Tips Percutian Bajet dan Hotel in Kuala Lumpur

9:30 PM

Salam..


Cuti yang lepas, aku dan kawan aku pergi ke KL untuk bajet trip kami.. Ni first time kami naik Tren ETS Ekspres pegi sana. Kononnya nak fefeling hipster.. Haha.. Kami gerak dari Butterworth pada pukul 6.30 pagi dan sampai di KL Sentral pada pukul 9.30 pagi (yup, sangat cepat kan? memang patutlah dipanggil Electric Train Service).. Kalau naik bas mau juga dalam 4-5 jam baru sampai..Naik tren ETS ni jadi 3 jam je..So dah jimat masa di situ..



Tambang untuk ETS pula bagi aku sangat reasonable,cuma RM59 (kalau naik bas dalam RM40) sebab servisnya yang amat memuaskan dan pengalaman perjalanan yang sungguh selesa. Oleh sebab bajet kami sangat tight, semua benda kena plan cantik-cantik..Kalau tak nanti lari bajet pulak..
 Sampai di KL Sentral, kami bersarapan pagi di KFC sebelum check in ke hotel. Sebenarnya, seminggu sebelum trip ni, aku dah book bilik siap-siap kat Traveloka. Pernah dengar pasal site ni? Apa yang aku suka pasal site ni ialah setiap hujung minggu, diorg akan offer weekend promo for selected hotels. Teruja kot, siap dapat diskaun sampai 73%.. Sape nak bagi kan??
  website Traveloka.

Jadi, takde masalah untuk cari hotel murah di Kuala Lumpur atau di mana-mana saja sebab site ni cover hampir semua local hotel di Malaysia termasuk internationational hotel jugak tau.. Sebenarnya, kalau korang nak tau, korang boleh dapat rate yang lebih murah kalau book kat apps berbanding kat website (always remember this tips)

Frenz Hotel Kuala Lumpur

Lepas breakfast, ktorg naik monorel untuk ke tempat penginapan di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) iaitu Frenz Hotel Kuala Lumpur. Walaupun ini merupakan sebuah hotel bajet, suasana dalam hotel ni cukup selesa dan welcoming.. Selain harga yang berpatutan, kami pilih untuk bermalam di sini sebab kedudukannya yang berada betul-betul at the heart of the city. Access untuk ke mana-mana tempat pun mudah. 
Ada monorel, star LRT, bas rapid dan teksi.. Nak cari makanan pun senang, anytime ada gerai-gerai sekeliling tu yang bukak dan kena dengan tekak. Bilik kami merupakan bilik superior queen yang dilengkapi dengan queen-sized bed, accessible bathroom, luggage storage, laundry service, buffet breakfast dan yang paling penting ialah complimentary wifi access! (WIFI tu yang paling penting haha, must make sure kena ada)
Biasanya, kalau kat bajet hotel, kita akan risau pasal keselamatan sebab selalunya takde pengawal pun yang jaga hotel. Tapi kat sini, security 24 jam. So, rasa la selamat sikit kan walaupun duduk kat area downtown ni. Staf kat sini pun semuanya polite dan friendly. Tak rasa kekok pun untuk tanya apa-apa je soalan.. 
Kawan aku siap tanya aku banyak kali lagi, “betul ke kau dapat bilik macam ni dengan rate harga macam tu?”. Hahah ;)
Setel pasal bilik, ktorg mulakan aktiviti pusing-pusing bandaraya KL. Untuk memudahkan pergerakan dan mengurangkan possibility untuk sesat, sebelum gerak kami download dulu Kuala Lumpur map. Dari jalan TAR, kena jalan kaki (600 meter je) ke Dataran Merdeka..
 Kat sini, kami habiskan masa untuk ambik gambar sekitar bangunan Sultan Abdul Samad dan Kelab Diraja Selangor (Royal Selangor Club). Dari sini, kami boleh nampak the best view of Menara KL. Selesai explore area ni, kami terus gerak ke Pasar Seni (Central Market) yangt terletak tak jauh dari situ. Aku suka vibe kat tempat ni. Kami berpeluang tengok macam-macam produk seni tempatan seperti lukisan, nyanyian dari penghibur jalanan (busker), seni pasir (sand art), makanan dan lain-lain lagi! Kami spend masa cari cendaramata untuk dibawa pulang. Malam pulak, kami teruskan lagi aktiviti window shopping kat Petaling Street. Apa yang rare nyaa, banyak barang-barang pirate yang boleh dijumpai di sini. Teruja aku tengok.. Lepas pusing sini, kami balik ke kawasan hotel kami untuk cari makan malam pula.. Sebab dah lama teringin nak cuba nan cheese femes yang viral kat social network tu, kami ke restoran RSMY yang terletak di area Medan Tuanku. Pergh, memang terangkat! Tak rugi datang dari jauh untuk rasa roti ni. 


 
Esoknya lepas sarapan kat restoran Nasi Kandar Yaseen, kami naik tren ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk ambik bas pulang ke Penang. 
It was a brief but a really satisfying trip I’ve ever had. Dengan bajet yang sangat ciput dan masa yang singkat, banyak benda baru dan menarik yang kami dah discover. Siapa cakap tak boleh travel dengan bajet yang rendah? We have proved them wrong ^^
  Disebabkan banyak lagi tempat best yang ktorg belum sempat pegi, untuk trip bajet yang seterusnya aku plan nak cari hotel in Kuala Lumpur yang murah dan berbaloi kat Traveloka lagi..
Memang berbaloi!
p/s: this is not my own story..just another friend punya story ^^
i do not own the pics.
k bye!

You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. besar jugak hotel frenz nie..
    dapat duk tingkat atas skali best jugak tu

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. Nice sharing :)
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia.
    Jemput join ye
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..