Travelog Bandung Sept 2016 : Day 3 - Part 3 : Tangkuban Perahu

4:44 PM


Salam..




Dari Farm House, Lembang kami bergerak untuk ke Tangkuban Perahu pulak..
Aku tak ingat berapa jauh tapi tak sampai 30 minit juga nak ke sana..sekejap je tengok-tengok dah sampai..


tiket masuk ke Tangkuban Perahu : 200K Rupiah

Dah sampai situ, kena beli tiket masuk ke Tangkuban Perahu dengan 200K Rupiah seorang..
Harga tiket berubah mengikut hari..kalau weekend lagi mahal, kena tambah 100K Rupiah lagi..


Harga tiket ke Tangkuban Perahu..



Sedikit info mengenai Tangkuban Perahu..

Untuk sampai ke Tangkuban Perahu dari tempat membeli tiket tadi lebih kurang 10 minit pulak..
di sini tak payah naik shuttle ke apa ke, sebab boleh drive guna kenderaan sendiri..





sepanjang perjalanan ke atas, kami buka tingkap kereta..
segar je bila angin menyerpa muka...sejuk!






inilah kawasan Tangkuban Perahu !

ramai juga pelancong yang datang masa ni..
tapi kebanyakan dah nak turun dari Tangkuban Perahu..kami yang baru nak masuk..




SUBHANALLAH...cantik sangat...

air yang berwarna biru tu terjadi disebabkan hujan yang turun dan bercampur dengan sulfur di situ dan terjadi lah air biru yang cantik tu..




turun je kami ke kawasan Tangkuban Perahu tu, ada je orang offer nak ambil gambar..
sebelum ke sini, supir kami (Dadan) dah pesan jangan beli apa-apa barang yang orang kat sini jual sebab harganya terlampau mahal..
jadi kami berhati-hati la time kat sini..


Tapi time orang tu offer nak ambilkan tiba-tiba terus terpengaruh..
dia siap tunjuk lagi kad kerja dia, katanya dia memang pekerja kat sini..
jadi semua gambar aku, diambil oleh orang tu..
tak payah sibuk nak berselfie sendiri haha

time ni Azie dengan Fatin pon dah sibuk bergambar..pekerja kat situ juga yang dok mengambil gambar mereka..


Kononnya nampak aku macam hembus asap la kan..haha
aku layankan je orang tu..siap suruh posing sana posing sini..




macam macam style yang diambilnya..
korang layankan je lah gambar kat bawah ni..













yang kawasan berbumbung tu kedai menjual souvenir dan kedai makanan..



 tak berani nak cuci mata sebab takut kena paksa beli..
jadi cuma ambil gambar kenangan je kat sini..haha









kawasan ni ada bermacam jenis batu arang..
orang tu rajin benar cerita, tapi aku macam dengar tak dengar je..
sebab masa ni sambil dia cerita dia tengah paksa beli barang yang dia jual..
tasbih batu ape entah..aku lupa sebab aku memang tak ambil kisah sangat..



dah puas bergambar kami terus bergerak ke kereta..
tapi nasib baik sempat juga duduk depan ni sambil layan feeling..
sepanjang kami nak ke kereta, kami dikejar oleh mereka tu sambil memaksa kami membeli tasbih yang dijual..
nasib baik kami kuatkan hati kami dan ignore je mereka ni..
Alhamdulillah, kami berjaya melepaskan diri..


p/s : aku ingatkan nak bagi la tips untuk orang yang tolong ambil gambar ni, tapi disebabkan mereka terlampau memaksa untuk membeli tasbih tu, terus aku tak jadi..
takut nanti mereka cas harga tasbih tu pulak..huhu..
jadi kalau korang nak pergi ke sini berhati-hati lah tau..

tempat ni is MUST VISIT PLACE in Bandung tau!

lagi satu.. Tangkuban Perahu ni ada sejarah/kisah lagenda tau..boleh google kalau nak tau..


sambung next entri pulak..k bye!



You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. menariknya. teringin nak pergi bandung :D
    kawasan tu menarik sangat :)

    ReplyDelete
  2. betul ... betul aku setuju,, kawasan entu menarik sangat,,, sangat menarik...

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..