Travelog Bandung Sept 2016 : Day 2 - Part 1 : Shopping di Pasar Baru, Toko Tiga & Makan di Ayam Penyet Surabaya

10:43 AM

Salam..



Day 2 bandung.

Bangun pagi pukul 5 pagi, mandi dan solat subuh. Subuh masuk awal kat sini 4.30pagi.

Lepas mandi dan solat sempat lagi aku online guna laptop donwload drama korea. Buat simpanan untuk balik penang nanti. wifi sini laju. Tu yang best mendownload tu.



BREAKFAST DI ZODIAK HOTEL (DAY 1)



Dalam pukul 6.30 pagi, kami pergi turun breakfast dulu di kafe berhampiran lobi hotel.



Ramai juga orang masa ni..kebanyakan memang orang Indonesia..Hari ni masih hujung minggu (ahad) jadi maybe orang Jakarta la kot..
orang Malaysia pon ada juga tapi tak ramai sangat..





Breakfast kami hari ke-2 di Bandung. (hari pertama breakfast di Hotel Zodiak)

-ada kuey teow goreng, nasi ? goreng tak sure haha
-ayam masak kicap
-tauhu goreng
-kerepek
-roti bakar
-bubur

minuman? ada air kopi dan teh..



kena makan banyak, lepas ni nak shopping ^^

Siap breakfast, terus naik hotel dan sambung tidur balik. 
Supir cakap pukul 9 pagi baru akan bergerak hari ni.

Jadual kami hari ni ialah shopping!!
Hari kedua baru la ada mood shopping sikit..kalau tak shopping hari ni, tak tau nak pergi mana dulu..sebab kalau ke arah tangkuban perahu nanti jalan JEM dan entracec fee MAHAL dari harga biasa..

SHOPPING DI PASAR BARU


Tempat pertama kami pergi ialah Pasar Baru, tempat yang memang semua orang dah sedia maklum syurga shopping di Bandung ni.


 on the way ke Pasar Baru..

Sepanjang membeli belah di sini, ada seorang crew Kiki yang menjadi guide kami. Dia akan bawa kami ke tempat barang yang kami nak beli. 
Nama dia Roni..
Sangat memudahkan untuk kami shopping di sini. Nak ape je, terus sampai ke kedai barang tu. Tak payah sakit kepala cari setiap lantai (tingkat).
Yang bestnye Roni siap tolong angkat barang kami lagi. 
Mudah sikit nak berjalan. Hehe

Tempat pertama kami singgah ialah kedai kain pasang
Di sini aku terjebak beli sepasang lagi kain sulam dengan harga 150k rupiah.
Cantik sangat kainnya, rambang mata kami.

Kemudian kami dibawa ke kedai telekung pula. Di sini, Azie je yang shopping. Aku tak beli apa-apa dah sebab dah beli telekung kelmarin. Walaupun design dan pattern dia sangat cantik dan pelbagai jenis aku berjaya juga menahan nafsu daripada membeli. Haha. Tahniah buat diri sendiri.

Kami menuju ke kedai menjual T shirt/ souvenir bandung. Kat sini, aku beli 10 helai T shirt dan sepasang T shirt budak untuk adik sepupu aku.. Harga dia pon berbaloi la dengan kualiti kain..

Kemudian kami menuju ke kedai menjual batik dan kain pelekat pulak. Di sini memang tempat aku je untuk shopping. Mak aku dah pesan siap-siap beli kain batik dan kain pelekat untuk ayah aku.

-mak aku pesan kain batik Doa Ibu, tapi mereka cakap dah takde dah kain batik keluaran Doa Ibu..Jadi aku beli la brand lain yang famous kat sana..
Kat sini habis hampir 1 juta rupiah..nanges kejap..haha

Dah habis shopping barang-barang, kami singgah shopping makanan/ole ole pula.




Kami dibawa ke tingkat paling bawah sekali untuk beli makanan ole ole untuk dibawa pulang ke malaysia.




yang bestnye, korang boleh rasa dulu kerepek mana yang korang nak beli..
kalau sedap, boleh beli..
kalau tak, rasa je lah..haha


sesi merasa..



 pelbagai jenis kerepek ada kat sini.. pilih je..

penjual dia pulak sangatlah peramah..nak tawar menawar pon senang.



 Pisang salai.. yang sebelah kanan sekali tu..
sebab utama kami ke sini nak beli pisang salai tu je..tapi terjebak beli kerepek lain juga..
Fatin yang nak beli pisang salai tu, sebab kakak dia pernah beli pisang salai kat bandung juga dulu dan mereka pesan pisang salai tu..  katanya sedap..tapi memang sedap pon sebenarnya..




bergambar dengan penjual..2 kotak kami beli kerepek saja..


Aku berbelanja 150k rupiah di sini..


mereka ni pon nak bergambar jugak

 guide kami (Roni ) sebelah kiri..
dengan penjual kerepek tu sebelah kanan

Dah siap shopping di pasar baru. Kami singgah ke Toko Tiga pulak.


TOKO TIGA


 on the way ke Toko Tiga..



 Dah sampai di Toko Tiga..
Supir kami parking di seberang jalan, jadi kena lah melintas untuk ke sana..
fuhhh..scary kot nak melintas jalan kat sini..


Kat sini, barang yang dijual ialah barangan branded terutamanya jeans..
 Toko Tiga ada 2 tingkat..
bahagian bawah, ada jeans dan T shirt, bahagian atas pon lebih kurang sama juga..


 naik je bahagian atas, nampak cermin ni..
terus wefie la..


Kat sini nasib baik tak de benda yang aku berkenan. Hanya azie dan fatin je yang shopping kat sini. Aku hampir terbeli juga tapi nasib baik takde saiz.. Fuhhh

terjadi lah sesi bergambar di bawah sementara menunggu Fatin membeli belah..




 cantik Toko Tiga ni..





  tempat menunggu dan bergambar di Toko Tiga.

Destinasi seterusnyaaa. Mestilah isi perut. Jam pon dah hampir pukul 2pm, perut pon dah berkeroncong kuat. 


MAKAN AYAM PENYET DI AYAM PENYET SURABAYA



Kami singgah makan di kedai nasi ayam penyet surabaya. 
Masa kami datang memang penuh kedai ni. Siap ada yang beratur di luar lagi. 
Ingatkan menuggu turn untuk masuk ke sini rupanya menunggu makanan tapau kot.

Masuk ke dalam, tak banyak meja kosong. Memang penuh orang kat dalam ni. Maybe sedap sangat kot makanan kat kedai ni. Haha


 penuh kedai ni..











kami semua pilih menu yang sama..





Aku makan nasi ayam penyet 25k rupiah & minum air jus mangga 15k rupiah. Ingat nak cuba jus alpukat tapi dah habis ๐Ÿ˜ญ.

ayam penyet dia best!!
4****/5* aku bagi..


Dah siap makan, kami gerak ke factory outlet pulak.


bersambung..k bye!




You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..