baru, jadi aku guna lah kamera baru untuk snap gambar bunga bungaan di sini..


























 jangan tanya aku apakah nama bunga-bunga di atas sebab aku tak tau..
tau snap je..haha
yang penting, aku puas hati dengan new gadjet aku tu..hihi


k bye!


You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. bestnya... rasa nak pergi terus bulan depan ! auchhhh

    ReplyDelete
  2. cantik2222 - lama nye x pegi ke sana

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..